Ada satu ketika, kami tak boleh kayuh pasal paras air kat laluan melebihi paras roda basikal. Itu yang diukur ikut ketingian roda basikal, belum lagi kalu termasuk dalam lubang...Huhuhu! Mau tergolek dog Beb! Si Atan sebagai pemandu arah terpaksa buat laluan baru, iaitu laluan panjat bukit dan turun bukit. Hehehe...
Dua kali terpaksa panjat dan turun bukit! Kebetulan pulak ada bawak parang, bolehlah menebas dan menebang pokok kecik untuk dibuat laluan. Aku dapat lihat kerja berpasukan kengkawan raider, ketika menaikkan dan menurunkan basikal. Inilah namanya satu kepala Beb!
Selesai turukan basikal! Kami pulak turun secara bergilir-gilir. Turun ikut pokok yang ditebang pasal takde tali. Lalauan curam lagi licin, ada gak kengkawan yang tergelincir! Nasib baik takde apa-apa insiden! Lepas tu kayuhan diteruskan melalui dua anak sungai. Kali ne takeh elak, kasut dan seluar basah Beb!
,
Rehat setengah jam! Lepas tu perjalanan diteruskan menuju RiverStone. Laluan kat sini lebih kepada menolak basikal, pasal permukaan jalan yang tidak rata dan mendaki. Tiba-tiba hujan turun dan takde tempat nak berlindung. Dalam keadaan basah kuyup, basikal terpaksa gak ditolak, kalu tidak bila nak sampai! Teringin gak aku nak merakam foto ketika ujan, tapi takut disambar petir. So! takde le foto tolak basikal ketika ujan lebat.
Kami akhirnya sampai di sekitar Riverstone resort. Disinilah tamat laluan offroad. Lepas tu kami kene kayuh lagi menuju ke tempat perkelahan di Ulu Yam. Setibanya ditempat perkelahan, ujan udah berhenti dan jam menunjukan hampir kul 12 tengahari. Kami berehat disalah satu gerai untuk minum. Ketika kami duduk, seekor demi sekor pacat jatuh atas lantai gerai. SiAjoi paling banyak kene gigit pacat! Katanya, lebih 15 ekor pacat sangkut kat kedua belah kakinya.
Ujan balik! Lepas rehat kami kayuh menuju Sungai Tua. Dalam ujan lebat tu, sempat gah layan dua bukit Beb! Sambil kayuh, terfikir tak kita - Kat Malaysia ne, hujan turun untuk menyuburkan tanaman dan menambah paras air diempangan tetapi di Palestin, ujan peluru pulak yang diorang terima. Kat Malaysia ne kengkawan boleh pilih, nak ujan peluru ke nak ujan air!
Nota Kaki: Sejak semalam Israel telah melancarkan serangan keatas penduduk Palestin. Di Gaza sekurang-kurangnya tiga orang maut dan lebih seratus orang penduduk Palestin cedera. Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hanya sebagai 'rubber stamp', pasal tak mampu menghalang operasi ketenteraan Israel di Genting Gaza. Jumpa lagi!
No comments:
Post a Comment