19 January 2013

PELUKIS JALANAN



Aku baca entri pelukis Aris Aziz kat facebook. Kata beliau, kengkadang Dbkl rampas peralatan pelukis jalanan di Bukit Bintang. Nak cari makan sebagai pelukis pong susah. Lepas tu aku dapat tau, Dbkl nak bagi permit untuk pelukis jalanan. Lokasi yang dicadangkan ialah di Jalan Belanda.

"Janji di Tepati"! Tentu nanti meriah kat Jalan Belanda kan!, terutama pada hujung minggu. Seperti nota Dr.Siti Zainon Ismail kat facebook iaitu sekitar pertengahan tahun 70'an (Jalan Belanda) pernah menjadi Pasar Seni untuk warga kota. Ketika itu, pelukis seperti Tan Rahim, Raja Azhar dan beliau sendiri pernah berada di Jalan Belanda. 

Seingat aku, tahun 80'an, pelukis jalanan udah bertukar kat Jalan Melayu berhampiran Wisma Yakin. Pada tahun 1985, ekonomi dunia ketika itu gawat! Hujung minggu selalunya aku lepak kat sini pasal jobless. Masa nelah aku kenal pelukis jalanan seperti Johari Alis, Maamor Jantan, Burn, Salleh Dawam dan beberapa pelukis lain. 

Tahun 90'an pulak tiada pelukis jalanan. Kebanyakan pelukis udah ada tempat melukis seperti di Central Market @CM atau di Jalan Conlay. Sesekali ada gak aku ziarah kengkawan terutama Johari Alis dan Makmor Jantan di studio mereka kat Komplek Budaya Kraf, Jalan Conlay. Bila udah selalu ziarah kat sini, dapatlah aku berkenalan dengan pelukis lain seperti Kamaruddin Talib, Nizar Kamal Ariffin, Ahmad Shukri, Samsudin Mohamad, Yusof Gajah dan Hassan Ahmad. 

Pelukis Residen Conlay yang lain ketika itu seperti Ajis Mohamad, Amiruddin Ariffin, Haris Ribut, Ishak Sallehuddin, Kamal Ghany, Shima Abu Hashim, Sabrie Salleh, Zuliza Zain, M. Zaki Zakaria, dan Eliza hanya aku kenal nama diaorang ne melalui Conlay Group Exhibition pada tahun 1999.  

Walaupong aku story pasal pelukis jalanan tapi foto dioarang ne tak dapat aku siarkan. Tujuh keping foto yang aku paparkan kat sini pong> hanyalah foto yang aku klik ketika aku singgah kejap di Central Market, setelah aku selesai melawat pameran Taman Nurani di Galeri Petronas.

Berbalik pasal Jalan Belanda tadi, sesiapa yang bermiat nak turut serta silalah pm kat fb Pak Aris. Janganlah nanti, bila  tempat tu udah penuh dengan pelukis dan penghibur jalanan baru terhegeh-hegeh nak join!

No comments:

Post a Comment