23 February 2014

MATAHARI MULA MENGINTAI



Subuh sudah berlalu.
Matahari pagi mula mengintai melalui celah-celah jendela. Ketika ini didapur, isteri aku sedang mengadun tepung beras untuk buat kueh apam.
Resipi apam kali ini disalin dari blog adek Misah iaitu blog Senang-Senang Singgahlah!


Aku pula sudah berada dimuka pintu untuk keluar rumah. Siap dengan sebuah basikal Mtb warna jingga, bersarung tangan, bertopi keledar jenama Moon dan sebuah beg pack yang di isi dengan Deep Rup (salap untuk melegakan sakit otot), Burnol plus (antiseptic cream),
first-aid plaster dan sun glass.

Sebelum melangkah keluar ada baiknya aku berdoa terlebih dahulu "Ya Allah, Sesunggunya aku memohun kepada Engkau, kebaikan memasuki rumah ini dan kebaikan keluar dari rumah ini. Dengan nama Allah, kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah, Tuhan kami, kami serahkan diri kami."

Pagi ini
aku berkayuh menuju ke Taman Tasik Metro, dimana si Mahfol akan menunggu aku berhampiran pintu masuk kedua. Tidak sampai 3o minit berkayuh, aku sudah berada dikawasan yang dijanjikan. Berbual sebentar dengan Mahfol sambil tu mata kami memerhatikan dua pasukan bola sepak sedang bermain diatas padang rumput kering yang berwarna kuning.

Kami mula berkayuh. Ramai jogger sedang berlari dan ketika itu kedengaran sorak-sorai, bersatu dengan bunyi muzik. Sorak-sorai itu semakin kuat kedengarannya apabila kami menghampiri kemah-kemah yang didirikan disitu.

Oh Ya! Baru aku ingat, pagi ne ada majlis Hari Wilayah, patutlah riuh-rendah bunyinya kat sini. Ada beberapa acara yang sedang berlagsung seperti acara pertandingan melukis, tarian dan permainan untuk kanak-kanak. Yang paling riuh tentulah suara dari ibu bapa yang menjerit, mungkin memberi sokongan moral pada anak-anak mereka yang sedang bertanding. Wallahhuaklam!

Belum sarapan!
Aku ajak Mahfol sarapan nasi lemak sekitar Taman Beringin. Kami tinggalkan tasik, berkayuh keluar melalui rumah panjang yang kelihatan usang. Di rumah panjang ini kebanyakan penghuninya dari kaum India dan ada sedikit dari kaum Cina.
Sebahagian rumah panjang ini telah dirobohkan dan penghuninya udah dipindahkan dibeberapa penempatan baru seperti PPRT.

Kami berhenti disebuah gerai di Jalan Miri, Taman Beringin. Aku pesan Teh O dan nasi lemak paru goreng. Mahfol pulak minta milo panas dan nasi lemak sotong. Sambil makan sambil berbual perlahan mengenai berita terkini kisah Tragedi di Sungai Muar, dimana lapan remaja mati lemas.

Melihat papan tanda Jalan Miri, aku teringatkan Bandar Miri. Kali pertama aku menjejakkan kaki di Miri ialah pada 14 August 1992, iaitu sebelum aku meneruskan perjalanan ke Kuala Belait, Brunei Darulsalam. Selepas tu, setiap kali offday pasti Miri menjadi port aku untuk window shopping atau lepak-lepak di fastfood restaurant dan juga di gerai kegemaran aku iaitu Gerai P Ramlee.

Dolu kat Kuala Belait, aku kojer kat Syarikat Serikandi yang menjalankan perniagaan catering service antaranya di BLNG, Rest House dan Brunei Shell Club. Kalau offday aja aku akan menyeberangi sempadan Immigration Sg Tujuh untuk ke Miri, kekadang dengan teksi tetapi selalunya aku guna bas, kononnya nak jimat duitlah!

"Hoi! Jom gerak"
tiba-tiba Mahfol menyergah aku dan tangannya segera menyarungkan halmet kekepala. Aku memandang Mahfol sambil tersenyum dan kenangan silam
  itu terus hilang dari ingatanku.

"Kali ne aku belanja! Biasalah Bro, aku baru dapat duit Brim. Hehehe!" Seloroh Mahfol sambil bangun membayar harga sarapan pagi.

"Eh! Cantiklah tu kalau lu mau belanja. Minggu depan boleh belanja lagi. Apa kata kita kayuh ke Gombak, boleh pekene sate".

"Ops! Minggu depan ke? Aku ingat nak ge Pasar Selayang, nak beli ayam, ikan dan sayur. Kalau dah ge pasar, kira selamatlah duit Brim ne"
Serious aja muka si Mahfol.

"Bro! Gua gurau aja. Lain kali kita ngeteh, gualah payung pulak". "Yalah!" Sambil si Mahfol capai basikal dan kami berdua kayuh semula arah ke Tasik Metro. - Sekian!









No comments:

Post a Comment