06 October 2012

JLN TAR+ AYAM GORENG BILAL


Salam dan Selamat berhujung minggu!

I- Jam 10.00
pagi aku gerak ke KL kerana temankan isteri aku ke klinik gigi di Pertama Kompleks. Kami sampai diJalan Tar[1] dan singgah sarapan kat gerai [cantik] berhadapan bangunan Mara. Lokasi gerai [kat sudut ada air pancut], di situlah kami sarapan. Menu yang ditawarkan kat sini ialah Pulut Kuning bersama rendang daging, Roti Arab makan dengan kari kambing. Roti bakar, Nasi lemak, Nasi  Goreng, Mee Kari, Laksa Penang serta Abc, Cendol dan Lee Chekang.


Udah sarapan, kami gerak ke klinik gigi. Selesai urusan kat klinik, kami mahu jalan-jalan sekitar Maju Junction. Melalui bangunan baru Mara, teringat pulak dihadapan bangunan MARA ne dulunya ada gerai-gerai  [tak cantik], yang menjual roti john, satay, goreng pisang dan bermacam lagi. Sekarang bangunan Mara udah cantik dan  ada penyewa fast food Mac'D!



Lepas tu jalan-jalan kat sekitar Jalan Tar, melalui Sogo, Kamdar dan bagunan Coliseum. Sambil tu mata memerhatikan pergerakan orang ramai yang masing-masing ada urusan tersendiri. Salah satu urusan diaorang ne ialah minta derma untuk membina surau atau masjid. Duduk kat celah-celang tiang kedai sambil menegur orang ramai yang lalu lalang kat situ.



Kalau minta derma kerana 'oku'[2] [macam gambar kat bawah ne], aku tak kisahlah! Tapi yang buat aku muyskil[3] pasal minta derma nak bina surau atau masjid. Yang aku tahulah, selama ne kalau nak kutip derma diaorang letak tabung kat depan pintu Masjid bukan minta derma kat kakilima. Kalau betul nak bina itu dan ini kenapa tak minta bantuan kerajaan negeri. Namanya pun nak dirikan masjid! Tentu kerajaan negeri bagi bantuan, janji mohun bantuan  ikut peraturan. Katakanlah kerajaan negeri tak mampu nak bantu, boleh mohun kat jutawan atau NGo muslim yang aku dengar banyak NGo muslim membantu saudara muslim lain kat luar negara. Takkan diorang (NGo Muslim) ne pun buat bodoh jer! - [Macam anak kera kat hutan di-susukan, anak sendiri dibiarkan mati kelaparan. Takkan macam tu kot!]

II- Aha! Lupakan kejap pasal minta derma kat kaki lima. Aku jeling jam tangan udah menunjukkan pukul 1245 tengahari. Cuaca mula panas dan rasa dahaga sangat. Perut pun minta diisi dan kami cadang nak makan nasi kat Restoran Bilal diJalan Tar. Kami menapak ikut laluan siar kaki  diJalan Tar dan melintas depan panggung Coliseum yang udah di tutup.Mungkin nak buat kerja-kerja  menaik taraf bangunan Coliseum!.


Sedikit sesak ketika menyusuri siar kaki kat sini!  Banyak kereta berhenti dihadapan kedai menjual kain. Diaorang ne pulak jenis beli banyak-banyak untuk dijual kat kedai diaorang. Kedai yang menjadi tumpuan ialah kedai kain ela, baju kurung siap jahit, selendang dan tudung. - [Betulah kata seorang penulis buku yang pernah aku baca. Kalau nak jadi jutawan, buatlah perniagaan barang keperluan perempuan. Salah satu sebabnya ialah kuasa beli terletak pada kaum perempuan]. - Wallahuaklam!

Jalan punya jalan sampailah kami kat Restoran Bilal. Kami pesan nasi brayni, ayam goreng dan sayur acar. Bila udah terhidang kami pun mula makan. Inilah rezeki tengahari kami. Sayang betul! Ayam goreng yang dihidangkan pada kami, kulitnya udah hitam lagi keras. Kalau ikut pengelaman aku (ex tukang masak), ayam goreng tu udah digoreng dua atau tiga kali, tupasal kulitnya keras dan berwarna hitam. Biasalah mamak, mana diaorang nak rugi. - Mungkin semalam, ayam goreng tu tak habis dijual dan pagi tadi diaorang goreng balik!

Cerita pasal ayam goreng ne, kalu di-goreng dua-tiga kali kat rumah atau kat restoran Melayu biasalah tu! Lebihan ayam goreng tu diorang buat masak cili atau masak kicap. Tetapi kat Restoran Bilal mana mungkin ada menu ayam masak bercili atau ayam masak kicap Bai!

Kes
ayam di-goreng semula ne memang terjadi gak direstoran makanan segera. Alasan yang diberikan oleh Penyelia ialah nak kawal kos tetapi pada masa yang sama tidak mengawal mutu makanan. Kes macam ne pernah terjadi ketika aku berkerja kat KFC Bukit Bintang sekitar awal tahun 80'an. - [KFC inilah tempat pertama kali aku bekerja  didapur sebelum berhijrah ke dapur yang lebih besar iaitu disebuah restoran di Genting Highland sebagai Pelatih Tukang Masak!]

III- Imbas Kembali!
Dolu, ketika aku kojer diKFC shif pagi, salah satu tugas aku ialah goreng semula lebihan ayam goreng semalam. Bukanlah banyak mana pun lebihan ayam goreng semalan, adalah lima-enam ketul. Ayam di-goreng semula tu, kalau kita teliti boleh nampak teksturnya[4] sedikit hitam berbanding ayam yang baru digoreng. Sekiranya ada pelanggan pagi tu yang take away, kami akan campurkan seketul dua dengan ayam yang baru digoreng. - [Kalau ikutan SOP perniagaan, tentulah ayam goreng lebih semalan tidak boleh dijual kepada pelanggan!]


Nota Lutut: Pengelaman mendewasakan kita. Kepada kenkawan yang terbaca entri aku  ne, dinasihatkan jangan sesekali menjadi pelanggan pertama take-away di mana-mana outlet fastfood. Jangan cobak-cobak nak takeaway ketika kitchen udah hampir hendak ditutup. Kemungkinan burger kenkawan (sebagai contoh sahaja) akan dicelup ke dalam air mop sebelum digrill. Jangan terlalu cerewet pasal black coffee. Bukan semua cafe menggunakan biji kopi yang sama dengan selera korang. Kalau korang memang cerewet dan minta 'barista'[5] kurangkan rasa pahit kopi, tidak mustahil air kopi korang kene ludah[6] atau kene ka'hah![7] - Jumpa lagi!


No comments:

Post a Comment