09 August 2016

APABILA KITA SUDAH MERDEKA


6 Zulkaedah 1437

Bulan Ogas pada setiap tahun dikenali sebagai bulan kemerdekaan. Ia juga dikenali sebagai bulan mengibarkan bendera kebanggan Malaysia iaitu Jalur Gemilang bertujuan memberi semagat patriotisme[1] kepada rakyat. Malangnya semangat cintakan tanah air itu dilihat semakin menipis apabila ada segelintir anggota masyarakat tidak lagi menghormatinya, malah ada yang tidak berminat langsung untuk mengibarkan di premis-premis perniagaan dan kediaman mereka.
 


Bulan bersejarah itu bukan sekadar kibar Jalur Gemilang tetapi perlu diisi dengan aktiviti yang lebih berfaedah seperti menyemai semula semangat 'muhibah'[2] antara kaum. Merapatkan hubungan antara kumpulan politik pemerintah dengan kolompok pembangkang. Bulan Ogas itu sepatutnya dijadikan bulan bertenang bagi orang-orang politik yang mengamalkan sikap kebencian melampau.

 

1- Apabila kita sudah merdeka, kita tidak sepatutnya terus melupakan sejarah sebelum merdeka seperti penubuhan Persekutuan Tanah Melayu [Mlayland] yang mengandungi sembilan buah Negeri-Negeri Melayu dan negeri-negeri Selat [Melaka dan Pulau Pinang] pada 1 Febuari 1948. Serta kejadian  darurat[3] pada Jun 1948, akibat percubaan parti Komunis Malaya hendak merampas kuasa secara keganasan. Sejarah Pilihanraya Persekutuan yang pertama pada bulan Julai 1955 juga kita tidak boleh lupakan begitu sahaja sebanya itulah pengalaman pertama bagi penduduk tempatan belajar tentang sistem demokrasi.

Pada Pilihan Raya untuk merebut 52 buah kerusi yang berlangsung pada June 1955 itu, dapat dilihat iaitu Parti Perikatan[4] yang terdiri dari Pertubuhan  Kebangsaan Melayu Bersatu, Persatuan China Se-Malaya dan Kongres India Se-Malaya yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman telah memenangi sebanyak 51 buah kerusi. Kerusi sebuah lagi dimenangi oleh Persatuan Islam Se-Tanah Melayu. Lalu kerajaan dibentuk dengan Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Ketua Menteri. Kerajaan baharu itu mengandungi 6 orang Melayu, 3 orang China dan seorang India, serta 5 orang Mat Salleh. [Janji oleh Perikatan jika menang dalam pilihanraya ialah Kemerdekaan].

Janji bukan sekadar menabur janji, janji ditepati. Pada bulan Januari 1956, Ketua Menteri Tunku Abdul Rahman telah mengetuai rombongan 'Merdeka' ke London. Dalam suasana mesra, persetujuan dicapai. Kemerdekaan penuh diberikan kepada Persekutuan Tanah Melayu ialah pada 31 Ogas 1957 dan menjadi ahli ke 82 dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dalam satu upacara besar yang diadakan diStadium Merdeka, Duke of Gloucester yang mewakili pihak Baginda Queen telah menyampaikan Piagam Perlembagaan kepada Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Pertama dan dua hari kemudian, pertabalan Yang Di-Pertuan Agong bagi Persekutuan Tanah Melayu  iaitu Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad.

Apabila kita sudah merdeka, tentulah ada kumpulan yang tidak suka melihat Tanah Melayu Merdeka. Selepas itu ada pula yang sakit hati atas pembentukan Malaysia  pada 16 September 1963 apabila negeri Sabah dan Sarawak memilih untuk masuk ke dalam Malaysia. Oleh kerana irihati lalu terjadilah konfrontasi[5] dimana berlakunya peristiwa berdarah pada 29 Disember 1963. Dikenali sebagai 'Peristiwa Kalabakan'[6] kerana kejadian itu berlaku tidak jauh dari sungai Kalabakan, kira-kira 48 kilometer dari sempadan Kalimantan Indonesia. [Sila selak entri bertarikh 13 March 2013 'Peristiwa Kalabakan']

