22 January 2013

DETIK - DETIK TERAKHIR









Subuh Isnin, suara Bilal mula kedengaran berkumandang di Masjid Nabawi, memanggil umat Islam untuk menunaikan solat subuh. Pada waktu yang sama di rumah Nabi Muhammad SAW, keadaan beliau makin tenat dan para sahabat sudah sangat cemas semenjak malam tadi.

Olih kerana Nabi belum hadir, Bilal lalu pergi ke rumah Nabi Muhammad SAW sambil berkata "Assalamualaika, ya Rasullulah!". Nabi tidak menjawab dan yang keluar dan menyambut salam ialah Fathimah. "Alaikas-salam. Jika ada hal datanglah lain kali kerana Rasullulah badannya sedang panas".

Bilal tidak faham akan kata-kata Fathimah tadi. Bilal kembali ke masjid menunggu kedatangan Nabi sehingga subuh mulai kuning. Sebelum waktu subuh hampir tamat, Bilal sekali lagi pergi ke rumah Rasullulah SAW. "Assalamu alaika, ya Rasullulah" teriaknya. "Para makmum sudah menunggu dan waktu subuh telah kuning" 

Nabi sedikit sedar dan dengan tersekat-sekat Nabi membalas salam Bilal sambil berkata "Ya Bilal, aku tahu fajar telah mulai tiba. Beritahu Abu Bakar supaya menjadi imam dalam sembahyang subuh pagi ini. Aku sedang tenat , tidak mampu bangun". 

Bilal menangis mendengar jawapan dari Nabi Muhammad SAW. Suara yang tersekat-sekat itu adalah petanda sakit yang amat parah. Dengan langkah longlai tetapi terburu-buru, beliau bergegas ke masjid. Pesanan Nabi disampaikan  maka Abu Bakar pun maju ke depan.

Abu Bakar tunduk menangis ketika melihat mihrab yang kosong. Mihrab itu biasanya tempat Nabi berdiri dengan gagahnya ketika menjadi imam. Di situ biasanya Rasullulah SAW mendengarkan ayat-ayat suci Al-Quran dengan suaranya yang nyaring lagi fasih. Peribadinya yang agung, bangun tubuhnya yang berwibawa, terbayang semua pada saat itu. Kini mihrab itu kosong! Abu Bakar menangis sehingga suasana subuh hari itu dalam keadaan murung dan kehilangan. 

Hari semakin siang! Para sahabat berkumpul menanti berita dari rumah Rasullulah SAW. Akhirnya seorang sahabat berseru memanggil Ali dan Fadlal bin Abas. Sahabat dan yang lain-lainnya terasa cemas. "Jangan-jangan...".

Ali dan Fadlal cepat-cepat masuk ke rumah Nabi. Teryata Rasullulah minta dipapah untuk pergi ke masjid. Dengan langkah terseret-seret Nabi dipapah oleh kedua sahabat itu. Tiba di masjid, Nabi bersembahyang sunat dua rakaat, pendek saja solatnya kali ini. Sesudah itu Nabi menaiki mimbar. Kakinya berat sekali sewaktu mendaki tangga. Badannya lemah dan kedua tangannya menggigil. Ketika berada diatas mimbar, Nabi berkhutubah di hadapan sahabat-sahabatnya. Isinya singkat, namun meresap dan menggetarkan hati para hadirin. Air mata yang hadir, bercucuran tidak habis-habis!

"Wahai, umat Islam. Kita hidup di bawah kekuasaan Allah dan kasih sayang-Nya. Bertakwahlah kepada-Nya dan taatlah perintah-perintah-Nya". Itulah isi khutbah beliau, lalu Nabi turun dari mimbar. Ketika hampir sampai kebawah, Nabi nyaris terjatuh. Untunglah Ali dan Fadlal dengan cepat menahanya, lantas dipapahnya kembali ke rumah beliau. Selepas itu Nabi tidak bangun-bangun lagi.

Datanglah saatnya Malaikat Izrail diperintahkan turun oleh Tuhan. "Masuklah kalau kau diizinkannya. Kalau tidak, baliklah kemari," begitu pesan Allah kepada malakul-maut. "Berangkatlah dan muncullah dalam rupa yang sopan dan rapi". Maka sang pencabut nyawa turun sebagi seorang A'rabi, berpakaian putih dan baunya wangi. Tiba di rumah Nabi ia bersalam, "Selamat kepadamu, wahai penghuni rumah kenabian".

