Intro! Petang itu terasa panas, rumput hijau bertukar kuning dan daun-daun mula berguguran apabila di tiup angin. Tetapi angin yang bertiup itu membawa sekali wap kering, mengapong di celah-celah bangunan batu, besi dan kaca.
Ketika bunyi handpon aku berdering, aku sedang menggadap screen komputer, melukis menggunakan tetikus. Aku sekadar bereksperimen dengan titik, garis, warna dan ruang. Aku memang berminat untuk mengetahui tentang Art Digital, kerana itu sahaja yang termampu aku lakukan.
1 - Di tempat yang dijanjikan, disebuah cafe pinggir badar, dua rakan aku si Farid dan Azman sedang menunggu kedatangan aku dengan sabar. Ketika itu aku lihat, sudah terhidang diatas meja, Iced Lemon Tea, Iced Cappucino dan sepotong Chicken Quiche. Aku pula minta pada cafe crew, Iced Lemon Tea dan Turkey Sandwich.
Di sini (cafe) udaranya sedikit sejuk kerana dilengkapi penghawa dingin. Si Azman dari tadi leka bermain jari diatas screen handpon dan Farid sedang menyedut sedikit Ice Lemon Tea. Aku pula menikmati sandwich yang dibalut dengan ruti pita black papper, dua keping hirisan turkey, daun salad, hirisan tomato, hirisan bawang dan sedikit palitan mayonise.
Si Azman yang tadinya asyik bermain handpon, bersura tentang cuaca panas ketika ini. Si Farid pula berbicara tentang kisah Indonesia yang menamakan kapal perang dengan nama Usman-Harun. Sambung Farid lagi, Kerajaan Singapura pulak terasa hati kerana nama (Usman-Harun) itu pernah melakukan kesalahan dan dihukum mati di Singapura pada tahun 1968. Usman Harun pernah melancarkan serangan bom di Orchard Road yang mengorbankan tiga orang dan 33 lagi cedera.
"Ah! Itu kisah lama Beb!" kata Azman sedikit keras.
Pot pet! Pot Pet! Kami bertiga masih lagi berbual dan kali ini kisah berkisar pada Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputih. Si Teresa bersama tiga rakannya telah menimbulkan kemarahan orang ramai (orang Melayulah!) apabila muncul dengan lawak bodohnya didalam klip video berdurasi 11 minit 39 saat.
Teresa bersama rakan subahatanya Lim, Ah Kok dan sorang pompuan gemuk gedempol bernama Lim Ching Miau, telah dikecam kerana dilihat cuba membuat fitnah dan penghinaan terhadap Perdana Menteri serta kerajaan. Lagi pulak, Teresa memperlekehkan isu keselamatan negara khususnya di Sabah.
Tekedu aku bila mendengar ulasan-ulasan pedas, keras dan beremosi dari Farid dan Azman. Mereka berdua ne kalau bercakap memang ikut sedap mulut, pasal lidah pulak memang tidak bertulang. Sesekali pelanggan dikiri kanan kami menoleh mungkin kerana sedikit terganggu.
Turkey Sandwich, Chicken Quiche udah habis dimakan. Si Farid pula sedang menghabiskan sisa-sisa Iced Lemon Tea. Sedutannya meninggalkan sekeping lemon yang lusuh dan beberapa ketul ais didalam gelas. Kali ini Farid mengulas pasal perletakan jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waaythamoorthy.
Hujah Farid, Si Moorthy tu letak jawatan yang kononnya Perdana Menteri bolayan dengan permintaan Hindraf atas masalah sosioekonomi kaum India. Kata Farid lagi, Jika benar si Moorthy ikhlas hendak memperjuangkan kaum India, kenapa tidak mahu berjabat tangan dengan MIC.
"Yang peliknya kenapa kaum India tidak bersatu untuk menyelesaikan masalah mereka" ujar Azman sambil membetulkan gaya duduknya.
"Yang lagi kelakar tu! Ingat si Moorthy, kalau letak jawatan bolehlah dapat simpati dari kaum India. Silap haribulanlah! Berita perletakan jawatan beliau hanya suam-suam kuku pasal ada berita lagi hebat" Kata Farid.
"Ekeleh! Berita siapa lagi kalau bukan berita peletakan jawatan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud" cepat saja si Azman mencelah.
2- Aku tiba-tiba teringat sebuah buku berkulit hitam yang aku beli pada 22 Disember 2008. Buku tersebut bertajuk Hindraf Satu Konspirasi hasil tulisan Ruhanie Ahmad. Buku tersebut pernah aku baca secara fast reader kerana prolog buku tersebut semacam kisah dongeng Sang Nila Utama, siap dengan mentera Beb!
Seingat aku pada Bab Satu muka surat 21, Datuk Ruhanie Ahmad ada menulis tentang satu-satunya rujukan yang boleh didapati pasal Hindraf ialah di Wikipedia.
[Terjemahan: Hindraf adalah satu gabungan 30 NGO Hindu yang komited kepada usaha mengekalkan hak-hak serta warisan komuniti Hindu di Malaysia yang sekular. Kumpulan ini telah mengetui penentangan terhadap apa yang disifatkan sebagai "dasar tidak resmi mengenai pemusnahan kuil" dan juga prihatin terhadap encroachment undang-undang syariah.]
Wikipedia juga mencatatkan bahawa antara personaliti yang menjadi penggerak utama kepada Hindraf adalah sekumpulan lima orang peguam muda. Mereka adalah P. Waythamoorthy, P. Uthayakumar, M. Manoharan, K. Ganghadaran dan S. Ganapathi Rao.
3- Jam didinding cafe jarum besarnya menunjukan pukul 0725! Sinar matahari merah telah hilang di sebalik bangunan-bangunan batu, besi dan kaca. Ketika ini mungkin, matahari itu sudah terbenam dikaki langit. "Allahu Akbar, Allahu Akbar!" Kedengaran seruan dari Muazzim (Bilal) melaungkan azan menandakan masuk waktu solat fardu Magrib. Aku, Farid dan Azman bergegas bangun, bayar harga makanan dan kami beriringan menuju ke Masjid. - Sekian!
|
|
No comments:
Post a Comment