30 March 2016

SEMINGGU SUDAH BERLALU


Kuala Lumpur.

Di luar apartmen
ketika ini suhu panas kekal antara 33-34 darjah Celsius. Berbanding dengan cuaca panas yang berterusan di dua negeri belah Utara, melebihi 37 darjah Celsius yang memaksa penutupan kali kedua bagi sekolah-sekolah di Perlis dan Kedah. Manakala Sungai Pahang pula semakin cetek kesan cuaca panas dan kering yang sedang melanda negara. Pegawai Bomba dan Penyelamat daerah Temerloh pula menasihatkan  orang ramai khusunya penduduk di pingir Sungai Pahang tidak terlalu ghairah mencari hasil laut  atau mandi-manda di sungai berkenaan kerana dikhuatiri terpijak kawasan pasir jerlus.

Jika setiap tahun negara dilanda cuaca panas dan ada ketikanya  banjir besar dan sering berulang-ulang maka itu sudah dikira sebagai musim yang perlu kita hadapi setiap tahun. Yang pastinya cuaca panas dan bajir besar itu berlaku menggikut musim. Yang menarik perhatian penulis ialah berita tentang tidak menggikut masa, hari, bulan atau musim seperti peningkatan kemalangan maut di jalan raya, pelacuran, dadah, love scam Afrika, rasuah serta penyelewengan wang kerajaan yang membabitkan jutaan ringgit.

Kes-kes rasuah memang banyak berlaku dan tidak pula menggikut musim. Seperti yang diberitakan pada Selasa 15 Mac 2016 dimana dana kebajikan yang sepatutnya disalurkan untuk merawat pesakit keronik dan miskin didakwa lesap kerana individu yang diamanahkan telah menyelewengkan dana berjumlah lebih rm20 juta menerusi Op Tiris oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia [SPRM] baru-baru ini.

Begitu juga dengan kisah cinta siRomeo Afrika yang dapat menjerat wanita-wanita Malaysia dengan kerugian mencecah rm19.2 juta hanya dalam tempoh 70 hari sejak Januari lalu. Menurut rekod Polis Diraja Malaysia, pada 2015 sahaja, sebanyak 1,645 kes jenayah Love Scam direkodkan dengan kerugian melebihi rm56 juta.

Difahamkan, modus operandi[mo] siRomeo Afrika mudah sahaja. Melalui platform media sosial seperti Facebook, Twitter atau Instagram, mereka akan berkenalan. Kemudian dengan berbekalkan ayat-ayat cinta dan janji manis, maka wanita yang kesunyian itu dengan mudah terjebak ke dalam cinta siber. Maka siRomeo itu jadilah seperti pisau cukur yang sentiasa mencukur!

Cerita yang terbaru, bukanlah cerita wayang Boboiboy The Movie atau Batman v Superman tetapi cerita 'Mewah Terlampau' yang disiarkan oleh Mingguan Malayisa [muka depan] pada Ahad, 20 Mac 2016. Skrip yang ditulis sendiri oleh Setiausha Bahagian KBS [Kementerian Belia & Sukan] bersama lapan kontraktor syarikat berkaitan penganjuran acara itu berakhir setelah Op Tiris dilakukan oleh SPRM disekitar Lembah Klang sejak seminggu lalu.

Penulis bukan hendak mengaibkan mana-mana individu yang terbabit dalam rasuah atau ayat mudah 'tidak amanah gitu'. Yang penulis nak tekanakan kat sini ialah wang jutaan ringgit yang mengalir ke-luar negara, apabila ada  individu seperti siRomeo Afrika misalnya, akan  menghantar terus wang yang diperolehi dari Love Scam ke bank luar negara. Begitu juga individu yang mendapat wang 'imbuhan' dari hasil kerja tidak amanah. Mereka akan membelanjakan wang di luar negara bagi menggelak mereka di kesan oleh pihak SPRM.

WoW! Itulah ayat yang dapat penulis sebut apabila mengetahui jumlah sindiket penyelewengan dana kerajaan bernilai lebih rm100 juta. Seperti yang diberitakan, modus operandi[mo] sindiket tersebut ialah menggunakan suspek untuk mengarahkan bahagian kewangan agensi di kementerian membuat bayaran kepada 14 syarikat yang 'dikendalikan' kontraktor terlibat bagi menjayakan program berkaitan acara sukan.

Sebenarnya tiada tuntutan dikemukakan oleh syarikat kepada agensi berkenaan tetapi pegawai kanan tersebut [suspek] memainkan peranan bagi memastikan bayaran dibuat kepada syarikat terbabit. Hasil pakatan tersebut, suspek menerima imbuhan antaranya berbentuk insurans dan unit amanah bernilai jutaan ringgit serta pemberian kad kredit. Susulan penahanan tersebut, SPRM telah menyita dua buah rumah iaitu sebuah banglo dan rumah teres selain merampas 12 buah kenderaan mewah.

Wow! Wow! Melopong mulut penulis bila mengetahui suspek memiliki 12 buah kenderaan mewah. Banyak tu! Macam nak bukak kedai kereta mewah gamaknya. Antara kereta yang dirampas ialah dari model Audi-Q7 bernilai *rm590.000, Mercedes-Benz E-Class [rm490.000], Lexus rm468.000, Nissan-GTR[rm445,000] Mercedes-Benz A45 Brabus rm348,000, Audi Q5 rm325,000, Volkswagen Golf GTi rm227,000, Toyota Alphard rm200,000, Toyota Estima rm180,000, Toyota Camry rm169,000, Ford Fiesta rm88,000 dan Toyota Hilux rm112,000. [* harga yang dinyatakan adalah harga kereta yang dianggarakan oleh SPRM]

Dipendekan cerita! Bukan setakat mempunyai koleksi kereta mewah tetapi, WoW! [3X] sebab ada koleksi beg tangan berjenama 40 buah. Terdapat barangan yang sangat mahal antaranya sebentuk cincin mutiara rm600.000, beg tangan Hermes rm400.000 dan set alas tidur rm300.000. Cara kehidupan dan kemewahan boleh mengalahkan jutawan-jutawan kat Malaysia barangkali.



