02 August 2016

SESEKALI AKU BUANG MASA


Kolompo - 02 Ogas 2016

Aku awal-awal pagi sudah terpacak ditepi jalan mengadap Dataran Merdeka. Aku melihat sekeliling. Nun diseberang jalan, terlindung sedikit dari jambangan bunga kertas, kelihatan susuk tubuh beberapa lelaki gelandangan sedang tidur diatas kerusi simen. Dua ekor kucing, entah datang dari mana, tiba-tiba melintas dan menghampiri seorang pompuan bertudung yang sedang berjalan disiar kaki berhampiran gereja.

Langkah pompuan bertudung itu terhenti. Mengeluarkan sesuatu dari beg yang di jinjingnya Meow! Meowww! Kucing itu bersuara sambil kepalanya mengesel-gesel pada kaki pompuan tersebut. Pompuan itu meletakan seperti bijirin diatas pinggan kertas. Kucing itu tidak  bersuara lagi. Aku lihat dua ekor kucing itu dengan lahapnya[1] menguyah bijirin yang diberi oleh pompuan tersebut. Pompuan bertudung, menjinjing beg bewarna hijau itu kemudian meneruskkan perjalananya.


Aku mengintai jarum jam jenama Red Bull yang aku pakai dilengan kanan. Jarum jam menunjukkan kul 1115 dan jarum minitnya kaku tidak bergerak lagi. Argh! Aku mendegus.  Keras pulak jam nie. Lalu aku mengeluarkan handpon dari day backpack dan melihat jam digital yang mempaparkan angka menunjukan pukul 0650 pagi. Ya, pagi masih muda. Pepagi macam nie ada baiknya aku sarapan dahulu.

Aku berjalan kaki menyusuri Jalan Raja Laut yang jalannya sudah dipenuhi kenderaan. Dihadapan ada simpang empat. Di tengah-tengah simpang berdiri megah tiang lampu tiga warna.  Lampu merah masih menyala. Kenderaan pelbagai jenama dan saiz bergerah perlahan dihadapan aku. Lampu hijau menyala. Aku melintas dan menapak langkah demi langkah meyusuri Jalan Tun Perak.

Di kiri jalan aku lihat ada bilik mesin atm [layan diri] CIMB Bank. Tanpa diarah aku memasukki bilik atm melalui pintu kaca yang terbuka. Bilik mesin itu sepi. Hanya terdapat keratan kertas putih bertaburan diatas lantai.  Beberapa peti mesin tunai dan peti mesin deposit tersandar gagah ditepi dinding mengadap Jalan Tun Perak. Aku berdiri di- salah satu peti mesin tunai, memasukkan kad dan  menekan punat pengeluaran.

Aku keluar dari bilik atm layan diri. Bergerak arah ke-Jalan Melayu. Tidak jauh dari simpang antara Jalan Tun Perak dan Jalan Melayu itu ada sebuah  stesen lrt Masjid Jamek. Distesen itu kedengaran dengan jelas bunyi geseran brek lrt. Bunyi itu bersatu pula dengan bunyi injen kenderaan. Suasana memang bingit. Tidak lama kemudian orang ramai keluar dari beberapa arah pintu stesen lalu memenuhi siar kaki. Siar kaki-lima untuk pejalan kaki mula sesak.

Aku terus berjalan melalui Wisma Yakin disebelah kanan dan Masjid India disebelah kiri. Bangunan bertingkat yang berada disebelah masjid itu dikenali sebagai Malayan Mansion[2]. Didalam bangunan seperti petak-petak rumah burung merpati itu, adalah tempat kaum India Muslim tinggal dan sebahagian ruang pula  dijadikan permis perniagaan. Perniagaan mereka kebanyakan tertumpu pada percetakan, alat tulis, peralatan sukan dan menjual buku.

Aku melangkah masuk ke Malayan Mansion melalui pintu hadapan. Membeli senaskah Kosmo! Kemudian terus kebelakang, masuk ke lorong sempit dan berhenti disalah satu gerai. Aku menarik sebuah kerusi pelastik. Pada masa yang sama seorang lelaki India datang mengambil pesanan. Tidak lama menunggu, terhidang diatas meja secawan teh tarik dan dua biji telur setengah masak.

