Yang aku lihat! Kekadang tak sama apa yang kengkawan lihat. Aku melihat hanya dari mata dan kengkawan lihat mungkin dengan mata hati. Setiap pagi, bila aku bangun tidur pasti aku gosok gigi mengadap cermin. Walaupong aku mengadap cermin, tapi jarang sekali aku melihat wajah sendiri.
|
Apa yang aku lihat! Banyak benda yang dapat dilihat, tetapi hanya yang berada dihadapan mata. Mana mungkin aku dan kengkawan diluar sana boleh melihat disebalik dinding atau nun jauh disebalik gunung ganang. Begitu juga dengan melihat potensi diri. Kita mahu melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan tetapi mencabar. Seperti berkayuh basikal mtb dilaluan offroad misalnya. Kenapa mereka mahu bersusah-payah berkayuh dilaluan sukar. Tentulah mereka mahu menguji potensi diri kerana disitu (off road) ada cabaran. Setelah mereka selesai berkayuh, mereka akan lebih yakin dan akhirnya terbinalah harga diri yang lebih kukuh.
|
Jangan pandang sebelah mata! Ketika aku dibangku sekolah dulu, terdapat kengkawan yang gagal dalam sains dan matematik, walau pong udah mencuba sedaya upaya. Pandangan negatif ibu-bapa terhadap anak-anak sebagai anak yang tidak bijak kerana, tanpa dapat kepujian mata pelajaran matematik akan gagallah ke menara gading.
|
Olih kerana ibu-bapa hanya melihat anak-anak dengan sebelah mata, menyebabkan anak-anak yang kurang bijak tidak diketahui tentang potensi anak dalam bidang lain. Seperti yang ditulis olih Hj Abdul Fatah bin Hassan dalam buku Kecemerlangan Minda iaitu manusia dikatakan mempunyai dua hemisfera otak. Mereka yang sering gunakan otak kiri akan cenderung dengan hal logik dan matematik, sementara yang dominan otak kanan lebih kepada pemikiran yang tajam, minat bahasa, senilukis dan berada dalam dunianya sendiri.
|
|
Pandanglah anak-anak dengan matahati! Jangan paksa mereka untuk memenuhi impian anda kerana bukan semua anak-anak mampu melakukannya. Jika anak anda kurang bijak dalam matematik, mungkin hebat dalam bahasa, sejarah atau senilukis. Pandulah dan doronglah anak-anak ke arah yang mereka minat. Apa salahnya kalu anak-anak menjadi pelukis, ahli sejarah, tukang masak atau menjadi ahli sukan!
|
|
Lihatlah P.Ramlee! Beliau mungkin bukan kaki buku atau istilah lain ulat buku. Beliau jugak tidak pernah diberi gelaran Dr phd, walaupong telah menghasilkan banyak lagu dan filem. Seperti senikata yang ditulis beliau "Tiru Macam Saya" tetapi takde seorang pong yang dapat meniru cara beliau berfikir . Sape yang tak kenal P.Ramlee! Seorang pemain alat muzik, pencipta lagu, penyanyi, pelawak, pelakon dan pengarah. Beliau seorang yang berjaya dalam hidup walaupong tidak pernah ke menara gading.
Andainya P.Ramlee dilahirkan kat Amarika dan bekerja disalah satu studio di Hollywood, pasti beliau udah kayaraya. Tentu beliau menjadi lagenda dalam rancangan National Geographic. Mana tidaknya, sehingga hari ini pong Hollywood belum lagi dapat melahirkan seorang yang sehebat P.Ramlee.
Pasti ibu-bapa P.Ramlee berbangga atas kejayaan beliau. Ada gah rakan seperjuangan beliau yang tidak suka kepada beliau kerana cemburu dan hasrat dengki. Salah sorang yang tak suka ialah ibu mertua beliau disebabkan beliau hanya seorang penyanyi. Kisah tersebut boleh anda tonton dalam filem Ibu Mertuku! Hehehe...gurau aja Beb!
|
|
Rindu! Udah berpuloh-puloh tahun lamanya P.Ramlee meninggalkan kita. Berpuloh kali gak stesen tv menayangkan filem beliau tapi masih gak tak jemu. Apa agaknya yang tersembunyi disebalik hilai tawa, lawak jenaka beliau. Contohnya seperti dalam satu babak filem dimana orang ramai sedang berada dipasar dan sorang wanita mahu membeli belacan. Belacan waktu itu adalah barang larangan dan kalu nak beli belacan kene sembunyi-sembunyi. Ganja pulak ialah barang yang boleh dijual dipasaran terbuka. Maksudnya dalam filem tu, orang ramai boleh beli ganja. Sipenjual siap boleh jerit lagi "Ganja! ganja! sape nak beli ganja!".
|
|
Nota Kaki : Apa yang aku lihat itulah yang mampu aku tulis. Begitu juga dengan foto-pic yang aku sertakan kat entri ne. Hanya ini sahajalah kebolehan aku. Sekurang-kurangnya aku menulis, melukis dan mengedit foto secara jujur. Tak tipu Beb! Seperti foto (kereta sorong) kat bawah ne yang tersandar aja kat tepi dinding. Maksud foto ne ialah kalau kita tidak berusaha manakan boleh dapat hasilnya. Seperti pepatah Melayu "Kalu tidak dipecakkan ruyung mana boleh dapat sagunya'.
Kalu pinjam dari pepatah Cina pulak "Lu mau makan epal, jangan lu duduk bawah itu pokok, tunggu epal jatuh. Lu panjat, ambik itu epal dan itu buah lu makan". Lain pulak dengan pepatah orang Melayu yang celaru! "Jangan duduk bawah pokok durian Yop! Nanti kalu jatuh buah durian, kene kepala lu Yop. Jangan panjant pokok durian, merajuk buahnya nanti. Tunggu aja durian jatuh! Nanti sesekali ada durian runtuh, kayalah kita sekejap Yop!". Salam dari Mj @Kakiconteng.
|
No comments:
Post a Comment