22 January 2013

TREK BERNAM/UPSI @TG MALIM


As'Salam! Pagi Isnin aku bersama Tengku Wong dan Otai Mahfol cadang ge Warisan Bernam Eco Resort kat Tg Malim. Nak tenguk chalet, lokasi bbq dan trek untuk event pada 2 Febuari 2013 nanti.

Kami plan nak gerak ke Tg Malim kul 0900 pagi tapi, Mahfol sangkut kat bulatan Batu Cave pasal banyak kereta besidai kat tepi MMR2 berhampiran kuil Batu Cave. Tengku Wong pong tersekat kat laluan Cheras sebab yang sama iaitu kaum India udah sibuk menuju kuil nak sambut hari Thai-pusum!


Last-last kul 1100 pagi baru nak gerak arah Tg Malim. Sempat lagi tu sarap kat RR Rawang! Masa kat highway pulak, sangkut gak pasal lorong laluan tinggal satu> ada kojer pembinaan jembatan melintasi lebuhraya. Hampir jam 1230 tengahari gak, baru  kami sampai berhampiran Upsi Tg Malim.


Kami kayuh arah Warisan Eco Resort! Sampai kat situ jumpa staff resort (Budi namanya) jenguk chalet dan kawasan bbq. Lepas tu kami mulakan berkayuh melalui tapak perkemahan, lintas jembatan dan masuk laluan permukaan jalan yang sedikit berbatu dan lecak.

Laluan ne ngam-ngam untuk tayar basikal. Kayuh melintasi deretan pokok buluh dan kekadang terpaksa tolak basikal pasal laluan udah mula mendaki.

Lepas melalui sedikit pendakian, terus kayuh melintasi anak sungai. Kayuh dan terus kayuh ! Take five kat titi berhampiran sungai. Tempat ne nanti kami nak jadikan R&R! Lepas tu perjalanan di teruskan dengan menolak basikal dilaluan bukit yang tanah merahnya nampak keras. Kalaulah terjatuh kat sini-sakitttttt!

Bukit merah tadi punyalah tinggi! Buat aku semput lapar dan dahaga sangat. Camana pong, sempat gak possing dengan muka kelihatan letih tapi puas. Lepas ne laluan curam menuruni bukit dan kayuh melintasi ladang kelapa sawit. 

Ketika berkayuh kat laluan ne, udah terasa air ujan mula menitik perlahan. Keadaan trek sedikit berair dan licin. Kayuh dan terus kayuh! Akhirnya kami keluar dari laluan off-road> menuju ke arah restoran mamak (mamak lagi!) berhampiran Upsi Tg Malim. Lapar Beb! 





No comments:

Post a Comment