18 November 2012

facebook + Blog!


Cuaca kat luar masih lagi gerimis! Jam dinding ummah aku baru menunjukan kul 1210 tengahari waktu Kelompo. Sekarang ne aku tengah ngadap pc, sambil telinga dengar berita mengenai Gaza yang masih dibedil olih tentera Israel.

Masa aku klik kat home fb aku, nampak ketika ini ramai kengkawan yang post photo pasal Palestine. Ada kengkawan yang bagi comment ada gak yang like aja. Aku pong taktau kenapa diorang ne like setiap kali ada photo-pic mengenai serangan Israel terhadap Palestine terutama di Gaza.

Like kat fb bermaksud suka, setuju atau sokong! Adakah diorang ne suka Israel serang Palestine atau sekadar berkongsi penderitaan di alam maya dengan rakyaat Palestine. Wallahhualam! Ada gak entri yang mahukan kengkawan fb boikot  barangan Amerika kerana sokongan Presiden Barack Obama terhadap tindakan kejam Israel. 

Kat blog apa pulak ceritanya! Kalau blog akulah, carian yang paling kerap ialah Bercuti ke Johor Baharu, pasal taman Legoland udah dibuka. Tentulah ramai kengkawan yang nak ke Legoland! Carian ne dapat dilihat kat Popular Posts atau kat Live Traffic. Pautan blog kat side kanan pulak lain ceritanya. Ada blog yang udah bersawang dan ada yang terus frozen! Contohnya macam blog A. Shukri Alias, Andy Warhol Art, Bakivomit, Kebun Seni dan Catatan Aris Aziz (blog diaorang ne nak didalate sayang pulak!). 

Teringin gak aku nak story pasal Israel yang asalnya takde negara tapi akhirnya diiktiraf undang-undang antarabangsa dalam Perisytiharan Balfour. Bangsa Yahudi ne akan bekerja sama dengan golongan yang mempunyai corak pemikiran serupa,  agar dunia lain menghadapi kemusnahan , demi survival bangsa mereka.

Nota Kaki: Kejadian-kejadian yang kita lihat dan kita dengar mengenai penderitaan bangsa Palestin dari corong radio, kaca tv atau internet adalah datangnya dari Allah. Pasti ada hikmah disebalik Palestin diserang! Kenapa dunia Arab membisu seribu bahasa. Kenapa PBB udah jadi badan bangsa tidak bersatu. Kenapa mesti ada dua kumpulan pejuang di Palastine. Jumpa lagi dientri terbaru. Salam dari Mj!

Ini adalah photo-pic yang aku pinjam
dari friends fb aku!
Pic ne pong sama...Pinjam Beb!

Pic ne aku pinjam dari rakan fb Ariel Shah III

No comments:

Post a Comment