10 November 2012

DARI FRIM KE SG BULOH


Salam! Pagi Sabtu aku berkayuh dari Frim ke Klinik Kg Melayu, Sungai Buloh. Sebelum memulakan kayuhan - aku, Mahfol dan Mat bersarapan digerai berhampiran pintu masuk ke Frim. Ketika ini udah ramai raider dan jogger memasuki frim. Kebanyakan raider yang datang dari sekitar Lembah Kelang, letak basikal atas bumbung kereta, sumbat dalam 4X4 atau sangkut kat belakang kereta.

Minggu ne kebanyakan kereta kene letak jauh sikit pasal ada kojer ubah-suai kat tempat  letak kereta. Mungkin pihak pengurusan frim nak tambah petak parking disamping bagi cantek sekitar pintu masuk kat pos pengawal. Sedang kami menikmati sarapan pagi, datang seorang jogger wanita, beritahu kereta kene pecah. Melihat dari raut wajahnya yang panik, risau dan hilang punca mungkin ini kali pertama kejadian yang tidak diingini berlaku kepada  wanita tersebut. 

Kepada kengkawan diluar sana! Sekiranya berlaku kejadian pecah kereta, langkah pertama yang perlu dibuat ialah laporkan kepada pengawal yang bertugas. Lepas tu ge balai polis yang berhampiran (Balai Polis Kepong) dan seterusnya batalkan niat untuk berjogging. Balik rumah dulu! Lepas tu call kawan-kawan yang tau kedai mana paling murah untuk ganti cermin kereta. Perlu diingat, walaupong kengkawan beritahu pegawal frim yang bertugas tetapi pengawal tersebut tidak dapat berbuat apa-apa kerana kejadian tersebut berlaku diluar kawasan mereka.


Lupakan pasal pecah kereta! Lepas sarapan, lebih kurang jam 0755 pagi, kami mula berkayuh masuk ke frim. Memasuki laluan off road, permukaan jalan sedikit lembab dan ada setengah tempat air bertakung kerana semalam ujan lebat. Bercakap pasal ujan ne,  ramai manusia kat luar sana yang mengeluh atau merungut pasal ujan. Kalu ujan seminggu berturut-turut susahlah nak turun noreh getah kata penoreh getah. Tapi kalu panas aja! Petani dan pekebun pulak yang mengeluh, pasal air sungai, parit dan perigi udah nak kering.  

Makluk yang bernama manusia ne pulak salahkan ujan! Padahal yang menurunkan ujan tu Tuhan yang memerintah sekelian alam ne. Tuhan turunkan ujan sebab air ujan tu berguna kepada manusia. Sepatutnya kita ne sebagai hamba, kene bersyukur kerana ujan turun membasahi bumi dan menyuburkan tanaman. Pernah ke kita terfikir! Bila ujan turun kat mana pusat pancurannya, macam kita melihat bukit dan gunung ganang, siapa yang memacaknya!

Bestnya! Berkayuh melalui jalan becak dan air bertakung memang menyeronokan. Inilah laluan yang dicar-cari olih kebanyakan raider mtb. Kalu tak nak basikal kotor dengan lecak, takyah lah kayuh kat laluan off road! 

Kali ne kami berkayuh arah ke laluan pintu masuk dari Sungai Buloh kerana nak melawat rakan rider kami si Herlin di Hospital Sungai Buloh. Ketika menyusuri laluan ne, kami beselisih dengan ramai raider yang baru masuk ke frim. Inilah kali pertama aku berkayuh ikut pintu masuk frim (pintu kedua) iaitu berhampiran Hospital Sungai Buloh. Ketika aku menuruni bukit, ternampak  disebelah kiri tanaman rumput 'cow grass'  sebagai tanda berakhirnya treck off road.  

Kayuhan diteruskan! Melalui kawasan pertanian cow grass, masjid dan terus berhenti di hadapan Hospital Sg Buloh. Bila cal si Herlin, dia kata ada kat Klinik Kesihatan tak jauh dari hospital. Kami terus kayuh melalui deretan pokok-pokok bunga yang ditanam ditepi jalan sepanjang jalan menuju ke Kg Melayu Sg Buloh. 


Jumpa Herlin dan ajak minum kat gerai di Kg Melayu. Setelah selesai minum, kami kayuh semula arah ke frim. Kami doakan agar si Herlin yang tak sihat tu cepat sembuh.


Ketika berkayuh balik arah ke frim! Baru aku perasan pasal pokok-pokok bunga yang ditanam dan pasu-pasu yang dipamer kat tepi jalan tu adalah kawasan rizeb jalan. Si Mahfol kata kebanyakan pengusaha pokok bunga ne berniaga untuk dapat untung aja pasal diorang ne tak payah bayar sewa. Ada gak tanah free kat Selangor ne ya! Memang bestlah kalu niaga tak perlu bayar sewa tapak. Untung saja Beb!

Cuaca mula panas! Ketika ne jam udah kul 1155 pagi. Kami cepatkan sikit kayuhan menuju ke pintu masuk frim. Memasuki hutan simpan frim, rasa lega kerana cuaca redup. Permukaan treck yang basah serta mendaki, buat kami takefive sambil ambik gambar. Selesai barkayuh di laluan offroad, kami kayuh menuju tempat basuh basikal. Basuh lebih kurang aja! Janji pasir dan tanah yang melekat tak ikut balik rumah! Hehehe...Jumpa lagi Beb!

No comments:

Post a Comment