20 October 2012

BERMALAM DI KEBUN



Hari Jumaat! Lepas sembahyang aku buka handphone dan terima sms dari Sani. Ajak ge bermalam kat kebun untuk kutip durian dan akan gerak jam 1500 petang. Aku siapkan barang asas yang perlu dibawa seperti baju panas, lampu suluh, pisau, mancis, lilin, first aid seperti plaster, panadol actiFast, antiseptic cream, ubat gigi dan moustique lotion.


Jam 1455, Sani datang jemput aku dan kami gerak ikut lebuhraya. Ketika dalam perjalanan aku lihat langit mendung. "Langit kekadang mendung-bukan langit tidak sempurna". Begitu juga kehidupan kita, kekadang happy dan kekadang beremosi. Kita sangka panas hingga kepetang, rupanya ujan di tengahari.


Sampai kat pekan Karak! Sani singgah beli kopi, cerek dan ubat nyamuk. Aku pulak beli goreng pisang untuk minum petang. Lebihkurang 10 kilometer dari Karak, kereta membeluk masuk ke Kg. Lengkong dan menuju kebun. Jam 1715 petang kami sampai di kebun dengan keadaan tanah yang sedikit becak.

Perkara pertama yang perlu dibuat ialah cari kayu api untuk masak air. Sukar sedikit untuk hidupkan api pasal kayu basah. Apapun, lama kelamaan api marak dan air pun masak. Kami minum kopi sambil mendengar kicauan burung wak-wak, tiong, pipit dan enggang. 

Senja udah! Nyamuk mula banyak. Masa nelah pulak sang nyamuk nak hisap darah. Asap dari unggun api tidak menakutkan nyamuk. (Pasal nyamuk ne, aku ada baca sedikit fakta dari  Profesor Dr. Jerry Butler. Menurut beliau, beberapa eleman pada tubuh manusia mengeluarkan akses kimia pada permukaan kulit dan itu menarik perhatian nyamuk. Sasaran nyamuk ialah pada mereka yang mempunyai lebihan asid urik dan kepekatan steroid atau kolesterol yang tinggi pada kulit. Selain itu, serangga pembawa penyakit itu turut mendapat isyarat melalui pergerakan dan haba tubuh selain pelepasan karbon dioksida seseorang).

Keadaan sekeliling mula gelap! Langit tiada bintang pasal baru lepas ujan. Bunyi burung - kuang! kuang! kuang! Di ikuti bunyi cengkerik dan sesekali disambut suara sang katak.  Sani kata bunyi-bunyian tu macam kumpulan okestra sedang buat persembahan kepada kami. Terima kasih burung! Terima kasih katak dan cengkerik kerana temankan kami pada malam ini...

Jam lebihkurang 0030 malam! Suara burung tambah kuat, macam ada perlawanan diantara jantan dan betina. Mungkin juga ada bunyi burung pungguk yang sedang rindukan bulan. Unggun api udah hampir padam dan langgit sedikit cerah. Aku yang sedang duduk seperti di menara tinjau, dapat melihat banyak bintang bertaburan dilangit. Allah jua yang maha berkusa dan bijaksana, mengantung langit tanpa tiang dan menugaskan matahari diwaktu siang dan bulan bintang diwaktu malam...


Nota Kaki }Jumpa lagi di entri Bermalam diKebun bahagian kedua! Aku akan story pasal waktu pagi yang indah, pic buah-buahan dan junggle trecking kat Empang Poh. Salam dari Mj!

Add caption

No comments:

Post a Comment