- 27 Syawal 1437
Kita masih lagi dalam suasana kemeriahan rumah terbuka dan jamuan raya. Dalam kemeriahan itu kita juga di-sajikan dengan berita mengenai cadangan penanaman ketum, petugas Imigresen yang bersekongkol dengan sindiket penyeludupan warga asing, kes tembakan di persimpangan lampu isyarat, sorok dadah dalam sampul duit raya dan TPM[1] mahu Op Cantas dipertingkatan bagi memendung aktiviti jenayah termasuk kes tembak menembak yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.
KETUM!
1- Cadangan dari Pengerusi Risda[2] Datuk Zahidi Zainal Abidin untuk menanam ketum[3] bagi tujuan eksport tidak mengejutkan aku. Ini kerana orang nombor satu Risda itu melihat akan permintaan daun ketum daripada syarikat farmasi di Eropah dan Amerika Syarikat akan dapat membantu penoreh-penoreh getah bagi menambah pendapatan. Pulaktu, ketika ini harga getah yang tidak menentu lalu tumbuhan seperti daun ketum itu dilihat sebagai alternatif bagi pekebun-pekebun kecil Risda.
Sebelum kita pergi jauh tentang pro dan kontra masyarakat terhadap cadangan tersebut, ada baiknya kita mengenali daun ketum dan khasihatnya melalui maya. Seperti yang dicetak oleh Wikipedia iaitu ketum atau kratom itu juga dikenali sebagai Mitragyna Speciosa melalui panggilan botaninya. Banyak terdapat di Afrika dan Southeast Asia terutama di-Malaysia, Thailand dan juga Indochina.
Dahulu, daun ketum digunakan dalam perubatan tradisional bagi memulihkan tenaga wanita lepas bersalin, mengeluarkan angin dalam badan, kencing manis, cirit-beret dan juga rawatan untuk kalesterol tetapi sayangnya terdapat segelintir kaum[4] yang menjadikan air rebusan daun ketum sebagai dadah murah dengan menambah bahan lain seperti ubat gegat dan ubat nyamuk untuk high[5] agar peminumnya mendapat ekstra dan khayal dalam jangka masa yang lama.
2- Tidak lama lagi cadangan untuk eksport daun ketum akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak kementerian tidak mahu aktiviti yang akan dijalankan menyalahi undang-undang dan ia perlu menggikut prosedur yang ditetapkan.
Bagaimanapun, setakat ini kementerian tidak mempunyai perancangan untuk menjadikan pokok ketum sebagai tanaman komersial kerana tidak mahu disalahgunakan. Mengikut Seksyen 30[3] Akta Racun 1952, tidak dinyatakan bahawa menanam pokok ketum adalah salah namun individu yang melakukan aktiviti memetik, memproses atau mengedar daun ketum boleh dikenakan denda RM10,000.00 atau penjara selama empat[4] tahun jika sabit kesalahan.
Boss nombor satu Risda itu tidak duduk diam walaupun ada pihak yang menentang cadangan beliau. Ini dapat dilihat dengan gesaan beliau yang mahu masyarakat berfikiran positif berhubung cadangan untuk menanam pokok ketum bagi tujuan eksport. "Jangan jadi mata lalat, semuanya negatif sebab dilahirkan dikawsan sampah. Jadilah mata lebah yang nampak perkara manis [positif]" ujar beliau.
Datuk Zahidi juga berkata, banyak perkara lain yang perlu diharamkan. Ubat batuk kalau berlebihan salah. Arak salah tetapi kita tidak haramkan pula malah implikasinya lebih dahsyat dan terbukti dengan masalah sosial. Soal beliau kenapa arak boleh ketum tidak boleh? Tambah beliau, Risda mencadangkan penanaman ini dikawal di kawasan diwartakan dan bukan dijual secara terbuka.
Isu penanaman pokok ketum secara komersial untuk pasaran luar negara itu telah menarik ramai pihak untuk bersuara. Antaranya yang membantah ialah kerajaan Perlis yang diterajui oleh MB, Datuk Seri Azlan Man. Beliau berkata, setakat ini pihaknya tidak menjumpai mana-mana kajian saintifik[6] yang menunjukkan bahawa tanaman itu mempunyai nilai-nilai perubatan. Selagi tiada hasil kajian [kebaikan daun ketum], kita perlu melihat masalah dan kesan penanaman pokok ketum terlebih dahulu terhadap masyarakat dan generasi muda.
