I- Ketika ini, panas bulan Febuari berterusan sehingga menukarkan warna rumput menjadi kuning. Daun-daun yang selalunya hijau, kini menjadi kering lalu berterbangan apabila ditiup angin. Angin itu membawa sekali berita kepada kita bahawa, parit, sungai, kolam dan tasik akan susut airnya andainya kemarau berterusan.
Menggikut laporan berita semalam, cuaca panas yang berterusan ini telah menggurangkan takungan air diempat negeri iaitu Empangan Semberong (Johor), Empangan Kemencheh (Negeri Sembilan), Empangan Padang Saga (Kedah) dan Empangan Timah Tasoh di Perlis.
Paras air diempangan empat negeri berkenaan merekodkan bacaan semakin merosot dan boleh dikelaskan sebagai memimbangkan. Catuan air mula dilaksanakan terutama di 71 kawasan di Negeri Selangor DE. Pada masa yang sama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, mula tunduk pada desakan rakyat dan Kerajaan Persekutuan, apabila bersetuju tanda tangan (Mou) Projek Loji Rawatan Air Langat Dua (Langat 2) yang tertangguh hampir enam tahun.
II- Di Kuala Lumpur! Berbeza pulak dengan bahang panas Operasi Bersepadu 6P oleh KDN terhadap PATI. KDN terus buat serbuan, tidak kira pagi atau petang, siang atau malam. Sebahagian PATI terus dihantar pulang ke negara asal, sebahagian pula akan dihantar ke Depot Tahanan. Majikan yang melindungi mereka juga tidak terlepas kerana akan didakwa di Mahkamah.
Sarang tempat pekerja asing diserbu. Baik ditapak pembinaan, kondo, apartment, hostel, kilang, ladang, restoran, disko, bistro, rumah urut, rumah pelacuran dan permis judi internet semuanya di selongkar. Tak ada tempat nak menyorok atau main sorok-sorok lagi!
PATI yang sedang berura-ura hendak masuk secara haram, diaorang tak ambik pot pasal krisis air, pasal Erra Fazira bercerai, pasal Op Bersepadu, pasal caj khidmat perubatan atau segala macam berita yang kononnya boleh melemahkan hasrat hati mereka untuk datang ke Semenanjung Tanah Melayu.
III- Ketika ini, di beberapa pekan kecil di Afrika, India, China, Bangladesh, Pakistan, Nepal, Myanmar, Indonesia dan juga di Vietnam, mungkin mereka sedang beratur di pejabat-pejabat Jual Orang. Mereka sedang berurusan jual beli, orang-orang yang hendak diseludup melalui lorong-lorong tikus.
Bakal-bakal (PATI) ini, sanggup menjual rumah dan tanah pusaka di kampung hanya untuk membayar wang pengeras ribuan ringgit kepada syarikat-syarikat sindiket jual orang. Bakal PATI nampaknya tak takut kalau ditipu atau mungkin akan menjadi mangsa perdagangan manusia.
Mereka, PATI ini telah disekolahkan atau lebih tepat udah dijaja cerita-cerita tentang kemewahan jika dapat bekerja diMalaysia. Kader-keder sindiket jual orang pulak telah meracuni fikiran mereka bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang sangat mudah untuk mencari dan mengumpul wang. Jika goyang kaki pun boleh mas'yuk apatah lagi jika sanggup berjalan dan mengutip wang yang bertaburan di tepi-tepi jalan.
Goyang sahaja kaki di mesin jahit, pasti dapat wang. Begitu juga kalau sanggup berpanas dan muka tak malu, ada banyak tin-tin minuman, botol-botol air mineral yang dibuang oleh orang Malaysia dari kenderaan, bertaburan ditepi jalan, kutip dan jual pasti dapat wang.
Bakal PATI juga dapat maklumat dari kenkawan yang bekerja di Malaysia. Mereka dapat tahu setiap bulan, rakannya itu menghantar wang ke kampung halaman paling sikit pun RM1,000.00. Setelah dua tahun menghantar wang, maka terbinalah rumah baru dikampung halaman mereka. Memang jealous habislah rakan-rakan kat kampung.
IV- Dhaka, Bangladash! Sesekali balik kampung, ramailah saudara-mara, jiran dan kawan datang berkumpul kerana hendak mendengar cerita dongeng tentang mewahnya kalau dapat bekerja di Malaysia. Selain mendengar cerita, mereka juga ditunjukan barang-barang yang dibawa dari Malaysia seperti Tv, radio, kamera, laptop atau setidak-tidaknya handpon keluaran terbaru. Meleleh air liur orang kampung Beb!