Nota Lutut: Yalah! Bukan suspek seorang sahaja yang terlanjur hidup mewah, ada lagi diluar sana tengah bercadang untuk hidup 'mewah terlampau' seperti kes pemalsuan dokumen bagi mendapatkan pinjaman Mara misalnya. Bagi pendapat penulis, mereka melakukan penyelewengan kerana ada ruang untuk mereka berbuat demikaian. Pulaktu, juru-juru audit yang sepatutnya bekerja lebih pantas tidak berbuat demikian menyebabkan salah laku berprofil tinggi itu berlanjutan dari bulan kebulan dan tahun berganti tahun. Cara berfikir dan bekerja dijabatan kerajan atau badan berkanun perlulah diubah dari segi sistem dan SoP. Mungkin kakitangan yang berurusan dengan wang [juruwang] atau pegawai yang meluluskan sesuatu acara perlu diawasi oleh jabatan risiko! - Wallahuaklam!

25 March 2016

LANCANG ke KL SENTRAL

            
              Khamis, 24 Mac 2016

Anak buah aku si Ammar tiba di Tanah Kebun pukul 08.00 pagi. Terus mencapai mesin rumput lalu mengetam rumput berhampiran pondok. Masa yang sama aku lihat Mohamad Ridwan juga sudah bersiap-siap dengan dua buah beg besar. Sebelum ini aku telah berjanji kepada Mohamad Ridwan untuk menemankan beliau menaiki bas dari Lancang hingga ke KL Sentral.

Pukul 0845 pagi, Ammar berhenti mengetam rumput. Aku dan Mohamad Ridwan yang berambut panjang ala' reggae[1] itu juga sudah siap sedia untuk meninggalkan Tanah Kebun menuju Lancang. Lebih kurang pukul 0915 pagi, kereta yang di pandu Ammar sudahpun melalui simpang tiga di Mempateh. Dari Mempateh ke pekan Lancang tidaklah jauh manapun, adalah kira-kira dalam tiga kilometer.

Di Lancang. Sebelum membeli tiket bas express, aku, Ridwan dan Ammar sarapan di sebuah gerai berhampiran  post office. Usai sarapan kami bersalaman sebelum si Ammar gerak arah ke Pondok Madrasah, Kampung Paya Siput, Lancang. Aku dan Ridwan pula singgah di kedai talipon yang papan tandanya berwarna merah, tertulis perkataan Hot Link. Di sini kami membeli dua tiket bas express dengan harga rm10.40 seorang.





Bas yang kami tunggu tiba pada pukul 1045 pagi. Di jangka sampai di Stesen Jalan Pekeliling pada pukul 1215 tengahari. Aku dan Mohamad Ridwan memilih tempat duduk paling belakang bagi memudahkan si Ridwan meletakkan beg beliau. Baru beberapa minit bas meninggalkan pekan Lancang, messaging ringtone talipon aku berbunyi. En Hosni Idris yang menetap di TTDI ingin berjumpa dan aku membalas sms beliau memberitahu iaitu aku dalam perjalanan ke KL Sentral. Aku cadangkan kepada En Hosni supaya menunggu aku di KL Sentral pada pukul 1245 tengahari lebih kurang.

Dalam bas. Aku dan Mohamad Ridwan tidak banyak bercakap. Aku perhatikan raut wajah si Ridwan nampak happy ketika bas bergerak melalui beberapa buah kampung. Sesekali wajahnya berkerut dan sesekali seperti sedang berhayal. Mungkin ketika ini Ridwan teringat sewaktu beliau meninggalkan London sebulan yang lalu. Pernah juga aku bertanya kepada Ridwan [satu petang ketika kami minum kopi bersama] tentang asal usul, pekerjaan, hobi serta tujuan beliau datang ke Malaysia, terutama masuk ke kebun sebagai volunteer[2].

Menurut Mohamad Ridwan, nenek moyang beliau berasal dari kepulauan Caribbean dan sudah 43 tahun tinggal di London. Bosan tinggal di London lalu beliau bercadang untuk mengembara sambil melakukan kerja-kerja sukarela terutama di negara belah Asia Tenggara. Melalui laman web Workway[3] si Ridwan memilih Malaysia [Lancang Pahang] sebagai destinasi. Sebulan lalu, Ridwan bersama empat orang sukarelawan tiba di KLIA dan terus di bawa masuk ke ladang buluh dimana buluh-buluh diladang tersebut dijadikan arang dan barang cenderahati.
 


  • Menghampiri pukul 1255 tengahari, barulah bas yang kami tumpangi sampai di stesen Jalan Pekeliling. Kami berjalan menaiki tangga ke stesen Lrt. Untuk menyambung perjalan, aku beli token[4] untuk Mohamad Ridwan sementara aku akan menggunakan kad Touch 'nGo. Kami akan menukar Lrt di stesen Masjid Jamek sebelum meneruskan perjalanan ke stesen KL Sentral.

    Tiba di stesen KL Sentral. Berjalan di celah-celah orang ramai untuk ke kauter Ktm. Cadangnya, aku hanya menghantar si Ridwan sampai ke KL Sentral sahaja. Memandangkan, ini kali pertama beliau menjejakan kaki di Kolompo, maka dengan rela hati aku membantu sehingga beliau mendapatkan tiket keretapi untuk perjalanan ke Padang Besar.

