17 February 2014

CERITA SEMALAM!


Apartment!
Aku mengintai melalui jendela, suasana pagi yang hiruk-piruk dengan bunyi deruan enjin kereta dan motosikal. Sudah lama aku tidak merasa sejuknya embun pagi, kokok ayam jantan, siualan burung pipit dan melihat terbitnya sinar matahari pagi. Entah kenapa pagi itu bayangan lama tiba-tiba bermain dalam memori aku.

Pagi Ahad, ada angin masuk melalui jendela yang terbuka, menghantarkan sedikit kesegaran dan mengeluarkan udara yang terkurung semalam. Aku bersama Mawa bersiap-siap untuk melakukan aktiviti hujung minggu, berjalan dan sedikit berlari di Taman Tasik Metro, Kepong.

Taman Tasik! Aku bersama Mawa menyusun langkah demi langkah diatas jalan tar, kemudian menyusuri laluan jogger menggelilingi tasik. Sesekali angin pagi bertiup dari kawasan bukit, membawa sekali bau busuk yang tajam. Bau itu datangnya dari permukaan tasik, kelihatannya ada beberapa ekor bangkai ikan keli, terapong dengan perut kembung.

Taman Jasa - Ketika sarapan pagi, aku buat call pada adek Misah tetapi tidak berjawab. Mungkin handpon Misah dioffkan kerana itulah cara yang terbaik ketika mengecas betri talipon. Apapong kami bercadang untuk singgah rumah Misah dan ketika lalu dihadapan rumah, pagar rumah itu berkunci.

Tengahari! Mawa berada diruang dapur. Menyediakan makan tengahari iaitu Pecal. Makanan jenis ini adalah dalam kelompok salad, yang terdiri dari pucuk ubi, kacang panjang dan kangkong. Ditambah dengan tau'hu goreng dan telur rebus. Bahan-bahan tersebut digaul dengan kuah kacang (ready made) yang dibeli di Pasar Behrang, Tg Malim-Perak.

Lepas Waktu Asar, kami keluar menuju rumah adek Misah. Tiba dirumah Misah, kami ditunjukkan dua buah beg besar warna biru, kepunyaan Mawa dan emak mertua yang akan menunaikan ibadah Umrah dan Ziarah pada pertengahan bulan Mac 2014, dengan izin Allah!

Sedang kami berbual, adek Majid sampai dan membawa enam lagi beg besar dan beberapa buah buku, dari Syarikat Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd. Beg dan buku tersebut akan diberikan kepada peserta umrah iaitu Ismail, Hamisah, Athirah, Hamidah, Norlela dan Amirul @Boy.

Umrah dan Ziarah kali ini juga akan disertai Abdul Majid, Mohd Ariff, Razemi, Jamilah,  Mohamed Ali, Fatimah, Ali Japri, Muhammad Ammar, Nor Shafinas, Noor Shahiza, Mohd Irwan, Norfadilah, Hannah Nadwah, Ahmed Faiz, Noor Shila dan Ayra Dania.

Selepas Magrib! Adek Misah call bagitau iaitu abang Omar telah dimasukkan ke wad kecemasan di Hospital Sungai Buloh. Majid cadang untuk melawat abang Omar selepas waktu Magrib. Ketika kami dalam perjalanan menuju Hospital Sg Buloh, si Nazren (anak abang Omar) bagitau iaitu abang Omar udah dipindahkan kad wad biasa kerana denggi.

Tak dapatlah kami jenguk abang Omar kerana waktu melawat untuk wad pesakit biasa tamat pada jam 0900 malam. Kereta yang di pandu Majid masuk kelaluan Seri Damansara dan patah balik ke arah Kepong. Kami singgah di kedai untuk minum bersama Majid, Hamisah, Athirah dan Ammar. - Sekian!

No comments:

Post a Comment