03 January 2013

JEJAK TREK BERNAM EXTREME!



Kali ne ge jejak trek Bernam Extreme kat Tg Malim bersama Tengku Wong. Perjalanan dari KL ke Tanjung hanya ambik masa 50 minit.Pintu masuk ke laluan ne ialah berhampiran UPSI lama  yang tertulis Teratak Riverview.i.


Menyusuri laluan sempit, permukaan jalan berlubang lagi lecak kat celah-celah dusun buah-buahan dan tepi sungai. Laluan masuk ne sangat sesuai untuk 4x4 dan motosikal sahaja. Kami teruskan gak hingga sampai ke Bernam Agro Resort. 

Inilah sebahagian chelet di Bernam Agro Resort. Ketika kami sampai kat sini, pejabat tutup dan aku salin no telepon yang tertara kat poster depan pejabat. No tel: 012-2340332


Sebelah Bernam Agro Resort ne ialah Teratak River View. Kat sini nampak hapening sikit, siap ada jembatan gantung. Kami keluar dari kawasan ne menuju Bandar Proton.


Melalui UPSI baru, kami masuk kat pintu gerbang Bandar Proton. Pusing seround kat ummah kedai di Bandar Proton, nampak cam sunyi je - mungkin semua tengah kojer kot.

Lepas tu kami gerak arah belakang Bandar Proton. Melalui sekolah dan terus menuju offroad. Kami lihat di kiri kanan jalan, hutan simpan dan permukaan jalan pulak sempit dan kami terpaksa berpatah balik.

Tengku Wong kata, trek ne adalah terbaek untuk kita bercuti sambil berkayuh. Ketika kami melalui trek tadi, menemui permukaan jalan berbatu dan lecak. Ada dua jembatan yang menghubungkan trek extreme ne yang  jarak laluannya lebihkurang 50 kilometer.

Plan nak bercuti kat sini! Mungkin pada bulan Febuari 2013. Bercuti 3 hari 2 malam sambil berkayuh sekitar trek Bernam Extreme dan kayuh arah ke pekan Behrang. Lastday pulak, boleh kita buat bbq kat tepi sungai.

Inilah dia jembatan bosi tapi udah hampir nak roboh. Kalau setakat nak kayuh melalui jembatan ne tak apa kot! Masa kami lalu kat sini tadi rasa risau gak! Hehehe...


No comments:

Post a Comment