Malam pun semakin larut. Hanya sesekali kedengaran bunyi enjin kereta dan salakan anjing. Mungkin ramai penghuni dikejiranan aku mulai tidur. Panas diluar dan bahangnya terbawa ke dalam mimpi. Mimpi mengharap, esok akan turunya hujan agar tidak terjadi 'krisis air' yang semakin kritikal terutama penduduk di Lembah Klang.
Aku cuba melelapkan mata tetapi gagal. Wap panas yang terkurung didalam bilik tidur dan sesekali bunyi anjing menyalak, telah menggangu aku. Kelopak mata masih terbuka. Ketika ini terasa sepi, seperti aku dibiarkan berkhayal. Ah! Ruginya kalau berkhayal. Tetapi apalagi yang hendak aku buat, melainkan menggadap komputer.
Jam 2400! Di bilik bacaan ketika ini, aku sedang kemaskini facebook. Facebook ini mungkin boleh menjadi teman maya yang baik dan boleh juga menjadi teman yang jahat. Untuk melayan mata aku yang masih terbeliak, aku klik music Bad Company. Lepas tu klik Spotify dan tertera perkataan Related Artists, Biography dan Music Popular.
Letak headphones kat telinga, layan lagu Rock Steady, Ready For Love dan lagu Bad Company. Lagu-lagu lama seperti Boney M, Elvis Presley, Tom Jones, ABBA, The Beatles, BeeGees dan lain-lain juga boleh kita dengar di facebook tanpa perlu pergi jauh hingga ke YouTube.
Facebook memeng giler! Semuanya mahu dikuasai oleh si Mark Zuckerberg. Hanya bermula dengan status, photos, video, friends, like, comment dan share, lepastu ada Timeline, Google dan Spotify pulak. Dolu, facebook beli Google Inc dengan harga sebanyak AS$12.5 bilion atau RM41.42 bilion dari syarikat peralatan komunikasi Motorola Mobility. Kini, cerita terbaru pulak ialah facebook mengumumkan pembelian sistem penghantaran mesej yang sangat popular di dunia iaitu WhatsApp!
WhatsApp! Sistem yang membolehkan orang ramai menghantar teks, gambar dan video menerusi telefon bimbit itu kini mempunyai 450 juta pengguna di seluruh dunia. Khabarnya, facebook membayar sebanyak AS12 bilion dalam bentuk saham dan AS$4 bilion lagi dalam bentuk wang tunai.
Agensi berita AP melaporkan, iaitu Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif WhatsApp, Jan Koum, 37, akan menjadi anggota pengarah facebook selepas pembelian itu selesai nanti. Koum menubuhkan perkhidmatan tersebut bersama seorang lulusan sains komputer dari Universiti Stanford, Brian Acton, 42, pada tahun 2009. [Koum pula merupakan seorang imigran Ukraine yang tidak meneruskan pengajian di sebuah kolej].
Wow! Aku nak cakap ayat apa lagi ya kalau bukan ayat Wow! Sama macam dailog dalam filem P Ramlee, ketika salah seorang pelakun sedang mengira duit. Si Zuckerberg dan Jan Koum pasti juga sebut Wow gitu! Banyaknya duit diorang hingga berbilion-bilion. Kekayaan mereka berdua ne aku kiralah, hampir sama dengan kemiskinan suku bahagian penduduk dunia.
Bercakap pasal facebook ne, ada seorang gadis Syria, dijatuhi hukuman rejam sampai mati kerana membuka akaun laman facebook. Menurut satu laporan hari ini, Mahkamah Syariah di bandar al-Raqqa, menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Fatoum al-Jassem, selepas didakwa melakukan perbuatan tidak bermoral kerana memiliki akaun laman web itu.
Si Fatoum dibawa ke mahkamah oleh militan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS). Laman web berita, examiner.com menjelaskan, mahkamah tersebut berada dibawah penguasaan ISIS turut menjatuhkan hukuman sama terhadap kesalahan zina. Penduduk wanita pula diarah untuk menutup aurat. Mereka juga dilarang bertemu dengan doktor lelaki dan dilarang meninggalkan rumah tanpa ditemani saudara lelaki. [ISIS merupakan kumpulan yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda dan ditubuhkan pada April, 2013]. - Allahuaklam!
Masa Berlalu! Aku berhenti menaip apabila jam dinding sudah menunjukkan pukul 0210 minit pagi. Aku menggesek-gesek mata walaupun mata aku belum mengantuk. Aku keluar dari bilik bacaan, aku kene paksa tidur kerana pagi ne aku kene temankan isteri aku berjogging. - Sekian!
|
No comments:
Post a Comment