Salam Geng! Itu hari aku ge Bukit Bintang @BB guna bas GoKL. Ketika bas menyusuri jalan menuju BB, sempat gak aku klik beberapa photo-pic yang aku anggap pemandangan Haru Birunya Kelompo masa kini.
Sana sini bunyi kelentang kelen-tung! Sibuk bebeno pekerja-pekerja pembinaan buat kojer. Macamlah Kelompo nak sambut sukan Olimpik menjelang tahun 2020. Paling ketara kat kawasan segitiga emas. Sapelah tak kenal Bukit Bintang! Kalu pelacung datang Kelompo mesti diorang datang sini. Terkenal dengan hotel 6 bintang, pusat belibelah 5 bintang, retoran, kopitiam dan cafe berjenama luar negara. Tu belum masuk bab pusat hiburan malam dan umah urut yang selalu pekerjanya tersalah urut.
Sebenarnya Kelompo tengah kejar masa. Menjelang tahun 2020, Kelompo mesti berada dalam kelompok bandar maju macam bandaraya Tokyo, Hong Kong, Amsterdam, Istambul, Dubai atau setidak tidaknya macam bandaraya Singapura gitu. Sayangnya sebahagian penduduk Kelompo belum bersedia dari segi gaya hidup baru untuk menjadi warga bandaraya metro.
Kayu pengukur taraf hidup orang Kelompo! Masih ramai lagi yang tinggal kat rumah panjang dan rumah pangsa dua bilik. Diorang ne guna transport motosikal cupcai aja. Makan minum hanya mampu kat warung atau gerai tepi jalan. Pakaian pulak, kalu boleh beli kat kedai bundel atau pasar malam aja.
Nak jadi negara maju! Bukan terletak kepada banyaknya pencakar langit atau hebatnya pusat belibelah. Kalu banyak pusat belibelah atau pong restoran berjenama tapi warganya takde duit takleh jadi gak. Jika ramai warga Kelompo yang miskin, nanti banyaklah kejadian yang tidak diingini seperti meragut, pecah kereta dan merompak Beb!
Menjelang 2020! Kelompo kene sediakan peluang pekerjaan untuk golongan yang gaji basicnya Rm 1,500.00 seorang. Tempat kojer atau ruang pejabat mestilah cangih gak. Kekadang ne nama aja pejabat sumber manusia (contohlah!) tapi macam stor. Meja kerusi masih lagi pakai meja kayu (hak milik kerajaan) era tahun 80'an. Kiri kanan, depan belakang penuh dengan fail. Kekadang lorong nak lalu pong muat-muat badan aja.
Nak jadi bandaraya maju! Cara pemikiran dan sikap orang bandar mestilah maju gak. Pekerja mesti ikut peraturan, jangan kul 0800 masih lagi pot-pet pot-pet kat restoran mamak. Nanti kul 1000 turun minum lagi. Belum waktu rehat udah keluar dan masuk lambat pulak tu. Kul 0330 turun lagi, minum petang katanya. Ini menunjukan sikap warga pekerja kat Kelompo belum maju lagi.
Nak salahkan pekerja 100% takleh lah! Sepatunya setiap aras pejabat, majikan sediakan mesin kopi. Kalu staff haus bolehlah diorang tekan mesin tu. Udah basic gaji dinaikan, pejabat canggih, ada mesin kopi barulah ada gaye pekerja kota metro!
Nota Kaki: Udah tersasar jauh aku story! Setakat ini ajalah yang dapat aku sajikan buat entri kali ne. Masa yang sama, berita dari Genting Gaza...Serangan udara tentera Israel telah masuk hari keenam. Meragut korban keseluruhan berjumlah 96 orang. Pemimpin Isreal berpuas hati dengan kejayaan Operation Pillar of Defence, bertujuan untuk menghentikan tembakan roket pejuang Hamas. Kemarin, Perdana Menteri Israel, Benjamin NatangYahoo (sebut betul-betul) berkata, pasukan tentera daratnya (seramai 40,000 orang) kini bersedia untuk menggempur Genting Gaza bagi menentang pejuang Hamaz. - Agensi
Gerai dilaluan siarkaki! Adakah penguatkuasa bersubahat... |
Gerai makan terbuka tepi jalan. Mampukah kita menjadi negara maju 2020! |
Conteng dinding style lama. Bila wrga kota nak ubah perangai! |
Kelentang kelen-tung! Stesen mrt bawah tanah depan BB Plaza! |
Iklan GoKL Bumbung dan lantainya kotor! Bangunan terbiar! Catlah bagi cantik... atau pagarkan aja. Mata tenguk tak sakit Beb! |
Kerja-kerja naik taraf ! Jalan Raja Chulan |
Bekas tapak Bus Stand Klang. Sedang mengejar dateline! |
Simpang empat paling sibuk kat Bukit Bintang.
Bawah jalan nelah laluan mrt!
Bawah jalan nelah laluan mrt!
boleh tumpang bertanya. gambar n0. 6, bangunan terbiar dimana ya
ReplyDeleteJust blogwalking...tjumpe blog ni n enjoyed bca all ur posts.
ReplyDelete