    Walaupun aku membesar di Kolompo tetapi stesen KL Sentral ini tetap asing bagi aku. Aku terpinga-pinga. Terpaksa bertanya kepada beberapa orang sambil memerhatikan papan tanda untuk ke kauter Ktm. Aku dan Ridwan ikutlah arahan papan tanda lalu naik ke tingkat atas. Tiba kat tingkat satu, aku rasa hairan kerana orang ramai sedang menjamu selera  di cafe, dan di-restoran, malah ada yang sedang membeli belah di-butik.

    Aku terus menghampiri meja pengawal. Bertanya akan arah sebenar untuk ke kauter tiket Ktm. Ujar pengawal tersebut, jika hendak ke kauter Ktm perlu turun semula dan naik tangga disebelah sana. Sambil jarinya menunjukkan arah sambil memberitahu bahawa kami sedang berada di NU Sentral, pusat belibelah yang terbaru di KL Sentral. - Ohhh gitu!


Aku menaiki
escalator[5] ke tingkat satu di ikuti rapat oleh Mohamad Ridwan. Kami terus ke kauter pertanyaan [Ktm] untuk mengambil nombor giliran. Sebelum mengambil nombor, petugas kauter memberitahu tiket untuk ke Padang Besar hari ini dan esuk sudah habis di tempah. Yang ada hanya tiket kelas perniagaan sahaja. Aku ucapkan terima kasih kepada petugas tersebut dan memberitahu akan datang semula untuk mengambil nombor giliran. Kami hendak berbincang!

Aku dan Mohamad Ridwan beredar dari kauter pertanyaan. Duduk di-salah sebuah kerusi berhampiran pintu keluar-masuk. Aku cadangkan kepada Ridwan untuk membeli tiket Ktm ke Tumpat. Dari Tumpat beliau boleh menaiki bas atau teksi ke Pengkalan Kubor dan seterusnya ke Immigration di-Golok kerana tujuan si Ridwan hanya untuk memperbaharui pasport yang tamat tempuhnya pada 28 Mac 2016.

Aku lihat wajah si Ridwan berkerut. Aku tidak pasti adakah si Mohamad Ridwan faham akan cadangakan aku kerana ketika ini kami hanya berkomunikasi menggunakan Bahasa Inggeris. Untuk memuaskan hati beliau, aku bentang Malaysia Travel Map dihadapan beliau dan aku tunjukkan laluan perjalanan keretapi dari KL ke Tumpat.

Mohamad Ridwan angguk-angguk kepala tanda faham. Kali ini aku suruh si Ridwan pergi sendiri membeli tiket keretapi dan aku pula mahu menunggu En Hosni. Aku hubungi En Hosni melalui talipon dan beliau bagitahu sedang ontheway ke arah tempat aku menunggu. Tidak sampai lima minit En Hosni tiba. Kami bersalaman dan bertanya khabar. Si Ridwan pula muncul. Aku perkenalkan kepada En Hosni dan beritahu akan tujuan si Ridwan iaitu hendak pergi ke sempadan antarabangsa untuk cop pasport.

Tiket Ktm ke Tumpat juga habis ujar si Ridwan. En Hosni cadangkan kepada Ridwan pergi ke Utara atau Pantai Timur dengan menggunakan perkhidmatan bas express, tetapi si Ridwan menolak kerana nanti sukar untuk beliau membuang air kecil dan merokok. Aku bagitahu pada si Ridwan iaitu hanya tinggal satu destinasi iaitu Singapura. Suka atau tidak beliau kena pergi ke JB Sentral. Dari situ beliau boleh menaiki bas untuk masuk ke Singapura. Aku sarankan lagi, belilah tiket untuk hari ini, esuk atau lusa. Pasti ada!



Langkah si Ridwan perlahan sahaja ketika berjalan menuju kauter pertanyaan Ktm. Kemudian hilang di celah-celah orang ramai. Aku pula mencapai botol drinking water lalu meneguk sedikit untuk menghilangkan dahaga. Aku dan En Hosni berbual.

"Kalau si Ridwan lambat mengecop pasport dan pada masa yang sama ada pulak 'Op Pati' kantoi
[6] si Ridwan".

"Tapi dia bukan di kira pendatang haram, pasal dia masuk Malaysia secara sah, hanya dia dikira sebagai tinggal lebih masa kerana pasport tamat tempoh gitu"

"Betul tu En Hosni. Saya  pernah alami pasport tamat tempoh ketika bekerja di Brunei Darussalam. Terlebih tiga hari dan kena masuk bilik pegawai Immigration Sg Tujoh, Kuala Belait. Kena soal siasat!".

"Kena denda tak?"

"Memang pegawai tu nak denda tetapi saya bagi alasan, ketika itu saya tidak sihat. Kira demamlah! Akhirnya pegawai yang baik hati tu lepaskan dan sarankan kepada saya, jika nak masuk semula ke Brunei selepas lima [5] hari. Adoi! Lamanya"


 


Perbulan kami terhenti. Mohamad Ridwan menghampiri kami degan wajah berseri. Senyum sambil menghulurkan tiket Ktm, KL Sentral - Sentral JB bertarikh 25 Mac 2016. Waktu berlepas esuk pada pukul 1330 petang. Satu masalah sudah selesai. Masalah kedua ialah dimana si Ridwan hendak tido malam ini. Aku segera teringat kawan aku si Azahan yang tinggal solo kat Bukit Indah. Lalu aku menekan contacts hanpon aku. Azahan menjawab. Sayangnya malam ini si Azahan tiada di rumah kerana tido di Kuala Selangor.