Salepas kita merdeka ada beberapa peristiwa lain yang berlaku antaranya rusuhan kaum pada '13 May. Masatu, kerajaan yang baru hendak bernafas terpaksa menghadapi pelbagai masalah seperti kekurangan sumber, kemiskinan ilmu, dan peluang pekerjaan yang terhad. Ditambah pula dengan masalah sosial dimana anak-anak muda mula terbabit dalam perhubungan sex bebas, melahirkan anak, bila malu-buang anak.  Pengedar dadah perlukan ramai penagih dan penagih ketagih-lalu meragut. Untuk  menguasai satu-satu kawasan perlu ada geng lalu banyaklah kumpulan gengster.

Tidak terhenti disitu, kerana masalah sosial merebak kedalam jiwa anak-anak muda melalui beberapa fasa yang haru-biru seperti isu murtad dan liberalisme sebagai contoh. Lebih  teruk lagi ialah isu perkauman dan perpecahan umat Melayu Islam akibat perbezaan ideologi atau prinsip politik yang melampau. Terpaksa pula orang-orang bijak pandai buat seminar demi seminar dan perbincangan bagi mengatasi kemelut tersebut. [Sila sekodeng entri Multaqa, Perah Otak & Resolusi - 03 June 2016]


2-
Belum lagi dapat melepasi beberapa fasa, masyarakat masih dibelenggu dengan rasuah, bantahan melalui protes jalanan,  memviralkan gambar bertujuan mengaibkan orang lain dan fitnah-memfitah dilaman sosial. Turut menyelit dalam kehidupan masyarakat kita hari ini ialah kumpulan militan Daesh, isu pengharaman daun ketum dan kita disibukan pulak untuk mendengar pro-kontra aplikasi permainan Pokemon Go!


Akhirnya kehidupan kita terutama yang tua bangka hanya disibukkan dengan fahaman politik yang berbeza lalu keluarlah ayat caci-mencaci,  fitnah-memfitnah yang disiarkan oleh akhbar atau di media sosial. Anak-anak muda pulak, letih sudah melihat orang-orang tua bertegang urat, cuba menegakkan benang basah, lalu anak-anak muda menyertai  kumpulan gengster atau barangkali ada juga yang malas  bersekolah kerana hendak memburu Pokemon.

Dunia bertambah giler! Masyarakat tidak peduli lagi tentang kemerdekaan, tentang muhibah tentang keamanan kerana mereka sudah lama merdeka. Merdeka bererti bebas bagi mereka. Bebas melakukan apa sahaja. Atas nama kebebasan itu jugalah cubaan putar belit sejarah yang dilakukan oleh Google dengan memadam nama Palestin dalam aplikasi peta miliknya dan mengantikan dengan nama Israel. - Wallahuaklam.



 
Nota Lutut : 
Tema Hari kebangsaan ke-59, masih lagi guna "Semangat Sehati Sejiwa" atau  "Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta" ini kerana masih ada segelintir masyarakat yang terikut-ikut dasar kerajaan Singapura. Malah, orang politik juga tidak pernah mahu berhenti daripada sifat dendam, menghasut, benci sangat, malah ada yang sanggup melebalkan seseorang sebagai kafir, macai dan lain-lain.
                     


  • Keterangan:


    [1]Patriotisme : Perasan cinta yg kuat terhadap tanah air.
    [2]Muhibah : Perasaan kemesraan dan persahabatan. [3]Darurat : Keadaan yg mencemaskan-berlaku tiba-tiba.  [4]Parti Perikatan : Ditubuhkan bertujuan bagi mendapatkan kemerdekaan. [5]Konfrontasi : Dua pihak yg bertentangan, bermusuhan dan berlakunya pergaduhan. [6]Peristiwa Kalabakan : Peristiwa 'Ganyang Malaysia' yang berlaku pada 29 Disember 1963. Sila selak entri bertarikh 13/3/13 [Peristiwa Kalabakan].

No comments:

Post a Comment