10 February 2014

ABSTRAK EKSPRESIONIS & MAJALAH!



Sekitar awal tahun 2000, aku mula mengumpul majalah suasana kediaman dan landskap seperti Impiana, Ruang, Deco Glam dan sesekali membeli majalah Trends dan The Edge. Majalah ini aku langgan kerana ada ruang Portfolio pelukis seperti Awang Damit, Tajuddin Ismail (TJ), Yusof Ghani, Shukri Elias, Asmawi Ismail dan lain-lain.

Artwork pelukis tersebut lebih bersifat abstrak - ekspresionis surealis seperti pelukis Awang Damit dalam siri Alun-Alun Ke Marsita, Siri Tari dari Yusof Ghani  atau seperti pelukis A Latif Mohidin yang terkenal dengan siri Pago-Pago dan Gelombang.

Untuk mengetahui serba sedikit mengenai lukisan jenis abstrak ini, ada baiknya aku meminjam sebahagian tulisan daripada Rasdan Ahmad ruangan Lukisan Pancawarna (Ahad 09/02/14). Beliau mengulas: Seni abstrak itu adalah salah satu jenis kesenian kontemporari yang tidak mengambarkan sesuatu objek dalam dunia realiti. Lukisan jenis ini menggunakan warna dan bentuk dalam cara non-representasional (luar pemikiran).

Seni abstrak mempunyai dua pendekatan. Pertama, seni abstrak diciptakan tanpa merujuk secara langsung pada bentuk-bentuk realiti dan pendekatan. Kedua, ia berupa ciptaan yang diadaptasi melalui unsur-unsur alam semula jadi.

Sebelum ini istilah non-objective digunakan untuk menunjukkan lukisan yang sukar difahami. Istilah ini kemudian ditinggalkan oleh para pejuang seni dan sejarawan. Mereka lebih memilih istilah seni abstrak daripada seni non-objective.

Wassily Kandinsky pelukis ternama Rusia menyatakan, lukisan abstrak ada persamaan dengan muzik. Memahami lukisan abstrak boleh diibaratkan seperti kita mendengar muzik instrumental. Kita boleh merasai keindahan nada muzik itu tanpa dibebani dengan unsur-unsur lain.

Semua unsur estetika dikembalikan pada bentuknya yang paling baik.Dalam muzik, semua unsur nada mewakili nada itu sendiri manakala seni lukis, warna mewakili warna, garis mewakili garis, demikian pula dengan unsur-unsur visual lainnya.


Dipendekkan cerita! Lukisan abstrak juga dapat dianalisa berdasarkan klasifikasi warnanya. Warna dapat diklasifikasikan dalam beberapa kelompok iaitu warna panas, dingin, senada dan harmoni. Warna panas terdiri daripada unsur-unsur warna merah, kuning dan jingga manakala warna dingin terdiri daripada unsur-unsur warna hijau, hijau muda dan biru. - Oleh Rasdan Ahmad.

Bercakap
pasal pelukis ne, ada gak majalah Fantasi, Dewan Sastera, Dewan Masyarakat, Impiana dan majalah Ruang, yang berbicara tentang pelukis lain umpamanya pelukis Mohas - Galeri Seni, dalam majalah Fantasi November 1986. Begitu juga dengan pelukis Ibrahim Hussein, majalah Fantasi, Oktober 1990. Dalam majalah Impiana pula, memperkenalkan portfolio pelukis Rafiee Ghani, Khairul Amir Shoib aka Meme, Zaim Durulaman, Muhd Fauzul Yusri, Nizar Kamal Ariffin, Jamil Mat Isa, RadziBedu, Fuad Arif, Daud Rahim dan sorang artis pompuan iaitu Susyilawati Sulaiman aka Shooshie.

Lepas tu aku perhatikan, majalah Impiana dan Ruang tidak lagi berminat menulis rencana tentang pelukis dan seni lukis. Semenjak tu, aku tidak lagi melanggan majalah tersebut. Aku beralih kepada majalah seperti Roda Pantas dan Cycling Malaysia. - Jumpa lagi dilain entri dengan izin Allah!

No comments:

Post a Comment