Aku dan En Hosni cadangkan kepada Ridwan supaya tido semalam kat hotel baget sekitar Masjid India. Mohamad Ridwan setuju. Kami bertiga gerak meninggalkan KL Sentral menuju stesen Masjid Jamek dengan menumpang Lrt. Cuaca panas terik ketika kami keluar dari stesen Lrt. Berjalan di celah-celah orang ramai. Suasana di hadapan Wisma Yakin nampak sibuk dengan orang ramai berjual beli tanpa menghiraukan bahang panas atau istilah lainnya fenomena El Nino gitu!

Nak cari bilik dulu atau nak pekena teh tarik
. Itu soalan yang dilontarkan oleh En Hosni. Lapar! Apakata kita pekena teh tarik dan ruti banjir dulu kat Malayan Mansion, bisik En Hosni. Kami melangkah arah Mamak Coner, Malayan Mansion, Jalan Masjid India. Si Ridwan ikut sahaja apa yang kami minum dan apa yang kami makan. Pesan tiga teh tarik dan tiga ruti banjir. Ketika menikmati teh tarik, aku lihat peluh En Hosni sudah membasahi kemeja-T Polo beliau. Mungkin ketika ini cuaca panas sekitar Kolompo sudah sampai ke tahap 35 darjah Celsius. Panas!


Kami keluar dari Malayan Mansion. Panas terik matahari seakan berasap dan naik mengapong di udara. Tidak bergerak. Yang bergerak hanyalah manusia dan kenderaan. Kami bertiga berjalan menyusuri kaki-lima kedai, mencari hotel baget yang harganya bawah rm60.00. En Hosni dan Ridwan telah masuk ke dua[2] buah hotel bertanyakan room rate tetapi gagal mendapatkan harga yang dikehendaki. Harga yang ditawarkan untuk single bed ialah rm120.00. Mahaltu!


Aku lihat Mohamad Ridwan yang mengendong backpack dan menjinjing sebuah beg besar berwarna hitam mula berjalan terkinjot kinjot. En Hosni pula berhenti apabila ada penjual kakilima menjual barang-barang hanpon. Sementara En Hosni tawar menawar, aku dan Ridwan mencari tempat berlindung dari sinar matahari. Backpack diturunkan. Si Ridwan mengeluarkan kertas kecil berwarna putih dari bag pinggangnya. Diatas kertas putih itu diletakannya sedikit tembakau lalu digulongnya. Rokok gulong itu dibakar. Asapnya naik ke udara. Lega!


Keterangan:

[1] reggae   - Muzik genre [originated] dari Jamica sekitar 1960'an. Salah seorang penyanyi reggae terkenal ialah Bob Marley. Peminat reggae boleh dikenali melalui pakaian, topi dan rambut yang diayam.

[2]  Volunteer -  Orang yang membuat sesuatu dengan sukarela atau memberi khidmat, sedia menolong secara suka-rela.

[3]  Workway   - Nama sebuah laman web.

[4]  Token    - Sekeping plastik bulat berwarna biru sebesar duit silling 50 sen sebagai tanda atau mengantikan mata wang. Ia digunakan oleh pihak pengurusan Lrt.


[5] Escalator  - Tangga yang bergerak untuk menaikkan atau menurunkan orang ramai.

[6]  Kantoi      -  Istilah Kantoi tidak ada dalam Kamus Dewan DBP. Kontai bermaksud tertangkap. Pelopor istilah kantoi ialah kutu-kutu sekitar tahun 70'an.
- Wallahuaklam!



14 March 2016

BACKPACKER [5] GRIK - KOLOMPO


Rabu, 9 Mac 2016


Pekan Grik, Perak.
Aku dan Baha memanjat tangga Friendly Park Hotel ke tingkat satu sebaik menerima kunci bilik. Kami mengeluarkan pakaian yang terperap macam sardin dalam backpack lalu menyidai ditempat yang disediakan. Sementara si Baha menyusun pakaiannya, aku masuk ke bilik mandi dan lepastu kami solat bergilir-gilir.

Ketika ini cuaca di luar sangat panas. Mungkin bacaannya sudah mencatat 35 darjah Celsius. Walaupun aku tidak membawa alat pengukur untuk menentukan tahap kepanasan tetapi boleh diagak dengan bahang panas luar biasa di Grik berbanding Kota Bharu. Menggikut Jabatan Meteorologi, cuaca panas melampau disebabkan kesan daripada fenomena El Nino di mana pemanasan suhu permukaan laut di timur dan tengah lautan Pasifik [kawasan Khatulistiwa] yang berlaku setiap dua tahun hingga tujuh tahun.

Setelah puas berkurung dalam bilik hotel, petangnya usai solat Asar kami keluar untuk meninjau tempat-tempat yang sesuai untuk di rakam, sambil minum petang disebuah restoran Mamak. [rm3.00 seorang[1]]. Salah satu kedai yang menarik perhatian aku ialah sebuah kedai bundle yang lokasinya tidak jauh dari Hentian Gerik. Pemilik kedai tersebut aku kira dalam golongan orang yang mempunyai banyak idea kreatif. Dengan hanya menggunakan kayu-kayu terbuang, beliau mencipta hiasan dalaman yang WoW! gitu.

Bercakap pasal kreativiti, sehingga hari ini mungkin ramai yang keliru antara kecerdasan dan kreativiti. Sebenarnya, IQ dan kreativiti adalah dua perkara yang tiada kaitan. Dalam ayat yang mudah, kreativiti bukan fungsi kecerdasan otak. Bagi aku, semua manusia dilahirkan ada daya kreatif. Terpulang kepada individu tersebut untuk meningkatkan kemahiran bagi mencapai potensi maksimum daya kreativiti mereka. Kreativiti ialah 'melihat apa yang semua orang sudah nampak dan memikirkan apa yang belum terfikir oleh orang lain'. - Wallahuaklam!

