08 January 2010

MENU UNTUK BBQ

















As Salam!  
Aku pernah berjanji hendak mengisi salah satu entri di blog aku dengan menu  BBQ. Jadi, aku rasa pagi ini adalah masa yang sesuai untuk aku menaip dan berkongsi sedikit menu [bukan resepi] kepada anda diluar sana. Sekiranya anda  merancang untuk membuat jamuan malam ala' BBQ Party, pastikan barang keperluan sudah ada. Seperti tempat pemangang[1] misalnya.

Lain-lain keperluan untuk bebeku ialah arang, fire stater, pengepit arang, pengepit makanan, berus atau serai yang diketuk, minyak
[2], tuala  dan tong sampah. Jika anda tidak cukup rajin hendak membasuh pinggan-mangkuk selepas digunakan, ada baiknya anda gunakan pinggan  pakai buang.


Terpulang kepada anda untuk membuat susun-atur kerusi-meja. Mungkin anda hendak menyusun kerusi-meja dihalaman rumah atau anda hendak berparti dibelakang rumah sahaja. Setelah kerusi-meja diatur, hendaklah meletakan meja panjang berbentuk L [meja buffet], berhampiran tempat memangang. Perlu diambil kira juga arah angin ketika memanggang nanti supaya asap tidak terarah kepada tetamu. Pastikan tong sampah ada disetiap sudut penjuru laman anda.


Diatas meja buffet, susun ikut pusingan jam iaitu dari kiri ke kanan bagi memudahkan aliran pergerakan tetamu ketika mengambil makanan. Bermula dengan meletakan pinggan-mangkuk, sudu-gerpu, kertas tissu kemudian beberapa 
chafing dish
[3] untuk mengisi bahan-bahan yang dipanggang. Kemudian bakul tempat ruti, bowl besar [kaca kalau boleh] untuk salad sejuk dan buah-buahan.  Seterusnya manggkuk untuk sauce dan dressing. Disatu sudut lain pula, hendaklah diletakan bekas berisi minuman panas dan sejuk.

Sebagai contoh, chafing dish biasanya di isi dengan steak, lamb shoulder, kepak ayam, sausage, sotong dan udang yang sudah di bakar. Beberapa bekas [half chafing dish] lagi di isi dengan pasta, potato salad, baked bean, sweet corn, coleslaw salad dan bingka ruti. Dalam bakul pula diletakan ruti pitta yang di potong empat dan sebuah bakul lagi di isi dengan potongan french loaf [ruti Perancis]. Manakala bowl kaca pula sesuai diisi dengan Green Garden Salad serta sebuah bowl lagi diisi dengan potongan buah limau. Dibawah ini aku sertakan sekali gambar [sebagai hiasan] dan pilihan menu untuk anda berparti.



[Menu Utama]


1- Daging Sirloin Steak
(180gm) - 20 pcs
2- Kepak Ayam - 80 pcs

3- Kambing/Lamb Shoulder-20 pcs
4- Udang 10 kg

5- Sotong - 5 kg
6-Sausage Ayam/Daging 20 pkt


[Nota: Sesuai untuk 50 tetamu]
--------------------------------------------------------------------

[Menu Iringan]

1- Pasta Spiral + Sausage - 20 pax
2- German Potato Salad - 20 pax
3- Coleslaw Salad - 30 pax
4- Garden Salad 20 pax

5- Baked Bean - 15 tin.
6- Roti Pitta 10 pkt

7- French Loaf - 20 pcs.
8- Nasi Impit - 15 pkt


-----------------------------------
[Pencuci Mulut]
1- Bingka Roti - 1 loyang
2- Buah Orange - 20 biji
3- Sweet Corn  - 10 tin

---------------------------------------------------------------------
[Minuman]
1- Juice Orange
2- Kopi dan Teh
3- Mineral Water

---------------------------------------------------------------------
[Sauce & Dressing]
1- Chilli Sauce
2- Thai Sauce
3- Kuah Kacang
4- Tar-tar Sauce
5- 1000 Island Sauce
6- Black Pepper Sauce
7- Lemon Vinagratte Dressing

---------------------------------------------------------










  • Nota Kaki :
  • Untuk mendapatkan recipe, anda hanya perlu layari internet atau melalui panduan buku masakan seperti Womens Weekly Cookbooks. Apapun, mungkin jika aku ada kelapangan nanti aku akan mengisi entri aku dengan recipe pula.  Manalah tahu,  akan datang mungkin aku selit juga recipe-recipe tentang BBQ, Pasta dan Salad. - [Mj]




































4 comments:

  1. SALAM! Nanti aku ge Menu untuk Party Hari Jadi Anak ...

    ReplyDelete
  2. Tq for recommendation..tgh cari idea ni utk bbq

    ReplyDelete
  3. Tq for recommendation..tgh cari idea ni utk bbq

    ReplyDelete
  4. As Salam Bidadari Gojess!
    Maaf lambat pick-up. Terima kasih kerana singgah di entri 'Menu Untuk BBQ"...

    ReplyDelete