06 January 2013

DREAM TRAIL @FRIM


As'Salam kepada kengkawan kaki blog! Hujung minggu selalunya aku buat aktiviti berkayuh dengan rakan-rakan. Kali nie, lepas solat Subuh aku sudah bersiap-siap untuk berkayuh ke Frim-Kepong.

Sampai di sekitar Frim jam 0730 pagi. Kami sarapan dulu, sementara menunggu kengkawan yang lain. Pagi minggu camnie selalunya ramai raider dan jogger yang memasuki frim. Sudah tentu parking penuh dan kenalah letak kereta jauh sikit. Kalau nak selamatlah ada baiknya kereta parking kat dalam kawasan frim!

Kami mula berkayuh pada jam 0800 pagi arah Dream Trail. Tiada bayak halangan ketika berkayuh, kecuali sesekali jumpa permukaan air bertakong dan dahan patah. Ketika kami keluar dari dream trail, ramai raider sedang take five. Dengar kabarnya ada sorang raider tersembab ketika menuruni laluan dream trail.

Kenalah berhati-hati ketika hendak turun kat sini pasal, ramai jogger melalui trek berhampiran jalan keluar dari trek dream trail dan tempat nie pulak adalah R&R yang paling digemari oleh kebanyakan raider. 

Selepas rehat, kayuhan diteruskan. Menyusuri laluan nie kami berselisih ramai jogger dan ada juga yang hanya berjalan kaki sambil menghirup udara segar di waktu pagi. - Cut!

Ketika berkayuh, banyak peluh keluar. Untuk menggantikannya kenelah banyak minum air...
Ady Yusof sedang tunggu
giliran untuk basuh basikal!

Jam baru menunjukkan pukul sebelas lebih. Selepas basuh basikal (basuh lebih-kurang aja), kami gerak menuju gerai mee bandung untuk makan tengahari! - Sekianlah!

No comments:

Post a Comment