 


Sebelum kami balik semula ke sarang [bilik hotel], kami singgah di Hentian Grik untuk bertanyakan jadual perjalanan bas ke Ulu Legong. Dari info yang diberi oleh petugas di kauter tiket, tiada perkhidmatan bas express ke Ulu Legong, Kelian Intan atau ke Baling. Untuk sampai ke sana perlu menaiki bas rentas desa [bas lompat] dengan melalui beberapa buah kampung seperti Kg Pahat, Kg Kerunai, Kg Jog, Kg Pelang dan Kg Lalang. Taktahu pulak pukul berapa nak sampai ke Ulu Legong daa!

Setelah kami berdua berbincang, akhirnya kami mengambil keputusan untuk memendekkan perjalan atas sebab cuaca yang mungkin bertambah panas. Tak mahu banyak ceritalah! Kami memilih untuk balik ke Kolompo dengan membeli dua tiket bas, Grik - Kuala Lumpur TBS dengan harga rm40.30 seorang[2]. Bas dijadual berada di Hentian Grik pada pukul 0900 pagi esuk.




  • Malam di Gerik. Walaupun saiz bandar Grik kecil dan lebih kurang sama dengan bandar Kuala Lipis tetapi malam di Grik masih bernyawa. Tidak seperti Kuala Lipis yang malamnya sunyi sepi seperti bandar yang tiada berpenghuni gamaknya. Dari sisi lain pula, Kuala Lipis aku lihat seperti sudah  selangkah  kehadapan [seperti Perancis] berbanding  bandar - bandar lain di Malaysia, dari segi kualiti kehidupan.

    Aku masih lagi ingat akan perbualan tempuhari disebuah restoran mamak dengan pelancung dari Perancis yang bernama Abdul Kadir. Ujar beliau, kebanyakan kedai-kedai di Perancis tidak di buka waktu malam. Malah istilah kedai 24jam juga terlalu sedikit berbanding di Malaysia. Di Perancis, waktu bekerja pejabat hanya  bermula pada hari Isnin hingga Jumaat. Sabtu dan Ahad adalah hari bersama keluarga tambah Abdul Kadir.

    Sambung Abdul Kadir, masyarakat Perancis tidak digalakan untuk membeli belah atau melepak dicafe pada waktu malam kerana dipercayai akan mengundang masalah sosial, psikologi, kesihatan seperti obesiti, tekanan darah tinggi, kencing manis dan juga masalah jantung. Meraka akan menggunakan waktu malam yang singkat itu  bersama keluarga di rumah masing-masing. - Cut!

    [Note : Belanja hari ini ialah minum petang rm3.00[1]. Tiket bas rm40.30[2] Top-up Digi rm10.00 [3]  makan malam rm7.00[4] seorang. Jumlah belanja rm60.30



Khamis, 10 Mac 206


Pukul 0830 pagi, kami keluar dari Friendly Park Hotel menuju restoran mamak untuk sarapan pagi. Kami berdua memesan teh O dan dua biji telur setengah masak. [Minum pagi rm2.00[1] seorang]. Lepas tu kami menapak ikut celah-celah rumah kedai menuju Hentian Grik. Ketika ini tidak ramai penumpang menunggu bas. Pukul 0830 pagi kelihatan bas rentas desa dari Baling memasukki hentian bas. Lebih kurang pukul 0930 pagi, bas dari Syarikat Pengangkutan Maju Berhad gerak meninggalkan Hentian Grik menuju Lakin, Johor Bharu.

Baha sudah terlena di buai mimpi ketika bas berhenti di stesen Lenggong pada pukul 1010 pagi. Seterusnya bas akan berhenti mengambil penumpang di stesen Kuala Kangsar dan Ipoh.  Di Ipoh, bas berhenti selama 20 minit. Baha sudah terjaga lalu keluar dari bas. Membeli ruti kaya dan tuna sandwich. Pukul 1205 tengahari, bas gerak arah ke Kuala Lumpur TBS. Ketika bas bergerak, kami makan sandwich sambil meneguk air minuman [drinking water] yang masih berbaki. Lepastu aku tidak lagi membuka mata kerana sudah terlelap.. Z-Z-Zzzz!





Aku terjaga sebaik bas melalui sekitar Istana Negara lama. Aku lihat ramai pelancung di sana. Dari jauh samar-samar kelihatan pencakar langit kerana sudah mula diselaputi jerebu. Bas yang kami tumpangi memasukki kawasan Bandar Tasik Selatan lalu terus masuk ke terminal bas TBS. Aku dan Baha keluar dari bas. Jika tertidur tadi, mungkin kami akan di heret ke Lakin, Johor Bharu. Masalah tu. Huhuhu!

Kami bergegas ke tandas. Lepastu melintas di hadapan kauter tiket disebelah kiri dan tempat penumpang menunggu pula di sebelah kanan. Ketika ini suasana di terminal memang sibuk. Macam-macam bangsa. Masing-masing punya urusan dan gaya tersendiri. Sesuai sangatlah terminal ini dijadikan pusat pertemuan segala macam transport awam, contohnya teksi, bas Rapid, Transit Aliran Ringan [Lrt] dan komuter.

"
Fuh! Macam airport pulak dah". Bisik si Baha. Kami keluar dari terminal melalui jejambat yang menghubungkan stesen komuter dan Lrt. Kami masih tidak pasti, nak naik komuter atau Lrt. Jika menaiki komuter, kami akan turun di stesen Bank Negara dan jika menumpang Lrt kami boleh turun di stesen Masjid Jamek.

"Ah! Mana-mana pun boleh. Lagipun harga tiketnya lebihkurang sama saja". Ujar si Baha.

