20 October 2012

KEBUN+EMPANG BHG DUA


Selamat Pagi! Aku udah terjaga  jam 0630  dan keadaan sekeliling masih gelap. Bunyi cengkerik masih lagi kedengaran dengan diselang seli bunyi katak dan burung belatuk (aku agak aja!). Jam 0700 pagi kami bangun dan keluar untuk sarapan.

Lepas sarapan kami balik semula ke kebun. Pusing-pusing sekitar  kebun melihat buah-buahan seperti durian, manggis, ciku, cempedak, nangka, rambutan termasuk limau nipis dan jering. Kata Sani, pokok jering ne adalah  pokok asal kat kebun ne. Kebanyakan jering mungkin dimakan olih tupai dan buah cempedak pula tak sempat masak kerana menjadi makanan monyet yang menginap berhampiran hutan paya.

Olih kerana kebun ne berhampiran  anak sungai dan paya, banyak gak binatang yang mencari makan kat sini termasuk babi hutan. Selain tu tentulah ada ular yang  nak jadikan katak sebagai makanan. Lepas ne Sani ajak junggle trecking arah ke tasik Empang Poh.

Kami berdua berjalan melalui kebun getah dan lepas tu  melalui kebun manggis. Di penghujung kebun manggis, kami ikut treck laluan kaki pancing. Pemandangan disebelah kanan adalah tasik buatan manusia, manakala sebelah kiri adalah hutan simpan. Menyusuri tasik sambil snap foto, pacat dan nyamuk pulak ambik kesempatan untuk mencuba merasai darah kami berdua. Walaupun kebanyakan kita tidak suka pacat dan nyamuk, tapi janganlah sampai memaki hamun kerana binatang kecik tu juga adalah makluk Tuhan.

Kami take five kat atas jembatan papan ne! Sambil menikmati pemandangan indah dan meneropong beberapa spesies burung yang terbang bebas berhampiran tasik. Ada beberapa ekor burung hinggap kat pokok yang aku lupa namanya-mungkin dari spesies bangau. (Paruh panjang dan kaki panjang macam burung wak-wak). Menarik dan terbaik pemandangan kat sini, mengalahkan hutan simpan Taman Negara kat Sungai Tembeling. 


Tak dapat aku post foto beberapa jenis burung yang bermain kat sini pasal aku hanya gunakan kamera Nikon Coolpix. Camanerpun, hati puas dan sambil tu dapat gak keluarkan peluh. 

Bercakap pasal aktiviti riadah atau nak keluarkan peluh, ada baiknya kita menilai dahulu kemampuan diri kita. Sekiranya kengkawan kat luar sana ada masalah jantung, ada baiknya tidak melakukan aktiviti seperti maraton atau offroad yang melampau.  

Untuk melakukan senaman ringan, buatlah aktivit berjalan kaki atau kayuh basikal keliling tasik. Senaman yang teratur menjamin hidup yang lebih sihat. Selamat beridah! 



No comments:

Post a Comment