Abarahah bin Arsyam adalah wakil Kaisar dari Ethiopia. Beliau seorang panglima gagah berani yang berniat untuk melakukan serangan keatas negeri Hijaz (Makkah)dengan tujuan meruntuhkan Ka'abah. Beliau tidak rela melihat Makkah menjadi pusat kunjungan orang-orang yang hendak melakukan ibadah. Beliau berminat memindahkan kiblat manusia ke Shan'a, ibu kota Yaman.
Untuk tujuan itu, beliau mendirikan gereja raksaksa yang disebut Quraisy. Gereja inilah nanti diharapkan umat manusia melakukan kunjungan ritual, sehingga Shan'a dapat menjadi pusat keramaian dan perniagaan.
Abarahah mengerahkan ribuan pasukan kavaleri yang terutama berkenderaan gajah dilengkapi pasukan infanteri sejumlah 60,000 perajurit, berangkat menuju ke Makkah. Beliau yakin dapat menghancurkan Ka'abah hingga samarata dengan tanah.
Sepanjang perjalanan ia mendapat tentangan hebat dari penduduk Makkah, kecuali masyarakat Thaif yang mengalu-alukan kedatangannya dengan penghormatan besar-besaran.
Sebelum memasuki pintu gerbang Makkah, Abrahah memerintahkan tenteranya untuk berkemah di luar kota. Mereka berehat sambil merancang dan merisik situasi pertahanan negeri Makkah untuk mencukupi persediaan makanan bagi tenteranya. Untuk tujuan itu, Abrahah merampas binatang ternakan milik rakyat. Di antaranya 400 ekor unta kepunyaan Abdul Mutalib, datuk kepada Nabi Muhammad SAW, yang kedudukannya waktu itu selaku penjaga dan pengelola Ka'abah.
Lantas Abrahah mengutus orang kanannya berjumpa Abdul Mutalib untuk menyampaikan tentang peperangan, agar penduduk Makkah segera menyiapkan angakatan tenteranya buat menghadapi serbuan dahsyat pasukan Abrahah.
Abdul Mutalib tidak risau tentang perang tersebut. Malah beliau memerintahkan seluruh rakyat Makkah supaya berpindah ke daerah yang aman. Kemudian beliau berangkat sendirian menemui Panglima Abrahah yang kejam dan sombong itu.
Abrahah menyambut kehadiran Abdul Mutalib dengan penuh kehormataan sebagai menghargai kedudukan Abdul Mutalib selaku kepala suku. Dengan ramah Abrahah bertanya kepada Abdul Mutalib "Tujuan apa tuan datang menemui saya?". Abdul Mutalib menjawap sama ramahnya "Saya datang kemari untuk meminta kepada tuan agar menyerahkan kembali 400 ekor unta saya yang tuan rampas".
Abrahah tertawa sambil mengejek dan menegur "Sedangkan Ka'bah berada dalam ancaman saya, dan tuan datang ke mari hanya untuk meminta unta kepunyaan tuan. Sungguh tuan terlalu pentingkan diri sendiri".
"Tidak!" bantah Abdul Mutalib. "Sama sekali saya tidak mementingkan diri sendiri. Saya hanya mahu minta tuan serahkan kepunyaan saya, sebab 400 ekor unta tersebut adalah kepunyaan saya" jawab Abdul Mutalib.
"Padhal Ka'bah berada diambang kehacuran" kata Abrahah. "Kenapa tuan tidak meminta saya membatalkan niat untuk meruntukan Ka'abah?. Abdul Mutalib tersenyum. Beliau menjawab "Ka'bah adalah milik Allah, dan Allah sanggup memelihara kepunyaan-Nya. Saya tidak meminta tuan membatalkan serangan ke atas Ka'bah kerana saya yakin Allah sendiri yang akan melindunginya".
Setelah Abdul Mutalib meninggalkan tempat tersebut, tentera Abrahah tiba-tiba diserang oleh burung-burung ghaib dari langit yang melontar gumpalan-gumpalan kuman ke arah mereka. Maka tewaslah seluruh tentera musuh, termasuk panglima Abrahah. Burung-burung ghaib itulah yang dinamakan Ababil.
Nota Kaki: Kisah benar ini adalah untuk koleksi entri Mj dan foto diatas adalah hiasan sahaja. Moral kepada story diatas tadi ialah yang jahat akan menerima balasan dan kita kene yakin dan percaya bahawa Allah itu maha berkuasa lagi maha bijaksana!
No comments:
Post a Comment