"Oklah! Kita naik komuter dan turun di stesen Bank Negara. Kemudian kita menapak ge Malayan Mansion, layan ruti banjir dulu sebelum balik rumah. Apamacam!"

"Setujuuuu. Lagipun lama dah gua tak lepak kat situ. Dolu-dolu era 80'an selalu gak ngeteh kat Malayan Mansoin dan sekitar Masjid India".
- Cut!

Kami sudah berada dalam gerabak komuter. Berdiri berhampiran pintu. Tidak lama berdiri, tiga remaja lelaki Melayu bangun lalu meminta kami duduk. Dalam hati berkata, masih ada lagi remaja kota yang punya adab sopan dan tinggi budi. Berdasarkan pemerhatian aku sepanjang laluan menuju stesen Bank Negara, warga tempatan lebih bertolak ansur berbanding warga asing.

Contohnya, ketika bersesak-sesak mahu memasukki perut komuter tadi, ada juga warga asing seperti Bangladesh atau Pakistan masuk terjah ke dalam gerabak berwarna pink yang di khaskan untuk penumpang wanita. Aku tidak pasti adakah warga asing itu buta huruf atau sengaja buat-buat bodo. Hati puas agaknya jika dapat tempat duduk!


Nota Lutut:
Kita ne, kalau masih sihat tidaklah perlu sangat memikirkan tempat duduk ketika menaiki pengangkutan awam walaupun pada hukumnya  kita membayar tambang, malah dikenakan  gst pulak! Apa salahnya kalau kita bertolak ansur, memberikan tempat duduk pada penumpang kurang upaya, orang tua, ibu mengandung dan kanak-kanak. Kita sebagai warga Kolompo, tunjukkanlah contoh teladan kepada pelancung atau orang asing seperti warga Mynmar, Nepal, Thailand, Indonesia, Pakistan, Sri Lanka dan Bangladesh. - Wallahuaklam!



13 March 2016

KOTA BHARU | JELI | GRIK [4]




Rabu, 9 Mac 2016


Kota Bharu.
Nombor digital jam, di handpon aku menunjukkan pukul 0635 pagi. Aku dan Baha sudah bersiap untuk keluar dari Suria Hotel. Singgah di kauter. Serahkan kunci bilik dan ambil deposit. Kami melangkah keluar melalui kakilima kedai, melintas di hadapan stesen bas dan terus ke gerai untuk sarapan pagi.

Orang ramai sudah mula memenuhi stesen bas. Begitu juga dengan penjaja dan peniaga. Masing-masing berlumba-lumba untuk membuka perniagaan lebih awal kerana mereka percaya, berniaga diawal pagi boleh mendapat untung yang lebih berbanding memualakan perniagaan ketika matahari sudah tinggi menggalah.


Di Gerai tepi jalan. Kami memesan dua cawan teh O dan telur setengah masak. Hanya teh O sahaja yang di letakan di atas meja kami. Telur setengah masak tidak dijual kata si peniaga, walaupun kelihatan ada dua sarang telur dipamer dalam almari kaca. Mungkin telur tersebut hanya untuk perencah tambahan maggi atau nasi goreng.

"Nak sarapan apa ya"
bisik
si Baha.

Tidak lama kemudian sipeniaga gerai meletakan dua pinggan plastik berwarna biru di atas meja kami dan terus berlalu.

"Apa isinya nie?" soal si Baha perlahan.

"Yang aku tahulah, kalu dibalut dengan daun pisang dan dicucuk dengan lidi, selalunya tapai ubi. Tapi takkan pepagi macam ne diaorang sarapan dengan tapai ubi. Biar betul!"

"Isssh! Bukan tapailah. Cuba lu toleh meja belakang lu. Brother tu tengah makan pulut manis. Eleh, yang gula merahnya dicampur dengan kelapa parut tuu!"

"Ohhh! Tapi yang satu lagi nie apa ya. Macam pulut panggang jer!"

"Ya kot. Kalu nak kepastian lu tanyalah Bro"

"Ahh! Tak payahlah. Bukan kita nak makan pun. Pagi ne rasanya belum lapar sangat. Hehehe!"


Si Baha bersetuju. Pagi-pagi macam nie tak boleh havey breakfast. Takut terkucil. Perjalanan pulak masih jauh. Jadinya, kami hanya meneguk teh O sebelum memulakan perjalan ke Grik. Minum pagi cuma rm2.00[1]



Di Stesen bas Kota Bharu. Pukul 0815 pagi, petugas disalah satu kauter mengumumkan ketibaan bas untuk perjalanan ke Grik. Pintu bas City Liner berwarana putih terbuka luas. Aku dan Baha serta beberapa penumpang lagi memasukki perut bas. Aku memilih kerusi di belakang sekali agar mudah meletakkan backpack aku di celah kerusi.

Bas City Liner yang kami tumpangi bergerak meninggalkan stesen Kota Bharu pada pukul 0830 pagi. Dari info yang kami dapat, bas akan berhenti mengambil dan menurunkan penumpang di Pasir Mas, Tanah Merah dan Jeli sebelum berhenti rehat di kawasan rehat Titiwangsa. Tambang bas ke Grik setiap seorang ialah rm23.00[2] - Bye! Bye Kota Bharu!


Seperti yang dijadualkan. Bas berhenti di stesen Pasir Mas, tiga orang penumpang naik. Kul 0940 pagi lebihkurang tiba di Tanah Merah. Naik lagi dua penumpang. Kini jumlah penumpang seramai 12 orang termasuk seorang kanak-kanak sedang berada dalam perut bas City Liner menuju ke stesen bas Jeli. Pukul 1035, bas sampai di stesen Jeli. Ada penumpang yang turun dan ada juga yang naik. Baha turun untuk ke tandas sebelum membeli teh iced.

