Cadangan! Oleh kerana lokasinya kat utan, bukan kat tepi pantai atau laman rumah- So! menu yang aku cadangkan adalah yang dikira paling ringkas.
I- Menu BBQ, Lamb, Ayam, Udang, Sausage dan Burger. II-Others- Pasta, Nasi Lemak Bungkus, Tuna Sandwiches, Potato Salad, Baked Bean dan Green Salad. III-Dessert- Buah-buahan dan Sweet Corn. IV-Minuman Air 100 plus dan mineral water. V-Coffee Tea takde ke? Tenguklah kalau kutipan ada lebih bolehlah order kat Mr. Budi (Peyelia resot ne ler!).
BBQ Ayam-Basic! Jangan pening kepala nak bubuh bahan perapan (marinade) yang macam mana kat ayam tersebut. Gaulkan ajer ayam dengan bahan asas seperti kunyit serbuk, garam, white papper dan LP sauce. Lepas tu balut atau masukan dalam plastik dan simpan semalaman dalam frezer.
Lamb Shoulder (basic) Gaulkan dengan minyak jagung, chop garlic, LP sauce, Oyster sauce, sedikit rosemary, pepper dan garam. Simpan semalaman dalam peti sejuk.
Tuna Sandwiches! Buatlah yang simple aja. Buang atau toskan minyak tuna dahulu. Lepas tu masukan ketulan tuna dalam bowl dan hancurkan. Perahkan sedikit air limau. Bubuh sedikit chop cili merah, chop bawang merah, garam dan white papper. Akhir sekali gaulkan dengan mayaonise. Udah tu, letakan kat roti bersama potongan timun, tomato dan daun salad (lettuce). Potong sandwich ikut gaya luorang!
Potatoes Salad! Ada macam-macam potato salad kalu nak dihidangkan kat tetamu. Aku lebih suka buat Potato Chicken Salad. Mula-mula kupas kentang, potong dan rebus. Toskan kentang dan rebus pulak 3x ketul dada ayam. Masukan kentang yang udah direbus tadi ke dalam bowl. Masukan chop onions, chop parsley (kalau ada) bersama potongan nipis dada ayam dan gaulkan dengan mayonnaise. Sedap Beb!
Pasta Spirals! Kalu ikut cara aku mudah aja. Rebus dahulu air, lepas tu bila air udah mendidih masukan pasta bersama sedikit butter atau minyak jagung. Bila pasta udah masak toskan dahulu. Lepas tu masukan pasta dalam bekas-gaulkan bersama hirisan cili bangla, bawang, serunding daging, hirisan sausage daging dan akhir sekali masukan sedikit garam dan serbuk perasa. - Selamat berparty!
Nota Kaki: Walaupong event ne kami bagi nama BBQ Party, tapi takde belon warna-warni, takde cake, takde joget lambak, free dari arak, dadah dan aji no moto!
|
No comments:
Post a Comment