Salam dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha! Aku menyambut Hari Raya Korban kat kampung dalam suasana damai, dan harapan aku penduduk Islam di Selatan Filipina dapat gak menyambut Aidiladha dengan sedikit tenang dengan tercapainya perjanjian damai MILF dengan kerajaan Filipina pada 15 Oktober lalu.
Menarik buat aku nak story pasal P. Ramlee ne ialah sekeping foto dalam akbar mengenai sekolah rakyat di Selatan Filipina. Dalam foto tu kelihatan bebudak sekolah sedang belajar sambil duduk bersila atas lantai. Kat luar pulak, ramai orang dewasa sedang memerhatikan sambil menggikuti sistem pembelajaran yang diajar olih guru tersebut.
Gambaran macam kat sekolah rakyat di Selatan Filipina tu udah di ceritakan olih P. Ramlee dalam filem sekitar tahun 60'an. Udah berpuluh tahun tapi kat Selatan Filipina masih ada sekolah rakyat macam tu!
Berbalik pasal entri Kursi P Ramlee ne, aku kutip sedikit tulisan dari Mazlan bin Mahmud. "Pakaian, remos rambut dan dialog sentiasa menjadi ikutan kepada peminat-peminat tegar P. Ramlee sehingga ke hari ini. Jenaka sedih, marah, simpati adalah perasaan yang di bawa oleh P. Ramlee kepada penonton dalam filemnya. Pada 18 Oktober lalu, Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Dato' Sri Utama Dr. Rais Yatim telah melancarkan Kerusi P. Ramlee yang dipertanggung jawab-kan kepada Aswara.
Penjelmaan kursi ini bertujuan untuk mencapai kecemerlangan seni melalui penyelidikan, kecemerlangan dan kesarjanaan artistik di mana ia akan menempatkan Program Pasca-Siswazah peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di Aswara.
Sudah sampai masanya kajian mengeni ikon seni negara ini dikitabkan sebagai rujukan temadun seni untuk pengaji yang seterusnya. Hasil kajian Krusi P. Ramlee juga kelak akan menjadi pencetus kepada kajian ikon-ikon seni negara yang lain khususnya dan amnya kajian kesenian budaya bangsa yang bertemadun".
Di pendekan sikit "Kursi P. Ramlee hasil idea cetusan Dr. Rais ini dilihat akan merubah kelaziman pemahaman terhadap P. Ramlee dan karya itu sendiri. Seperti harapan beliau semasa pelancaran Kursi P. Ramlee, agar kajian seharusnya lebih mendalam baik dari aspek psikologi mesej di dalam karya berserta watak dan pengaruh sosiologi kepada masyarakat harus diselami dengan lebih halus sehingga ke saraf dan nadi karya tersebut. Ia memerlukan akal, pancaindra dan ilham untuk menjejaki pemikiran P. Ramlee. Itulah cabaran kerusi P. Ramlee". - Mazlan bin Mahmud.
Nota Kaki: Penulis (Mazlan bin Mahmud) ialah bekas Setiausaha Politik Mentri Penerangan. Tulisan penuh beliau boleh di baca pada ruangan Advertorial muka surat 32-Utusan Malaysia, Khamis 25 Oktober2012. Maksih kerana membaca!
No comments:
Post a Comment