Pukul 0745 pagi. Usai mengeteh aku keluar dari Selangor Mansion. Singgah dikedai jam tangan. Aku mahu menukar bettry jam. Bayar harga bettry rm10.00 dan gerak arah ke stesen lrt Pasar Seni. Niat di-hati hendak membeli kad myrapid[3] tetapi pintu pejabat myrapid hanya dibuka pada kul 0900 pagi. Aku mulalah gelabah. Pepagi begini ke-mana pula aku hendak membuang masa.


Aku cuba bertenang. Aku duduk disebuah kerusi besi berkilat di stesen bas. Beberapa buah bas rapidKL masuk kelorong bas dan berhenti. Semua penumpang yang berbaki sedikit itu turun kerana stesen bas pasar Seni adalah  stesen terakhir. Kemudian datang pula dua buah bas GoKL[4] berwarna pink. Salah sebuah bas itu dibahagaian hadapannya tertulis free Bukit Bintang.

Ya! Aku hendak berjalan-jalan buang masa ke Bukit Bintang. Bas GoKL bergerak ke-hadapan sedikit dan berhenti dihadapan orang ramai. Pssttt! Bunyi pintu automatik lalu pintu bas bahagian hadapan dan tengah  terbuka. Orang ramai berpusu-pusu menaiki melalui pintu tengah. Aku memilih naik bas tersebut ikut pintu hadapan. Bas hampir penuh. Aku berdiri mengadap penumpang lelaki Bangladesh, pompuan Melayu, pompuan China dan seorang penumpang lelaki Melayu.

Pssttt! Pintu bas ditutup. Pelbagai bangsa dan warganegara mengisi perut bas. Bas bergerak meninggalkan stesen Pasar Seni menuju Bukit Bintang. Berdiri disebelah kiri aku seorang lelaki berwajah kacuhkan memegang handpon. Retinanya asyik ke-arah screen dan sesekali ibu jari tangan kanannya menguis screen handpon. Lelaki yang berdiri disebelah kanan aku seorang pemuda Melayu dan sedang berbual dengan rakannya yang duduk dihadapan aku.

Bas percuma berwarna pink yang aku tumpangi berhenti dibeberapa bus stop. Penumpang bertambah ramai. Berhimpit-himpit tetapi tidaklah seteruk berhimpit-himpit dalam perut bas mini[5] berwarna pink ketika era tahun 80-an. Pada zaman kegemilangan bas mini sering didengar jeritan konduktor[6] memanggil penumpang ketika bas berhenti diperhentian bas.  Setelah penumpang naik, dijerit lagi menyuruh penumpang yang berdiri masuk dan terus masuk kebelakang.

Penumpang bas mini ketika zamannya memang padat giler. Penumpang yang berdiri dibahagian tengah bas boleh menjadi dua lapis. Buntut berlaga buntut dan bahu berlapik bahu. Kalau naik bas di waktu pagi dikira ok jugalah kerana bau wangian yang terbit dari penumpang pompuan tetapi jika menaiki bas mini diwaktu puncak terutama waktu petang, bau wangin yang dicalit oleh pompuan hilang ditelan bau-bauan peluh jantan dan ketiak masam lelaki. Mual dan boleh muntah!

Pssttt! Bas GoKL berhenti lagi. Tiga pompuan Indonesia turun dan beberapa penumpang naik termasuk seorang penumpang lelaki China warga emas. Sebaik lelaki tua itu menghampiri kerusi yang dikhaskan kepada orang kurang upaya[OKU], ibu mengandung dan warga emas, segera bangun seorang pompuan keturunan India  dan meminta lelaki tua itu duduk. Lelaki warga emas tersenyum, teranguk-anguk  lalu duduk ditempat yang selayaknya.

Bas bergerak memasukki Jalan Sultan Ismail. Lelaki yang berdiri disebelah kanan aku masih lagi berbual dengan rakannya. Butir perbualan memang jelas iaitu tentang stylo lelaki kontemporari[7]. Lelaki yang berdiri itu mahu menukar gaya rambutnya seperti rakannya yang sedang duduk. Meminati kemeja potongan bodyfit dan memakai jeket. Mahu juga bercelana sendat dan bersepatu runcing seperti orang lain tetapi kedengarannya lelaki itu tidak begitu yakin akan perubahan keatas dirinya.