Nabi sedang kepayahan dan Fathimah yang menjawab, "Rasullulah sedang tidak ingat akan dirinya. Datanglah lain kali". Malakul maut kembali berkata, "Assalamualaikum ya Rasullulah-salam sejahtera untukmu selamanya. Bolehkah aku masuk?". Nabi membuka matanya apabila mendengar suara itu. Lalu beliau bertanya, "Anakku sayang, ada tetamu? Siapa yang dipintu, hai Fathimah?". Puteri itu menjawab, "Seorang lelaki A'rabi, orangnya bersih dan rapi. Ia memanggil-manggilmu dan meminta izin untuk masuk. Saya kata, Rasullulah sedang tenat. Saya minta untuk datang lain kali". 

Tiba-tiba Nabi memandang Fathimah dengan tatapan yang jauh. Di dalamnya nampak sinar kelabu yang pekat dan Fathimah tergetar hatinya sehingga menggigil seluruh tubuhnya. "Izinkan tamu itu masuk, wahai Fathimah. Tahukah kau siapa dia, anakku?". Fathimah menggeleng kepala, "Tidak" katanya. "Dia ialah penjemput kenikmatan, pemutus nafsu syahwat dan pemisah pertemuan. Dia adalah malikat-maut".

Fathimah menjerit, "Ya Rasullulah! Jadi bermula hari ini aku tidak akan lagi mendengar suaramu dan memandang wajah mu yang jernih?". Nabi Muhammad SAW, sebagai seorang ayah yang pengasih ikut larut dalam kesedihan. "Jangan menangis jantung hatiku. Engkau adalah keluargaku yang mula-mula akan bersama denganku pada hari kiamat".

Mendengar hal tersebut, barulah Fathimah nampak lega. Setelah itu malakul-maut pun masuk. Nabi bertanya "Engkau datang dengan tujuan apa?". Izrail menjawab "Saya datang mahu ziarah dan juga mahu mencabut nyawa kalau Tuan izinkan. tetapi kalau tidak, saya akan datang lagi".

Nabi tersenyum dan bertanya, "Engakau sendirian? Di mana kau tinggalkan Jibrail?". "Saya tinggalkan dia di langit dua, beserta malaikat-malaikat yang lainnya". "Panggil dia ke mari" kata Rasullulah SAW. 

Malaikat Jibrail pun turun dan duduk di sebelah kepala Rasullulah. Nabi memandang Jibrail dengan sayunya sambil berkata "Hai Jibrail! Mengapa berlambat-lambat? apa engakau tidak tahu bahawa saat yang dijanjikan itu sudah hampir tiba".

"Saya tahu, saya tahu" jawab Jibrail tergagap-gagap. "Beri aku berita bagaimana hakku di hadapan Allah kelak" kata Nabi. Jibrail menjawab "Pintu-pintu langit telah terbuka. Para malaikat berbaris, berlapis-lapis menunggu kehadiran rohmu. Seluruh gerbang syurga juga telah terbuka bagi tempat bersemayam nyawamu'. 

Mendengar berita ini, Nabi masih suram. Wajahnya tetap gelap dan gelisah. "Jibrail! Bukan itu yang kuinginkan. Beritahu aku, bagaimana keadaan umatku esok pada hari kiamat?" Tanya Nabi dengan perasaan cemas.

Jibrail menjawab "Wahai Rasulluah. Tuhan berfirman! Aku haramkan syurga dimasuki oleh para Nabi, sampai engkau Muhammad masuk lebih dulu ke dalamnya. Dan aku haramkan umat para Nabi masuk ke dalam syurga, sebelum umatmu Muhammad, masuk lebih dahulu ke dalamnya".

Barulah wajah Nabi kelihatan berseri-seri. Beliau merasa aman dan tenteram kerana teryata umatnya mendapat hak serta tempat istimewa di hadapan Allah. Mulutnya yang mulai memucat itu mengukir senyuman. Senyuman itu diberikan nya juga kepada malaikat maut, ketika beliau mempersilakan sang Pencabut Nyawa untuk melaksanakan tugasnya.




No comments:

Post a Comment