Salam! Suasana kat Lebuh Pasar Besar dan Lebuh Ampang tenang. Jam kat Clock Tower (jam mati) baru menunjukan kul 1130 pagi. Selalunya kawasan ne sibuk dengan orang ramai dan banyak bas berhenti kat depan clock tower. Pagi ne tiada kelihatan orang ramai menunggu bas dan bas pong tidak berhenti disini lagi kerana kawasan ne udah ditutup olih pihak Dbkl. Kabarnya, kawasan sekitar jam mati ne nak diubah suai untuk dijadikan taman mini.
Sekitar awal tahun 70'an, orang Kelumpo memang panggil menara jam ne jam mati, pasal dulu jarum jam ne gagal berfungsi! Kalau ikut sejarah lampau, The Clock Tower ne dibina sebagai art deco pada tahun 1937. Warna asal adalah seperti kengkawan lihat kat foto diatas ne. Disebelah kiri clock tower pulak ialah deretan kedai lama yang direka olih A.K Moosdeen pada tahun 1906 dan pemiliknya ialah orang kaya Loke Yew.
Dulu, sekitar clock tower ne ialah tempat makan yang di kenali sebagai Benteng. Masa tu (awal tahun 70'an) taraf hidup orang Melayu yang tinggal kat Kelumpo biasa-biasa aja. Maksud aku, belum ramai lagi yang kaya atau jadi jutawan. Jadi, kalu dapat menjamu selera sekali-sekala kat Benteng ne kira hebatlah Beb!

Sekarang ne udah bulan November 2012! Tak lama lagi nak masuk tahun 2013. Kalau aku perhatikan kat Kelompo ne banyak udah bangunan- banguan baru didirikan dan yang antik tetap dikekalkan macam bangunan lama Gian Singh Bulding di Jalan Tun Perak. Tak ketingalan jugak disekitar Jalan Masjid India dan Jalan Melayu yang dahulunya nampak tenang kini kawasan tu sibuk dengan peniaga dan orang ramai.
Dihadapan Wisma Yakin Jalan Melayu ini lah tempat pelukis jalanan menjual bakat bersama beberapa kelompok kecil penjual ubat tradisional Melayu pada era tahun 80'an. |
Bangunan ini masih kekal sebagai 'trade mark' Jalan Masjid India@ Kuala Lumpur. |
Beperapa orang pelancung sedang merakam foto kanak-kanak Melayu disekitar Masjid India. |
Penjual otak-otak dan satar di Pasar Sabtu lorong belakang @Jalan Tuanku Abdul Rahman!
No comments:
Post a Comment