07 February 2014

BILA ELEKTRIK TERPUTUS


Di Luar Apartmen!
Sayup-sayup kedengaran bunyi siren ambulance diselang-seli dengan salakan anjing liar. Malam terasa amat panas bila bekalan elektrik terputus. Hampir seluruh penghuni dikawasan kejiranan aku mengeluh kepanasan.

Beberapa saat waktu malam berlalu, aku  mula merasa pahitnya kehidupan di kota jika tiada bekalan elektrik. Aku dan manusia lainnya yang tinggal di kota ini sangat bergantung dengan elektrik untuk menerangi rumah, buat kipas berpusing atau setidak-tidaknya mahu menonton rancangan kegemaran di televisyen.

Ramai jiran-jiran aku turun ke bawah, mengharap datangnya angin. Sambil menanti bekalan elektrik dibaik-pulih, mereka bercerita tentang insiden perlawanan bolasepak pusingan kedua Piala FA yang tertunda kerana pasukan T-Team enggan meneruskan permainan babak kedua, setelah berlaku pergaduhan di dalam terowong ke bilik persalinan dengan pasukan JDT.

Mereka masih dibawah apartmen, terus bercerita tentang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, tentang Teresa Kok, tentang Taib Mahmud letak jawatan, tentang PKNS memecat 23 kakitangan PHSB, tentang kadar tol dan cerita pasal Scomi Group Bhd yang bertaraf global kerana berjaya memperoleh projek Monorel Mumbai bernilai RM1.8 bilion.

"Horee! Horee! Api dah ada" Kedengaran budak-budak bersorak gembira. Wajarkah bebudak yang tidak mengenal erti kesusahan itu bersorak Horee! Siapa agaknya yang menceritakan kepada bebudak yang masih berhigus itu tentang Horee. Kenapa dari kecik lagi bebudak tersebut tidak diajar tentang ayat Alhamdulillah!

Tik tok! Tik Tok!
Bunyi jam dinding mnegetuk tabir malam. Aku masuk ke bilik bacaan dan diatas meja komputer, ada baki air LA Coffee. Mata masih lagi segar bugar. Aku melihat beberapa buku yang belum habis dibaca. Antara buku tersebut ialah Meniti Lautan Gelora dari Said Zahari, Cendol Pulut Santan Lebih tulisan Abd. Jalil Ali, Setengah Berisi-Setengah Kosong  dan buku hasil tulisan Taufik Rahman: Obama-Antara Islam, Israel & Amerika.

Kipas siling ligat berpusing. Kali ini naluri aku lebih cenderung untuk mengadap screen komputer berbanding untuk membaca buku. Photo-photo yang tersimpan di dalam album, hampir kesemuanya aku conteng dengan menggunakan Photoscape. Inilah rutin malam aku. Aku melukis bukan menggunakan berus tetapi tetikus. Hasil daripada contengan tersebut, lahirlah seni digital melalui Reflection dan Illusion Series yang seakan-akan saring sutera.

Seminggu Berlalu! Sambil jari jemari aku melarikan tetikus kekiri, kekanan dan kekadang keatas dan kebawah, teringat aku akan aktiviti yang berlaku minggu lalu. Bermula dengan memenuhi jemputan Majlis Perkahwinan anak kepada pasangan Mazli Ujang dan Rokiah Majid yang diadakan pada hari Sabtu, bertempat di Taman Permata Fadason.

Lepas tu! Petang hari pulak, hantar  Mak Mertua balik kampung. Tengahari Ahad balik semula ke Kelompo. Ada beberapa tugasan yang kene buat. Bersihkan akuarium ikan di yard, menyusun buku dan majallah, menukar sarung kusyen serta buat susun atur baru diruang tamu yang terhad.

Begitulah
sebahagian aktiviti aku minggu lepas. Jika ada kelapangan, aku akan membaca, melukis atau menulis (menaip) supaya minda aku terus boleh berfikir dengan baik. Meminjam kata-kata Profesor DiRaja Ungku Aziz "Minda  mesti dicabar setiap hari. Use it or you lose it". Maksud Pak Ungku ialah gunakannya atau anda akan kehilangannya.

No comments:

Post a Comment