Bas bergerak meninggalkan stesen Jeli. Aku duduk di belakang sekali. Dari cermin sisi bas, aku lihat pemandangan indah. Banjaran Titiwangsa yang diselimuti warna hijau. Terasa tenang ketika retinaku menerjah jauh ke hutan belentara, bukit bukau dan gunung ganang yang masih dara. Teringin pulak rasanya hendak melakukan aktiviti backpacker, meredah hutan secara santai walaupun terpaksa memakan masa berhari-hari.

Kini, untuk aktiviti kembara dalam hutan sudah ada aplikasi Backpacker GPS Trails Lite bagi membantu pengembara mengecam laluan yang digunakan. Aplikasi itu juga dilengkapi dengan peta pelbagai dimensi yang turut ditanda dengan kecerunan dan ketinggian sesuatu lokasi termasuk di kawasan hutan bagi membantu pengembara membaca laluan yang telah dan mungkin akan digunakan dalam aktiviti kembara. - Info ini dari APP pilihan [inovasi.sains.gajet]




Bas terus bergerak. Laluan kini sedikit sukar kerana jalan bengkang bengkuk. Jika di lihat dari udara jalan dari Jeli ke Grik, tak ubah seperti ular kena palu. Kekadang mendaki bukit, selekoh curam dan kekadang melalui sisi gaung. Jika pemandu tidak berhati-hati, bas boleh tercampak ke dalam gaung. Itu hanya sedetik yang terlintas dalam pemikiran aku. Apapun, aku berharap perjalanan aku dan Baha serta penumpang yang lainnya dalam perlindungan Allah jua hendaknya.

Si Baha pula aku lihat terkantuk-kantuk. Sekejap kepalanya ke kiri sekejap ke kanan. Penumpang lainnya aku lihat begitu juga. Tido nenyak dan ada yang tido ayam mungkin. Ketika bas melalui laluan sukar, hanya kedengaran injen bas yang berderum dan sesekali bunyi lagu yang tengelam-timbul, dari peti muzik yang di pasang oleh pemandu bas.

Baha dan penumpang lainnya sudah terjaga ketika pemandu mematikan injen dan memberitahu akan berhenti lama sedikit di Hentian Rehat Titiwangsa. Terbit senyuman dari wajah si Baha. Tentunya kami berpeluang melepaskan hajat kecil dan lepastu bolehlah mengisi perut.

"Wei! Lapar nie
"


Ujar si Baha ketika kami bergerak menuju dewan makan. Mana tak kebulur. Dari subuh hingga sekarang [jam 1200 tengahari] baru kami nak isi perut. Menggigil. Bukan pasal sejuknya udara di puncak Titiwangsa tetapi lapar. Beginilah agaknya orang-orang yang sedang kelaparan. Insaf. Aku dan Baha beratur menyenduk nasi putih, daging dan sedikit sayur lalu beredar ke kaunter juruwang. Bayar hanya rm4.00[3] untuk makan tengahari. Masih murah Bai! 




Kami di puncak Titiwangsa sedang menikmati makan tengahari dengan di temani angin yang bertiup perlahan. Ada beberapa buah bas, kereta dan jip tentera turut berhenti di sini. Tujuan mereka hampir sama. Mahu merehatkan injen, ke-tandas atau pekena kopi panas bagi menyegarkan mata yang hampir layu.

Di satu sudut yang berpagar pula, kelihatan sekumpulan pelajar pompuan [tidak memakai unifom] sedang menghirup udara segar sambil mengabdikan kenangan melalui kamera handpon, dengan latar belakang warna hijau Banjaran Titiwangsa. Mereka kelihatan ceria berada disini. Menjadikan minda mereka lebih positif mungkin, sekali gus memanjangkan jangka hayat. - Wallahuaklam!


Sudah hampir 30 minit kami berada di puncak Titiwangsa. Sebelum masuk kedalam perut bas, aku membeli dua jenis kuih yang disimpan dalam plastik lut sinar. Salah satu kuih, berwarna kekuningan dan ditabur dengan kelapa parut telah menarik perhatian aku. Petugas dikauter bagitahu, kuih tersebut ialah ubi manis. Harga dua bungkus kuih ialah rm3.00[4]

Pukul 1235, bas gerak meninggalkan Hentian Rehat Titiwangsa menuju Bersia, melalui Tasek Temenggor dan Tasek Banding. Ketika ini baki perjalanan kami hanya tinggal 61 kilometer untuk sampai ke Hentian Gerik [Boleh dieja Grik atau Gerik!]. Berbaki 20 kilometer,  keadaan permukaan jalan serta pemandngan adalah dikira melegakan. Dikiri kelihatan ladang kelapa sawit dan barisan  pokok pisang. Dikanan pula, ladang getah yang daunnya sedikit berwarna kuning. Daun-daun yang kuning itu mula jatuh mencium bumi, kerana panasnya  sudah sampai ketahap 33'C. - Mungkin!  


Bas tiba di Hentian Gerik pada pukul 0140 petang. Hanya lewat 10 minit seperti yang dijadualkan. Sebaik turun dari bas, baru kami terasa  bahang terik matahari. Ini mungkin petanda bermulanya cuaca panas luar biasa disebabkan fenomena El Nino atau juga boleh di panggil Musim Panas gitu!

Menyusuri kaki lima rumah kedai sambil mengendong backpack yang sendat. Kami ke Jalan Takong Datuk [pelik sikit namanya!], memanjat tangga Friendly Park Hotel untuk mendapatkan bilik harga patut untuk pengembara seperti kami. Kami membayar sebuah bilik dengan harga rm50.00[5] siap dengan dua buah katil, dua bantal, dua tuala, dua selimut, dua ketul sabun saiz mini, hawa dingin, kipas silling dan tv screen nipis. Yang tak ada hanya pemanas air dalam bilik mandi. Dah kira patut sangat ne!



