14 October 2012

KAYUH KE JLN GOMBAK





Salam! Sekarang mungkin musim ujan. Buat masa ne sekitar KL selalu ujan waktu petang dan kami buat keputusan kayuh pagi Sabtu. Berjumpa dan sarapan  kat bangunan Umno Batu Cave jam 0800 pagi. Kami rancang nak kayuh ke bekas tapak Mimaland. 

Lepas sarapan, kami mula kayuh melalui Batu Cave menuju Simpang Tiga. Belok kiri dan masuk ke jalan Gombak melalui Sekolah Keb.Gombak Utara, Sungai Cincin dan pekan cowboy Batu Lapan. Banyak gak lori dan triller melalui jalan ne.


Kayuh dan terus kayuh sambil menikmati pemandangan kampung Melayu di sepanjang Jalan Gombak menuju JHEOA. Sesekali kami berselisih dengan kumpulan road bike yang menjadikan trek Jalan Gombak sebagai tempat latihan mereka pada hujung minggu.


Bila kami menghampiri simpang ke tapak Mimaland, pintu masuk udah dipagar. Kami teruskan kayuhan dan berhenti rehat di hadapan Hospital JHEOA. Kat sini kami berbual dengan En Yusof mengenai hobi yang sama iatu kayuh basikal! Puas berbual, kami teruskan kayuh...


Cuaca nampak mendung! Kami terus kayuh. Laluan yang sedikit berbukit dan banyak lori balak melalui jalan ne. Akhirnya kami buat keputusan untuk berhenti kayuh di hadapan pintu masuk ke Pusat Pengajian Luar Universiti Malaya. Berehat kat sini sambil menjamah sandwich yang di bawa olih Mahfol.

Kami berpatah balik  menuju Alang Sedayu. Laluan menuruni bukit dan kelihatan berhampiran tepi sungai, banyak sampah industri diorang buang kat tepi jalan. Sampah ne nanti bila udah banyak akan jatuh ke dalam sungai. Sungai jadi kotor dan tersumbat. Inilah salah satu sikap orang kita iatu pengotor dan pentingkan diri sendiri.


Lepas tu beluk kanan dan masuk ke simpang tempat perkelahan Alang Sedayu. Kami kayuh menyusuri sungai yang airnya keruh dan lepas tu masuk ke laluan off road. Laluan berbatu dan sedidikt  pendakian menuju ke tapak perkemahan. Kami berehat sambil minum dan berbual dengan tuan punya tapak perkemahan. Cuaca mendung dan tambah gelap walaupun jam menunjukan baru   1230 tenghari. Akhirnya hujan gak, Lebat Beb!


Masa terus berlalu! Hujan masih turun dengan lebatnya. Kami terpaksa tinggalkan tapak perkemahan kerana ada rakan kami yang masuk kojer shift petang. Kayuh dalam suasana hujan lebat buat basikal aku tambah berat. Kayuh melalui lopak air yang bertakung dan sesekali air hujan dan pasir menerjah ke muka. 

Dalam keadaan basah kuyup, akhirnya sampai gak kami ke tempat kayuhan terakhir di bagunan Umno, Batu Cave berhampiran kedai basikal Samy. Kami pekene teh sambil hujan masih turun tapi tak selebat tadi. Lepas minum, Mahfol dan Zaidi teruskan kayuh  menuju Sungai Tua dan aku bersama En Mat gantung basikal belakang kereta untuk balik ke rumah. Jumpa lagi di entri terbaru. Salam untuk anda semua di luar sana!



No comments:

Post a Comment