Sambil kayuh keliling tasik bersama Mahfol, sambil tu aku perhatikan aktiviti diaorang kat sini. Berkayuh melalui padang, nampak diaorang sedang main layang-layang, bebudak pulak main buaian, ada yang berjogging, kayuh basikal, memancing, pasangan remaja lepak kat pondok (buat apa diaorang tu!) dan sesekali motosikal cupcai ronda-ronda sambil melepaskan asap beracun.
Lupakan pasal layang-layang! Aku tenguk sekitar tasik ne ada pembaharuan. Pagar keliling tasik udah di naik taraf. Kira ada klas gitu! Lorong-lorong tikus yang di buat olih manusia udah di tutup. Rasa selamatlah sikit kalu beriadah kat sini. Dulu pagar banyak kene potong. Dioarang nak masuk ikut belakang - potong je pagar. Lama-kelamaan, banyaklah pintu masuk haram yang ditebuk diaorang. Pic kat bawah ne ialah laluan masuk ke tasik ikut pintu rumah panjang.
Rumah panjang! Tidaklah panjang mana pun. Kalau kita pandang dari tasik, memang tak cantik. Mungkin kedudukan rumah panjang ne udah tidak sesuai lagi berada berhampiran tasik. Sekarang ne pun, sebahagian rumah panjang tu udah dirobohkan. Ketika aku melintasi bekas tapak rumah panjang yang udah dirobohkan, nampak hampir 15 ekor anjing berkeliaran. Nanti apabila penghuni rumah ne dipindahkan ke kawasan perumahan dbkl, janganlah bawa sekali anjing liar ne ya!
Udah roboh! Pic kat bawah ne ialah sebahagian rumah panjang yang udah dirobohkan. Tentulah penghuninya juga udah mendapat rumah baru. Udah bersediakah diorang ne tinggal dikejiranan baru. Persediaan dari segi mental, perubahan sikap dan tanggungjawab. Adakah pihak dbkl atau pemaju perumahan memberikan buku panduan, cara-cara atau gaya untuk tinggal dikejiranan baru. Takleh lah bawa budaya rumah panjang Bro! Perlu ada perubahan dalam gaya hidup. Di perumahan baru ada lift, ada bilik hos bomba, ada pakir tempat letak kereta-motor, tong sampah disediakan, ada pekerja pembersihan dan ada tangga kecemasan.
Sebelum berpindah, ada baiknya emak-bapak sekolahkan anak-anak tentang sampah jangan dibuang dari tingkat atas, jangan jadikan dinding lift macam facebook, jangan bermain disiarkaki(coridor), dan jangan kuatkan bunyi radio atau tv bila menjelang malam. Bila udah bagi sikit ceramah kat anak-anak, mungkin diorang kurenglah menjadi mangsa kejutan budaya! Jumpa lagi dientri akan datang. Sayang dari Mj!
No comments:
Post a Comment