Assalamualaikum! Aku baru balik dari klinik untuk dapatkan ubat kerana sakit mata. Ketika jumpa Doktor@Dr. macam biasalah, aku kene bagitau penyakit aku - pasal yang sakit aku bukan Doktor. Satelah Dr. bertanya beberapa soalan sambil mancatit keatas kad pesakit aku, Dr. arahkan aku ambik ubat di kauter farmasi. Hasilnya aku dapat ubat jenis chlorpheniramine maleate (untuk selsema/gatal/alah) dan ubat menthol inhalationu (berbentuk kristal).
Sakit! Semua yang begelar manusia pasti pernah merasa sakit. Apabila udah sakit pasti nak dapatkan rawatan. Sakit atau demam, kecil atau besar adalah takdir Allah yang mempunyai tujuan yang kita tidak ketahui.
Janganlah kita mudah melatah dan merasakan Allah tidak adil, atau menyalahkan orang lain kerana mendatangkan penyakit kepada kita. Penyakit yang aku dan kengkawan dapat, mungkin satu ujian untuk melatih kita mendapatkan sifat-sifat terpuji seperti sabar, reda, tawakal, berbaik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah dan mendekatkan diri dengan Allah serta meminta pertolongan hanya kepada-Nya sahaja.
Sekiranya diri rasa berdosa! Sebagai contoh> Apabila aku telah banyak melakukan dosa serta lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepada aku berupa penyakit> agar aku tidak terus lemas dan tengelam dalam dosa dan noda.
Sakit juga bermaksud qias (pembalasan) ke atas dosa-dosa yang aku lakukan. Setiap perbutan dosa pasti menerima hukuman, samaada didunia atau di akhirat. Lainlah kalau aku udah bertaubat sungguh-sungguh sehingga Allah mengampunkan dosa aku.
Bagi hamba yang Allah kasihi, didunia lagi Allah menghukum kita> dan tidak menunggu hukuman di akirat. Allah akan datangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan, kemiskinan, tiada sumber rezeki, penceraian, tiada zuriat, kemalangan jalan raya, ummah terbakar, kehilangan kuasa dan sebagainya. Sekiranya aku dan kengkawan diluar sana boleh bersabar dan reda, maka akan dapatlah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya, kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak reda> malah merungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan dosa kita.
Allah Yang Maha Pengasih! Kengkadang aku ditimpa kesempitan hidup. Allah udah takdirkan demikaian, kerana Allah sayang pada aku> asalkan aku boleh bersabar dan reda dengan takdir-Nya. Sekiranya aku atau kengkawan diluar sana dikurniakan harta yang banyak dan kesihatan yang berterusan> maka itu pong adalah ujian dari Allah.
Apabila kita diuji dengan kesakitan, Allah nak bagitau kita bahawa betapa susah dan menderitanya orang yang sedang sakit. So! Lawatlah ibu bapak, adik-beradik, saudara atau kengkawan yang terlantar sakit di ummah atau disepital. Orang yang sedang sakit pulak, hatinya mudah terusik. Sesiapa yang datang ziarah dan memberi sedikit nasihat, Insya-Allah mudah diterimnya.
Begitulah! Sebenarnya Allah mahu agar aku dan kengkawan semua sentiasa beringat-ingat. Jika kita diberi ujain, sebagai hamba-Nya, hendaklah datang mengadu, mengharap, merintih, meminta belas ihsan dan sentisa merasakan hanya Allah tempat meminta segala-galanya. Janganlah meminta atau merintih kepada busut, kubur lama, bomoh palsu atau mengharap kepada tolong orang tipu orang (toto).
Terimlah! Segala ujian dan penyakit adalah sebagai satu didikan terus dari Allah. Andainya kita diuji lagi, kita masih wajib bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita.
Nota Kaki: Sekiranya ada ayat aku silap atau kengkawan muskil, eloklah tanya ustaz. Jangan berdebat dengan rakan yang jahil pasal qada dan qadar! Salam sayang dari Mj!
No comments:
Post a Comment