Salam! Hari Sabtu aku cadang nak makan tengahari kat Restoran Insaf, pasal minggu lepas adalah harijadi isteri aku. Kat Kelompo ne kalau nak drive dan dapatlak parking percuma memang bestlah. Kene gerak dari umah awal sikit. Nak idup Beb! Kelompo ne semua nak cepat. Lambat sikit, parking free udah penuh dan terpaksalah parking berbayar. Kene bayar lebih kurang RM 4.50 hingga RM 5.00 sejam tapi keselamatan kereta belum tentu terjamin.
Awal lagi Beb! Baru kul 0930 pagi. Apa kata kita ge jalan-jalan ke-Pudu Central nak tak - cadang bini aku. Ok gak! Kami pun gerak ke arah stesen LRT Bandaraya dan beli token biru dengan nilai Rm 1.20 seorang. Kami sampai kat Pudu Central (UTCKL) yang dalunya di kenali sebagai Pudu Raya atau dalam pelat Cina Pudulaya!
"Nak kemana Encik"! Tegur beberapa pemuda Melayu ketika kami menghampiri pintu masuk Pudu Central. Gaya macam pengawal keselamatan tapi tak pakai unifom. Diorang ne bekeliaran kat luar dan dalam Pudu Central sebagai 'ulat' untuk dapatkan penumpang bas. Jangan tak tau! Ulat-ulat bas ne udah dikenali sejak tahun 80'an lagi ketika zaman Pudu Raya. Ada gak sesekali penguatkuasa buat opersai membentras ulat, itupong kalu ada laporan ganguan atau penipuan dari penumpang bas. Yelah! Nak tangkap ulat ne bukanlah susah sangat, tapi apa bukti kesalahan dioarang ne. Kita tangkap dan lepaskan pasal takde bukti kukuh. Begitulah luahan seorang teman yang pernah menjadi penguatkuasa operasi ulat.
Selesai pusing seround kat foodcourt, kami keluar dari Pudu Central arah ke Pasar Budaya atau lebih dikenali sebagai Central Market @CM. Kali ne kami tidak menumpang LRT pasal nak tenguk sekitar lokasi berkumpulnya warga asing ketika hujung minggu dan cuti umum.
Kalau kengkawan nak menapak dari Pudu Central ke Pasar Budaya, kengkawan mestilah melalui Jalan Silang. Pic kat atas ne ialah lokasi warga asing berkumpul untuk bertemu rakan. Kebanyakan mereka terdiri dari warga Bangladesh, Pakistan, Nepal, dan Myanmar. Adalah dinasihatkan, sila jauhkan diri dari sekitar lokasi tersebut sekiranya kengkawan takde urusan kat sini.
Jumpa lagi dientri seterusnya iaitu Central Market @CM! Entri yang disajikan bersama photo-pic sekitar lokasi. Sayang dari Mj!
No comments:
Post a Comment