21 October 2012

@KEBUN BHG KETIGA


Cuaca pagi yang redup dengan diiringi okestra dari kumpulan pelbagai spesies unggas  yang terbang bebas di sekitar hutan simpan kat sini. Jam kat handpon menunjukan kul 0930 pagi. Kami baru balik dari jungle trecking untuk keluarkan peluh. Sesampai kat kebun, hidupkan unggun api untuk kurangkan nyamuk.

Kami berbual megenai masa depan. Aku juga ada impian untuk memiliki rumah yang mengadap sungai. Sungai yang dalam, ada jeti dan sabuah sampan dengan enjin sangkut.  Sesekali boleh merayau dengan sampan sambil menikmati pemandangan hijau, melihat burung berterbangan dan sesekali boleh gak memancing ikan.

Rumah dalam kebun mengadap sungai! Ada pokok durian, manggis, rambutan, ciku, cempedak dan nangka udah cukup.  Pulak tu aku pelihara dua ekor ayam belanda dan dua ekor itek angsa sebagai pengawal rumah. Boleh gak pelihara itek dan lepaskan kat sungai. Rumah pulak buat satu setengah tingkat dan di bahagian atas ada beranda dan boleh buat studio lukisan.


Bila umur kita udah menghampiri senja, memang tak sesuai tinggal dibandar seperti kat Kelumpo. Banyak hal dan banyak bunyi yang saban hari kita lihat dan kita dengar kebanyakan mengenai kepincangan masyarakat bandar. Manusia yang kurang bijak dikatakan sering melakukan kesilapan dalam hidup mereka. Tetapi ada gak segelintir manusia yang terlebih bijak begelar ahli politik, peguam, doktor dan ketua jabatan melakukan jenayah. Mereka ini dilihat lebih cenderung kepada rasuah, salah guna kuasa dan tidak amanah.




Lupakan impian dan kepincangan masyarakat bandar! Jam udah menunjukan kul 1230 tengahari. Kami berkemas untuk balik umah. Melalui  Karak dan terus ke pekan Bentong untuk berhenti makan tengahari. Selesai makan- kereta bergerak laju melalui lebuhraya dan akhirnya sampai kat umah. Sekianlah story aku kali ini. Kepada kengkawan diluar sana, jangan jemu sekodeng entri lama dan baru dari Mj.



No comments:

Post a Comment