|
Salam dari Mj kepada kaki blog! Entri kali ne nak story pasal Go KL - perkhidmatan bas percuma dari Central Market ke Bukit Bintang. Kebetulan plak anak buah aku siFaizal nak ge Low Yat Plaza kat Bukit Bintang, jadi bolehlah aku ikut sekali.
Sebelum ne pernah aku tulis, mana ada benda free kat KL ne! Rupanya aku silap Beb! Kat KL ne kalu pandai memang ada benda free macam bas yang disediakan olih Go KL City Bus.
Bas GoKL ne memudahkan orang KL termasuk pelancung nak berulang alik ke Bukit Bintang. Sebelum ne memang ada bas Metro buat service ge Bukit Bintang, tapi diorang ne buat servive macam zaman bas mini. Bas taklah cantik sangat, tapi kekadang terjerit-jerit panggil penumpang. Selagi tak penuh tempat duduk tak nak jalan.
Teksi KL pong banyak, tapi perangai diaorang pong 2x5 macam bas metro. Perangai tak bagus Beb! Pelancung selalu merungut pasal teksi tak guna meter. Suka-suka dia nak kenekan penumpang. Kalu guna meter pulak, saja pusing ikut jalan jauh! Alasan cam biasalah, jalan tu sesaklah, banjirlah atau jalan tutuplah. Orang luar bolehlah teksi dreba kelentong, tapi aku sorrylah Beb!
Pernah satu petang! Aku naik teksi nak ge Jalan Bukit Bintang. Derba Melayu tu peramah tapi melencung jalan lain, kira jauh sikitlah. Bila sampai kat Bukit Bintang, meter teksi lebih dari tambang biasa. Aku minta maaf kat dreba teksi tu, pasal aku takleh bayar ikut meter. Derba teksi tu tersengeh aja! Nak kelentong orang KL mana boleh Beb!
|
|
|
|
Perhentian bus GoKL berhampiran Central Market!
|
Pemandangan dalam bas yang selesa!
Ada aircorn lagi - Percuma!!!
|
Lalu kat depan Hotel Istana! |
|
Belok kanan melalui pintu gerbang bbklcc! |
|
Bus boleh berhenti kat depan Pavilion! |
Perhentian bas kat Bukit Bintang!
Tak jauh dari pintu gerbang ke
Ain Arabia!
No comments:
Post a Comment