V- Abuja, Nigeria! Waktu yang sama, disabuah pekan kecil berhampiran Abuja, beberapa pelajar sedang mendaftar, untuk menggikuti pengajian yang ditawarkan dibeberapa kolej swasta sekitar Kuala Lumpur. Pelajar-pelajar ini adalah kumpulan yang terpilih untuk memasuki Malaysia bagi misi Cinta di Internet!
Setiap kumpulan dibahagi kepada enam orang, yang masing-masing pakar dalam ayat-ayat cinta dan kaki temberang. Modus Operandi (MO) mereka ialah mencari mangsa pompuan, berstatus andartu atau janda kaya di Internet. Bila udah dapat mengsa, dengan berbekalkan skrip ditangan, mangsa akhirnya jatuh cinta.
Apabila putik-putik percintaan berbunga, maka mangsa diberitahu akan mendapat hadiah mahal. Hadiah tu pulak sangkut kat pejabat Kastam dan memerlukan sejumlah wang untuk mengambilnya. Mangsa akan dipujuk untuk memasukan wang kedalam satu akaun kerana kononnya hadiah tersebut hanya boleh dilepaskan oleh pihak Kastam selepas sejumlah wang dibayar.
VI- Medellin, Columbia! Tiga lelaki, salah seorang berbadan gemuk dan saorang pompuan berkulit hitam manis, sedang bersiap-siap menuju ke airport, untuk menaiki pesawat. Mereka adalah kumpulan penyeluk saku (pencopet) yang udah terlatih. Destinasi mereka ialah Kuala Lumpur. Di Kelompo nanti, mereka akan tinggal di sabuah kondo sekitar Bukit Bintang, siap dengan kereta dan seorang pemandu lelaki tempatan.
Lagak mereka seperti ahli perniagaan. Geng Columbia ini selalu berada di balai ketibaan KLIA untuk mencuri beg sandang, beg tangan atau beg pinggang. Sekiranya mereka gagal mencuri atau mencopet di airport, mereka akan mengekori mangsa hingga ke lobby hotel atau ketika mangsa bersarapan di coffee house.
VII- Musim kemarau bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi berlaku juga dibeberapa negara termasuk negara India. Untuk terus hidup, segelintir petani di sekitar Jaipur beralih kerja di kilang-kilang pembungkusan milik sindiket pengedaran dadah.
Dadah sudah di bungkus kemas seakan-akan tepung beras. Diluar kotak siap tertulis Flour Rice for Tose dengan gambar sawah padi dan logo halal. Dadah ini akan diseludup masuk melalui lorong-lorong tikus disempadan Thailand.
VIII- Negara China sangat luas. Bukan setakat negaranya luas tetapi mempunyai penduduk pompuan paling ramai didunia. Di Gluyong misalnya, pompuan-pompuan yang dikira cantik, dikumpulkan oleh bapak-bapak ayam pada satu tempat khas. Mereka dilatih bekerja sebagai pelayan restoran, dijanjikan akan mendapat gaji dan tips yang lumayan.
Pompuan-pompuan Cina ini kebanyakan berasal dari kampung dan tidak mengetahui tujuan sebenar mereka dibawa ke Kuala Lumpur. Mereka dibawa masuk atas tiket sebagai pelancung. Bila tiba di Kelompo, mereka akan diserahkan pulak kepada ibu ayam di rumah-rumah urut, spa serta pub dan bistro. - Titik!
Nota Kaki : Entri 'Andainya Kemarau Ini Berterusan' hanyalah rekaan semata-mata. Yang pastinya jika kemarau berterusan, mereka yang tinggal di kota atau didesa akan terjejas kehidupan akibat terputusnya bekalan air. Sebagai umat Islam, kita digalakan berusaha memohon pada Allah agar menurunkan hujan. Cara terbaik ialah melaksanakan solat sunat Istisqa yang bermaksud meminta hujan. - Wallahuaklam!
Glosari Sarang - Tempat atau lokasi persembunyian. Kader-kader - Anggota sindiket yang telah dilatih. Kaki Temberang - Percakapan, umumnya tidak benar. Omong kosong. Andartu - Gelaran yg bermaksud anak dara tua. Pencopet - Penyeluk saku (pick pocket). Tose - Makanan India yg dibuat dari tepung beras. Ibu Ayam - Perempuan yang memperdagangkan pelacur.
|
No comments:
Post a Comment