Salam! Entri kali ne nak story pasal tekanan, terapi dan foto. Tekanan dari bebanan kerja menyebabkan kengkawan aku memilih basikal sebagai tempat untuk melepaskan tekanan kerja. Selepas puas berkayuh, kami akan berkumpul kat warung-minum sambil berbual dan ketawa.
Bukan semua kengkawan aku minat berkayuh. Ada gak kengkawan yang pergi karaoke, window shopping, main bola, merakam gambar, jogging, melayan facebook, melukis dan yang paling ramai ialah lepak kat restoran mamak.
Tinggal di bandar atau kampung, tekanan hidup sama aja. Dari masalah kewangan, bebanan kerja dan kepincangan keluarga serta masyarakat sekeliling. Ada rakan yang tidak bekerja-hanya duduk kat restoran mamak berjam-jam lamanya. Yang bekerja pula, tertekan kerana tugasan yang sukar, masa yang tidak cukup, masalah yang tidak dijangka dan banyak lagi, seringkali buat kita moyok dan tidak ceria.
Foto yang aku post kat entri ne adalah hasil dari buat terapi merakam foto. Ada foto dapat dirakam dengan baik dan ada gak yang kurang baik. Kebanyakan foto yang aku rakam gunakan kamera handphone. Untuk kepuasan diri dan berkongsi dengan kengkawan di luar sana. Jumpa lagi!
No comments:
Post a Comment