04 April 2014

AKU, MAHFOL & DUNIA




I- Jummat malam Sabtu
.
Aku di bilik bacaan sedang menaip entri: Aku, Mahfol dan Dunia. Ketika aku mula hendak menaip, aku ditemani lagu  dari album Sohaimi Mior Hassan dan secawan kopi dari Alicafe. Otak masih kosong!


Satu demi satu lagu didendangkan Sohaimi, bermula dengan lagu Misteri Cinta, Epilog Cinta Dari Bromley, Kau Kepunyaanku, Apabila Isteriku Tertawa, Suatu Aku Yang Terlena dan Di Suatu Musim Bunga. Kotak otak aku masih kosong, sepi malam dalam khayalan. Apa yang hendak aku taip sebenarnya, aku sendiri tidak tahu.

Aku alih muka dua cassette
lagu Sohaimi Mior Hassan. Lagu 'Kini' berputar di corong peti radio jenama Denon. Sehingga lagu terakhir 'Semalam Aku Terfikir Sesuatu' berputar, barulah aku mula menaip. Aku menaip pun kerana hendak bercerita tentang Backpacker 'Melihat Bumi Kita' arah ke Selatan Semenanjung, dengan izin Allah akan bermula pada pagi, 7 April 2014 nanti.

Backapcker yang aku nak buat kali ne adalah sambungan kepada backpacker arah ke Pantai Timur yang udah dilakukan pada 5 Disember 2013  yang lepas. Kali ne pulak, kami mahu melihat dunia belah selatan Tanah Semananjung dengan pergerakan menggunakan bas - town to town.


II- Bermula
di station bas Jalan Pekeliling- Kelompo, aku dan Mahfol akan menaiki bas ke Jerantut. Dari Jerantut ke Taman Negara Kuala Tahan dan kami akan tido semalam disanaKeluar dari Taman Negara dengan bas menuju semula ke Jerantut. Dari Jerantut, perjalanan di teruskan menuju Pekan dan seterusnya Kuala Rompin.

Di Kuala Rompin! Tak tahu lagi jam berapa kami akan sampai kat Kuala Rompin kerana kami cadang akan meneruskan perjalanan ke
Kampung Lebah Condong yang juhnya lebihkurang 16 kilometer dari Kuala Rompin. Cadang kami, di Lebah Condong nanti kami hendak merasai tido semalam dua di rumah rakit.

Dari Kampung Lebah Condong, keluar semula ke Kuala Rompin, seterusnya gerak arah Endau dan berehat di pekan Mersing. Naik bas dari Mersing ke Kota Tinggi dan seterusnya menuju destinasi pesisiran pantai terakhir iaitu pantai Desaru. Di Desaru, kami cadang untuk berkemah di tapak perkemahan yang disediakan sambil menikmati suara-suara ombak Laut China Selatan.

Kembara 'Melihat Bumi Kita' diteruskan. Dari pantai Desaru gerak semula arah Kota Tinggi dan naik bas arah ke Johor Bahru. Jika masih awal lagi, kami hanya makan tengahari diJB kerana hendak meneruskan pengembaran ke Tanjung Piai. Untuk sampai ke Tg Piai (kalau ikut travel map) laluannya sedikit rumit kerana perlu menempuh Senai, Pekan Nenas, Pontian Kecil, Bandar Permas dan Pekan Kukup.

Di Tanjung Piai kami bercadang untuk berkemah tetapi jika tapak perkemahan disana tanahnya lembab dan basah, mungkin kami akan bermalam sahaja di hotel badjet kat Pekan Kukup. Sekiranya masih ada waktu, kami akan cuba ke Pulau Kukup untuk melihat dunia disebelah sana pulak. Itupong bergantung pada kewangan, kesihatan, cuaca dan juga dengan Izin Allah!


Nota Kaki:
Kepada kenkawan dan pembaca blog KakiConteng! yang berminat dengan aktiviti backpacker cara murah, ikutilah story atau ayat lain Travelog  yang akan kami mulakan pengembaraan jam 0800 pagi, pada 7 April hingga 12 April 2014, InshaAllah!

1 comment:

  1. Bolehkah saya dibagi rinci cerita perjalanan dari Johor Bahru ke Tj. Piai?
    Terima kasih.

    ReplyDelete