Nota : Belanja Hari Ke-3

[1] Minum pagi rm2.00

[2] Tiket bas ke Grik rm23.00
[3] Makan Tengahari rm4.00
[4] Kuih dua jenis rm3.00
[5] Bilik tido rm25.00 setelah dibahagi dua.
Jumlah perbelanjaan rm57.00   

 

12 March 2016

BACKPACKER-3 [di Kota Bharu]



  • Selasa, 8 Mac 2016

    Alhamdulliah!
    Sampai juga kami di Kota Bharu dengan selamat. Tanpa diarah, aku dan Baha melangkah ke pintu kaca Suria Hotel yang terletak di Jalan Padang Garong, berhampiran stesen bas. Seorang wanita bertudung menunggu kami dimeja penyambut tetamu. Kami dimaklumkan ketika ini pihak pengurusan ada menawarkan bilik special rate dengan kadar rm65.00[3] sahaja. Bilik tersebut hanya mempunyai sabuah katil besar, penghawa dingin, pemanas air dan tv buntut besar. Oklah tu!


  • Terima kunci bilik nombor 107. Mandi dan terus keluar dari bilik kerana kelaparan. Kami makan tengahari di Razak Restoran berhampiran texi stand. Aku makan nasi putih , kari kambing, air suam dan sebiji pisang hanya rm07.00[4] sahaja. Murahkan!

    Perut dah kenyang. Elok sangat kalau dibawa berjalan-jalan agar makanan yang mengandungi kalori  dapat dibakar dan peluh yang mengalir pula dapat mengeluarkan sedikit toksid yang terkumpul dalam badan. Jadinya, kami berjalan perlahan-lahan dibawah pancaran terik matahari menuju Suria Hotel.

    Singgah di kauter tiket bas, bertanyakan tentang jadual perjalanan bas esuk pagi ke Grik. Baha pula membeli sebotol air  dan sebungkus kuaci kegemarannya. Sebelum masuk ke Suria Hotel, sempat lagi tu singgah di kedai buku. Aku belilah sebuah buku tulisan Hamka bertajuk 'Merantau Ke Deli' [rm15.00]

    Masuk ke dalam bilik. Aku mandi sekali lagi. Kemudian solat sebelum mengunci jam pukul 0500 petang. Kelopak mata aku tidak dapat bertahan lagi. Mengantuk sangat. Mungkin kerana keletihan atau juga kerana kekenyangan. Sebelum aku terlelap, aku lihat si Baha sedang membaca Kosmo! sambil bibirnya mengetap kulit kuaci. - Z-Z-Zzz!



  • Pukul 0530 petang.
    Kami keluar bersiar-siar. Jalan jalan cari makan. Kota Bharu memang terkenal sebagai syurga makanan. Kalau setakat sehari dua di Kota Bahru tentulah tak sempat untuk ke tempat-tempat yang menarik:

    [1] Antara tempat makan yang dicadangkan ialah Kedai Kopitiam Kita [ruti bakar] yang terletak di Taman Desa Jaya, Jln pengkalan Cepa.
    [2] Nasi Ulam Cikgu Restoran. Kampung Kraftangan, dekat Pasar Khadijah.
    [3] Nasi Sup di Lido Coner. Selekoh 90 derjah kat Jalan Post Office lama, sebelah Hotel Grand Riverview, KB.

    [4] Ikan bakar Wakaf Che Yah. Depan Cimb sebelah kedai rm2.

    [5] Makan nasi bungkus di pintu masuk Tambatan D'Raja berhampiran Pelangi Mall.



    Jom ke River Front!

    Kalau di tanya kepada orang Kota Bharu, kat mana letaknya River Front, diaorang takleh nak jawap. Melopong dan keliru sebabnya tempat tersebut digelar Tambatan D'Raja. Lokasinya berhampiran Pelangi Mall. Jika kita rajin boleh juga melihat kesan-kesan sejarah disekitar Istana Balai Besar, Istana Jahar, Bank Pitis atau ke Pasar Siti Khadijah, Kg Kraftangan dan Padang Merdeka.

    Petang yang menghampiri senja, aku dan Baha berjalan-jalan di sekitar Tambatan D'Raja. Ada banyak gerai. Gerai menjual nasi bungkus, sate, iced blended dan bermacam lagi. Di-Pelangi Mall juga nampak ada hotel dan bermacam-macam jenama restoran. Kami bertemu Hafiz dari Kucing dan berbual sebentar. Kami singgah disalah satu gerai [warung] untuk minum dan bungkus nasi berlaukan ikan masin masak lemak rm4.50[5]


    Malam di Kota Bharu.  Kami berkurung dalam bilik hotel. Mandi, solat dan makan nasi bungkus yang di beli kat Tambatan D'Raja petang tadi. Lepas tu layan perlawanaan bola sepak kumpulan E Piala AFC. Keputusannya, Selangor kendalian Zainal Abidin Hassan, tewas 0-1 kepada wakil Singapura [Tampines Rovers]. Tamat perlawanan, aku temankan Baha ke Maybank. Berehat di luar hotel sebentar sebelum masuk bilik, tido awal kerana esuk pagi kami kene berada di stesen bas sebelum pukul 0830 pagi. - Z-Z-Z-zzz!



Nota : Belanja pada hari ke-2
[1]- Sarapan pagi rm3.00
[2]- Teksi ke kota Bharu rm10.00

[3]- Bilik Hotel rm32.50
[4]- Makan Tengahari rm07.00
[5]- Makan Malam rm4.50
Jumlah belanja setelah dibahagi dua rm57.00.