Di Kolompo, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia [Pemadam] pula meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa[7] mengharamkan pengunanan daun ketum di negara ini, sekali gus membantu menghalangnya secara berleluasa. Setakat ini hanya Kedah dan Perlis sahaja yang telah mengeluarkan fatwa itu berikutan dikhuatiri memudaratkan kesihatan mereka yang mengambilnya secara berlebihan dan berterusan.
Nada yang sama disuarakan oleh AADK[8] dimana agensi itu juga membantah kerana ketum mampu mengundang kemudaratan berbanding keuntungan kepada masyarakat dan negara. Sekiranya penanaman ketum ini dihalalkan, AADK mungkin perlu menanggung kos yang lebih banyak dan ketika ini AADK telah mengeluarkan kos kira-kira RM996,000 sebulan untuk kira-kira 4,000 pelatih di pusat-pusat pemulihan.
Di pihak Kementerian Kesihatan pulak, Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Helmi Yahaya juga turut mengulas dan bercadang mengusulkan semula syor pengubalan undang-undang bagi mengharamkan tanaman dan pemprosesan ketum di Malaysia. Ujar beliau lagi, tumbuhan atau pokok ketum yang udah terbukti [kimia dalam ketum] menyamai dadah jenis morfin[9] itu boleh menyebabkan ketagihan berterusan kepada peminum. - Cut!
DADAH
1- Istilah dadah menggikut Kamus Dewan ialah 1. Ubat-ubatan 2. bahan [seperti ganja, heroin[10], marijuana yang merosakkan atau membinasakan orang yang menggunakannya berlanjutan [merosakan kesihatan, membawa maut dll]. Dadah-dadah jenis lain ialah candu, ganja, heroin, morfin, syabu[11], ecstacy, ketamin dan bath salt.
Dari kaca mata Islam pula [melalui buku halal-haram susunan Mustaffa Suhaimi], Khalifah Umar Al-Khattab pernah menegaskan bahawa khamar atau arak adalah termasuk bahan yang menyebabkan akal rosak dan tidak berfungsi secara normal. Bahan lain daripada khamar yang kesannya sama atau lebih serius daripadanya dikenali sebagai narkotik atau dadah. Yang dipanggil narkotik itu termasuklah hasyisy [ganja], heroin, morfin dan sebagainya.
Penagih narkotik [dadah] rata-ratanya mula menyangka bahawa pengambilan yang sedikit tidak bahaya, tetapi ramai yang lupa bahawa bahan tersebut bisanya mencetuskan penagihan yang kuat dan berpanjangan. Orang yang terlibat biasanya akan dirangsang oleh zat ketagihan sedikit demi sedikit hingga akhirnya saluran darahnya penuh dengan dadah. Bila bahan tersebut bergerak ke otak lalu mencetuskan berbagai kesan yang menyebabkan akalnya tidak siuman lagi.
Oleh kerana dadah perlu dibeli terus-menerus kerana ketagih, maka pembelian itu memerlukan wang yang banyak hingga akan menjejaskan aliran rezeki dan akhirnya skrip kehidupan akan berubah yang mungkin menjadi penjenayah jalanan seperti meragut misalnya. Lebih teruk lagi keluarga dan rumah-tangga menjadi porak-peranda, lalu terjadilah masyarakat Islam yang pincang[12].
Ujar penulis buku halal-haram itu lagi, dalam syariat Islam itu sendiri sudah ada kaedah iaitu perbuatan membahayakan diri dengan sengaja itu dilarang kerana seorang mukmin itu bukan miliknya sendiri tetapi juga milik agama dan seluruh ummah. Hidupnya, kesihatanya, hartanya dan seluruh nikmat yang diberi oleh Allah kepadanya adalah sebagai amanah yang perlu dipelihara sebaik-baiknya.
Sebab itu ramai ulama berpendapat amalan mengambil dadah, menghisap rokok, ganja atau hasyisy adalah hukumnya haram[14] kerana bahan-bahan itu merosakkan kesihatan, menghakis kekuatan tubuh dan akhirnya membawa penyakit. Makanya, apa jua yang diharamkan oleh Allah untuk manusia pasti ada hikmahnya untuk manusia itu sendiri. Hanya manusia rata-rata tidak tahu mengapa Allah mencipta yang haram disamping yang halal kerana sebabnya hanya diketahui oleh Allah yang menciptanya. - Cut!
OP CANTAS!
