24 February 2014

MENGISI MALAM SEPANAS INI


I- Aku!
Seperti kebanyakan jiran, lebih suka mengisi malam sepanas ini di dalam rumah sahaja. Bersantai diruang tamu, mendengar berita Tv9 yang baru sahaja tamat siarannya. Antara berita menarik ialah MCA sedia terima pelbagai jawatan dalam Kerajaan Pusat, 17,000 penerima tolak BRIM 3.0, krisis air, juruwang maut ditikam, misi India ke planet Marikh, parlimen Ukraine singkir Presiden Viktor Yanukovych dan tunjuk perasaan di Bangkok.

Suara muazzin dari surau mula kedengaran melaungkan azan, tandanya udah masuk waktu Isyak. Aku bangkit dari kerusi malas sambil menutup Tv. Surau yang letaknya diblok E itu, menjadi tumpuan sebahagian penduduk. Selalunya waktu Magrib dan Isyak, adalah lebih sedikit penduduk yang turun bersembahyang, berbanding waktu solat subuh, zuhur dan asar.

Selesai solat Isyak berjemaah, aku balik ke rumah, cadangnya malam ne aku nak layan siri Arrow di Tv3. Ah! Aku malam ne terpkasa keluar, apabila tadinya ketika membuka handpon, terpapar sms dari Farid.

"Salam Man, ko free ke mlm ne. Jom lepak kat Ali Maju kul 1000 mlm. Bakar dan Azman ada skali nanti".

Ali Maju Restoran!
Ketika aku sampai, Farid, Bakar dan Azman nampaknya begitu relex lepak kat restoran mamak. Dibandingkan dengan sebelum nelah, diorang ne dolu bukan main lagi kerek, selalu melepak kat Kopitiam, Starbuck atau setidak-tidaknya di McDonalds.

"Assalamualaikum! Wah! Baru balik kayuh ke?" sambil aku berjabat tangan sambil aku menarik sebuah kerusi plastik warna merah. "Yalah Bro, kami kayuh malam kat Bukit Kiara" jawab Farid. "Bila nak join kami kayuh kat Kiara?" Soal Azman pulak! "Mana boleh gua join luorang. Luorang bolehlah, masih muda, bujang pulak tu dan tenaga pong ada lebih. Hehehe!" Aku ketawa dan mereka bertiga juga turut ketawa.


II- Malam semakin larut!
Kami berempat masih lagi di Ali Maju, berbual pelbagai isu. Makin malam makin ramai penggunjung datang. Sibuk betul pekerja-pekerja restoran melayan  pelbagai kereneh pelanggan. Tentu taukehnya senyum sampai kat telinga bila nampak wang mas'syuk kedalam cash register.

Inilah tabiat orang Kelompo. Tabiat melepak di kedai mamak yang juga semacam udah menjadi satu budaya orang Malaysia. Poket berisi atau kering bukanlah masalah besar bagi mereka yang tinggal di kota metropolitan seperti Kelompo ini. Mereka sebenarnya tak ambik kisah langsung pasal kenaikan kos sara hidup.

Satu hal yang buat aku keliru ialah sikap orang Kelompo yang suka membazir. Bila kos sara hidup naik diorang bising. Bila barang naik diorang lagi bising tapi diorang tetap berbelanja setiap hari tanpa kawalan. Bila hujung bulan, mall, shopping komplek, pasaraya pasti penuh dengan pengunjung. Itu belum lagi kalau ada 'grand sale'.

Berasak-asak, tolak menolak di shopping mall macam esuk dunia nak kiamat. Lepas shopping, ge pulak makan di restoran berjenama, biar orang nampak gaya mewahnya. Makan pulak tu tak habis, kononnya gaya klise orang Kelompo masa kini.

Pernah aku terbaca perihal makanan yang dibazirkan oleh orang Kelompo iaitu kira-kira 3,000 tan sehari, antara 10 hingga 15 peratus makanan tidak dimakan, kerana sebenarnya mereka tidak boleh makan terlalu banyak. Selalunya makanan yang berbaki didalam pinggan akan menjadi sampah apabila mereka menggunjungi restoran mewah, majlis perkahwinan atau makan ala'buffet di hotel-hotel yang menawarkan harga murah.

III- Sudah
hampir dua jam kami disini mengisi malam dengan berbual. Dari isu-isu panas hinggalah kepada isu remeh-temeh artis dan orang politik bercerai, seperti berita Erra Fazira dengan Engku Emran, Nurul Izzah dengan Raja Ahmad dan yang terbaru Liza Abdullah dengan Zolkefli Abdul Rahman.

Berita-berita artis yang remeh-temeh tu telah mengaburi sedikit berita pasal perbicaraan pasangan Malaysia di Sweden misalnya, berita penemuan fossil dinasour di Pahang atau pasal manusia nak tinggal di Planet Marikh.

Sesekali
ada hembusan angin berkongsi, mengisi malam ini. Aku mengintai jarum jam didinding restoran, jarum jam itu sudah menunjukkan pukul 1155 malam. Dua biji mata Farid juga menjeling jam didinding restoran.

"Wey! Dak kul 1200 ne, gua kene balik. Besuk gua kene masuk awal Bro" Ujar Farid.

"Yelah, Mamak sini kasi kira" Si Azman bangun sambil mengeluarkan note limapuloh.

"Semua kira ka?" Pekerja restoran bertanya. Dari raut wajahnya, aku lihat pekerja ne bukanlah keturunan India Muslim (mamak), tetapi lebih kepada India Hindu yang di import dari negara India. "Ya! Kira semua!".


"Thanks Azman, belanja aku makan malam..." Bakar bersura. Hubungan Bakar dengan Farid dan juga Azman dari dolu memang rapat. Tetapi sejak kene kutuk tempuh hari, si Bakar mula mengasingkan diri apabila diajak berkayuh atau lepak kat kedai mamak.

"Lain kali lu lah pulak belanja Bakar" 

"Takde hal! Bila-bila pun gua boleh belanja luorang, asal luorang jangan lagi kutuk gua lebih-lebih...".
Bakar melepaskan geram dan sakit hatinya selama ini.

"Oh! Jadi lu merajuklah sejak dua-menjak ne ya Bro. Patutlah tak nampak batang hidung. Udahlah tu. Macam kata P Ramlee, kita buang yang keruh ambik lak yang jernih. Hehehe".

"Hahaha...hahaha...haaaha", Kami ketawa serentak.  Berjabat tangan dan bergerak meninggalkan Restoran Ali Maju bersama malam yang semakin menghampiri pagi. - Tamat!
Glosari
Relex  - Santai. Bebas dan bermalas malas.
Kerek 
- Lagak atau berlagak sombong.
Tabiat
- Perangai. Perbuatan yang selalu dilakukan.
Klise 
- Gaya atau perkataan yang tidak istimewa lagi.
Fossil
- Hal purba. Gigi atau tulang binatang purba.
Kutuk  - Mengkeji. Mengatakan perbutaan tersebut adalah buruk.





No comments:

Post a Comment