Dua lelaki Melayu yang berbual tadi bersama-sama beberapa penumpang lain turun apabila bas berhenti tidak jauh dari Wisma  Genting. Penumpang hanya berbaki sedikit. Apabila bas berhenti dihadapan Star Hill pulak, hampir kesemua penumpang turun termasuk aku. Kebanyakan penumpang-penumpang itu aku lihat melintas jalan menuju pusat membeli belah. Aku pula berjalan di laluan siar kaki yang dahulunya dikenali sebagai Bintang Walk[8]. Dikiri laluan pejalan kaki ialah pusat beli-belah dan dikanan pula deretan cafe-cafe berjenama yang baru sahaja mahu memulakan operasi buka kedai.

Aku ke Bukit Bintang  bertujuan untuk membuang masa sementara menunggu pejabat myrapid di Pasar Seni dibuka. Ketika ini aku hanya menggikut gerak hati. Kaki aku terus melangkah dan melangkah sehingga melepasi BB Plaza dan SungeiWang Plaza yang ketika ini kawasan tersebut sedang rancak dalam kerja-kerja pembinaan stesen Mrt[9] bawah tanah. Aku berhenti di persimpangan arah ke Low Yat Plaza. Dari jauh aku dengar sorak-sorai bergema. Riuh sekali.

Pritt! Prittt! Bunyi wisel bersahutan. Pelbagai nada bantahan terpacul dari bibir-bibir sekumpulan lelaki dan pompuan yang kebanyakannya masih muda-remaja. Mereka sedang berdiri ditepi jalan sambil memegang poster bewarna warni. Beberap buah kereta yang lalu lalang dihadapan kumpulan itu membunyikan horn. Ada seorang lelaki kurus bermisai, sedang memegang pembesar suara. Tidak jelas apa yang diperkatakan kerana ucapan lelaki itu seringkali tengelam  dalam tepukan gemuruh dan kebisingan tiupan wisel.

Sayup-sayup kedengaran siren. Makin kuat, makin bergema. Muncul dua buah kereta peronda polis. Kumpulan yang melakukan protes jalanan itu diminta bersurai tetapi tidak seorang pun berganjak. Malah terdengar jeritan-jeritan yang bernada provokasi[10] terhadap polis, dari lelaki kurus bermisai itu. Jalan di situ mula sesak. Orang ramai bersidai dipinggir-pinggir jalan dengan penuh minat kerana ingin tahu adegan-adegan[11] dan kejutan seterusnya.

Awak kat mana! Awak-awak kat mana!
Bunyi call ringtone. Aku menurunkan backpack. Menarik zip lalu mencapai handpon yang masih lagi menjerit minta dijawab. Ohhh! Si Alam rupanya yang ingin mengajak aku mengeteh sambil chit-chat. Pelawaan si Alam terpaksa aku tolak kerana urusan aku belum selesai. Ketika aku menamatkan perbualan aku lihat jam tangan aku sudah menunjukkan pukul 0855 pagi.

Pagi semakin cerah. Langit biru tanpa gumpalan awan seperti yang biasa aku lihat ketika berada di tanah kebun. Aku meninggalkan lokasi dimana kumpulan yang sedang melakukan protes jalanan itu masih lagi riuh rendah. Lama kelamaan bunyi riuh itu menyayup dan akhirnya hilang dari pendengaran aku. Kini aku sudah berada di perhentian bas, menunggu kedatangan bas GoKL. Tidak lama kemudian bas berwarna pink itu tiba. Sebaik pintu bas terbuka, penumpang  berebut naik, aku bersesak-sesak didalam perut bas bersama penumpang dari luar negara yang hajatnya sama iaitu mahu ke stesen terakhir di Pasar Seni. - Cut!




Keterangan :
[1]Lahapnya [2]Malayan Mansion [3]Myrapid
[4]GoKL [5]Bas Mini [6]Kondoktur [7]Kontemporari [8]Bintang Walk [9]Mrt [10]Provokasi [11]Adegan

No comments:

Post a Comment