06 November 2012

TEKSI KELOMPO!


Selamat Pagi! Kali ne nak cerita pasal teksi kat Kelompo pulak. Kat kawasan perumahan aku ne ada gak jiran aku yang memandu teksi. Kata mereka, bawa teksi adalah pilihan kerjaya  terakhir. Mereka ne datang dari latar belakang yang berbeza. Ada yang bekas askar, bekas pekerja kerajaan, hotel, kilang dan bermacam lagi. Bawa teksi ne mudah aja, janji tau jalan-jalan short-cut. Kalu dapat dua kali(2x) bawak penumpang ke airport pong udah dikira bagus. Kata kawan aku yang bawa teksi merah putih.

Berbeza pulak pandangan kawan aku yang bawa teksi limo warna biru. Kene beratur lama kat airport tunggu giliran.  Katanya lagi, kekadang macam mancing ikan. Kalu nasib baik hari tu, dapat penumpang dan siap bagi tip's lagi. Nasib tak baik kene tunggu berjam-jam kat airport pasal penumpang tak ramai nak naik teksi limo. 

Sambung kawan aku lagi! Udahlah tak ramai penumpang, kekadang teksi Kelompo curi pelanggan kami. Itu belum lagi yang curi pelanggan guna kereta sapu. Diaorang ne (teksi Kelompo) selalunya tak guna meter dan mintak tambang kekadang tak masuk akal. Ada ke patut minta tambang Rm 200.00 dari klia ke pusat bandar. Sebahagian pemandu teksi Kelompo nelah yang buat rosak nama kami. Pernah sorang pelancung Mat Salleh (entah datang dari mana tah!) katanya, pemandu teksi kat Malaysia ne paling teruk dalam dunia.

Teruk sangat ke! Bagi aku bukan semua pemandu teksi tak berdisplin. Memanglah, kekadang tu bila aku naik teksi-ada gak terjumpa pemandu teksi berambut panjang, pakai sendel dan baju pong tak tuck-in. Itu belum lagi kalu tercium  bau  badan  diorang! 

Ada sekali tu aku lalu kat depan teksi stand (BB Plaza). Pelancung Mat Salleh dua orang (mungkin suami-isteri) udah berumur sikit, keluar dari teksi. Pemandu (apek tua) tu keluar gak dan marah-marah sambil meludah muka pelancung Mat Salleh tu. Orang ramai hanya dapat memerhatikan kejadian tersebut termasuk akulah! Taktau pulak apa masalah pemandu teksi  dengan dua pelacung tu.

Banyak kejadian pemandu teksi tak sporting kat Kelompo ne. Satu lagi kejadian macam yang diceritakan olih seorang suri rumah yang dipersende sekumpulan pemandu teksi yang enggan menggunakan meter. Pemandu teksi tu minta bayaran Rm 20.00 dari Klcc ke TimeSquare. Alasan yang diberikan ialah jalan sesak teruk, rugi kalu gunakan meter dan seorang lagi pemandu teksi kata, jalan ke TimeSguare dinaiki air kerana banjir sambil senyum kambing.

Suri rumah tu naik gak teksi pasal nak cepat walupong tak guna meter. Bila lalu kat jalan sekitar menuju TimeSquare, perjalanan teksi lancar dan jalan tak dinaiki air pong. Sikap pemandu teksi yang menipu, cekik darah, pilih penumpang dan berlagak samseng adalah kesilapan pihak kementerian yang bertanggung jawab. Setiap kali berakhirnya pilihan raya - tukar  menteri baru. Setiap kali tu gak ada janji dari menteri baru! Tu nak buat - ne pong nak buat. Hasilnya sama gak, wa'asil balik asal!

Kalau aku jadi menteri! Seragamkan warna teksi Kolompo. Hanya ada teksi warna merah-putih. Takleh ada warna hitam-putih, oren, hijau pucuk pisang dan bermacam warna lagi. Tak kiralah teksi ko-op ke, syarikat ke atau teksi persendirian. Kat atas bumbung teksi mesti ada no yang bermula dengan 01, bagi memudahkan pihak berkusa memantau pergerakan teksi melalui cctv serta pemantauan dari polis udara.

Perlu diingat!  Tujuan dan niat pemandu teksi bukan sama, ada yang gunakan untuk menjadi spy curi kereta mewah, merompak, merogol dan megedar dadah. Ada baiknya semua pemandu teksi di Kelompo ne menjalani  kursus sebelum memandu teksi. Jangan bagi permit sesuka hati walaupon kepada saudara-mara atau kroni. Jangan sampai satu hari nanti, lambakan teksi kat kelompo boleh sesakakan jalan raya. Pihak berwajib kenelah buat homework sikit, dan kiralah nisbah penuduk Kelompo dengan keperluan teksi. Kalau udah melebihi keperluan tentulah pemandu teksi merungut kerana terpaksa bersaing untuk dapatkan penumpang.

Yang aku nampaklah! Kat kelompo ne udah banyak sangat teksi. Tutuplah sekejap permit teksi, sehingga ada kekosongan kalu pemandu udah pencen atau kene bunuh macam kes pemandu teksi mati dikelar sebelum dibakar berhampiran Jalan Tun H S Lee pada 4hb November 2012.

Nota Kaki: Pemandu teksi sebenarnya tiada kuasa penuh ke atas penumpang. Pemandu teksi hanyalah dreba kepada tuannya. Tanpa penumpang takdelah texi driver! Penumpanglah yang membayar gaji, gas/petrol dan sewa teksi kepada anda. Hormatiah penumpang dan ucaplah "Selamat Pagi Encik" ketika penumpang memasuki teksi anda. Setelah penumpang masuk, gunakanlah meter dan bayaran tambang yang diterima nanti adalah rezeki anda yang halal untuk dibelanjakan kepada anak dan isteri anda. Ikhlas dari Mj dan selamat berkayuh! 


No comments:

Post a Comment