1- Setelah berlakunya kejadian melibatkan seorang pemilik syarikat peminjam wang mati ditembak di persimpangan lampu isyarat berhampiran Setapak Central baru-baru ini, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu Op Cantas yang dijalankan oleh PDRM ketika ini dipertingkatkan bagi memendung aktiviti jenayah termasuk kes tembak yang semakain menjadi-jadi kebelakangan ini.
Tambah beliau, penambahbaikan pagar-pagar sempadan harus dilakukan secar holistik dan jangan hanya dilakukan setelah berlaku insiden yang tidak diingini kerana soal keselamatan tidak boleh dikompromi meskipun kementerian sedar kekangan kewangan dihadapi kerajaan ketika ini.
Pada masa yang sama Timbalan Perdana Menteri [TPM] yang juga Menteri Dalam Negeri mengingatkan rakyat supaya tidak memandang ringan kejadian pengeboman bersekala kecil yang dilakukan oleh militan Daesh keatas pusat hiburan Movida, Pucong Selangor baru-baru ini kerana terdapat usaha kumpulan penganas untuk melakukan sabotaj di beberapa lokasi lain. - Cut!
2- Tentu kita masih ingat lagi tentang kes bunuh pengasas AmBank Berhad, Hussain Ahmad Najadi. Kemudian pembunuhan N. Jeevandran [seorang pemandu van] yang mati ditembak dipersimpangan Jalan Permai Utama, Parit Buntar Perak. Diikuti berita kes tembak yang mencederakan G. Santhan Samy yang ditembak berhampiran susur keluar Lebuh Raya Butterworth-Kulim. Masih ingat lagikan, berita kematian Datuk Shahruddin Ibrahim [Timbalan Ketua Pengarah Kastam] yang mati ditembak ketika berhenti dilampu isyarat di Putrajaya.
Semua kejadian tersebut kalau tak silap aku berlaku pada tahun 2013. Masatu PDRM buat Op Cantas Khas bagi mencantas[14] habis-habisan kumpulan kongsi gelap. Walaupun udah melakukan cantasan tetapi jika setakat mencantas pucuknya sahaja tentulah ia akan bertunas semula. Samalah seperti hendak menghapuskan lalang [sebagai kiasan] di tanah kebun. Jika kita racun, selang dua-tiga hari lalang akan layu, kering dan mati tetapi selepas seminggu lalang itu tumbuh lagi.
Lalang tumbuh semula selepas diracun kerana akar-akar lalang yang berpinta-pintal, tumbuh menjalar didalam tanah tidak kena semburan racun. Jika kita dapat meracunnya pun mungkin sebahagian sahaja, sebahagian akar lalang tetap tumbuh, lagi-lagi selepas hujan turun. Untuk membunuh akar-akar lalang, kita perlu cangkul, asingkan dan bila akar tersebut udah kering kita bakar! - Wallahuaklam!
Keterangan:
[1]TPM: Timbalan Perdana Menteri [2]Risda: Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah [3]Ketum: Mula terkenal pada tahun 2003 kerana airnya menyebabkan khayal dan ketagihan. Memberi kesan sampingan seperti susut tubuh badan, insomnia, bibir menjadi kering, sembelit, muka seperti ada kesan lebab dan terbakar terutama bahagian pipi.[4]Kaum: Puak, kerabat atau segelintir masyarakat. [5]High: Hayal yang berterusan. [6]Saintifik: Boleh dibuktikan kebenaran melalui ujian. [7]Fatwa: Keputusan mengenai hukum [agama] yang diberikan oleh alim ulama atau mufti mengenai sesuatu masalah. [8]AADK: Agensi Antidadah Kebangsaan. [9]Morfin: Sajenis dadah yang diperolehi dari candu mentah dalam bentuk blok bertanda 999 yang mengandungi 70%-90% morfin hidroklorid. [10]Heroin: Juga dikenali sebagai Heroish yang bermaksud kuat. Mula digunakan diJerman Barat pada 1898. Ia 25% lebih kuat dari Morfin. [11]Syabu: Juga dikenali sebagai Ice. Bentuknya seperti kaca, kristal atau dlm bentuk serbuk seperti tawas. Tidak mempunyai apa-apa kegunaan dalm perubatan. [12]Pincang: Masyarakat yang kucar-kacir. [13]Haram: Hukum dalam Islam. Bermaksud tidak halal. Ditegah [terlarang] dan tidak diizinkan. Jika dilakukan juga adalah berdosa. [14]Mencantas: Memangkas atau memancung hujung pucuk atau dahan.
01 August 2016
KETUM, DADAH & OP CANTAS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment