24 January 2013

MAJLIS RE-SEPSI ANAK ENAL


Oren Bro! Itulah warna tema Majlis Resepsi anak lelaki kawan aku si Zainal Baharuddin. Ketika aku bersama isteri aku memasuki Dewan Beringin di Taman Seri Gombak, Zinal@ Nol bersama isteri beliau menyambut kedatangan kami dengan berpakaian sedon-don warna jingga kata istilah DBP.

Waktu Zainal jemput aku ke majlis ne melalui facebook, hati rasa gumbira bukan pasal nak makan nasi minyak, tapi sebab aku boleh berjumpa ramai kawan dan kenalan kat situ nanti. Jodoh, pertemuan, rezeki dan maut adalah urusan Tuhan. Kalu Tuhan nak pertemukan dengan kengkawan lama aku, tentu akan dipertemukan jugak nanti. 

Alhamdulliah! Bila udah berada dalam dewan ne, aku dapat bertemu ramai rakan lama dan kenalan lama. Aku sebut rakan dan kenalan kerana dua istilah ne adalah berbeza kalu kengkawan bukak kamus dewan. Hehehe!

Kat sini bukan sahaja aku jumpa rakan lama aku si Zainal tapi dapat bertemu Mahfol, Danny, Borhan, Hamzah, Apai, Bangau (maaf kerana aku gunakan nama samaran tahun 70'an),En Kassim Sotin dan isteri beliau Puan Azizah serta ramai lagi rakan dan kenalan yang aku udah lupa nama-nama mereka.

Kalu udah lama tak jumpa! Pastilah banyak cerita dalam ceriter. Ada yang sediakan buku untuk mancatit alamat dan nombor telepon, supaya senang nanti menghantar kad jemputan kahwin. Yalah! Bukan semuanya ada akaun facebook atau twitter kan!

Ramai gak kengkawan lama aku tak ada kat dewan ne. Bukan pasal si Zainal tak-nak jemput, tapi udah terputus hubungan berbelas malah ada yang berpuloh tahun lamanye. Sekadar menyebut beberapa nama sebagai contoh seperti Jabbar, Alam Nayan, Abu Bakar Samsuddin, Idris Baba, Hariri Zanzali, Kak Jah atau Kak Dila - mereka ne memang udah lost con-tek!

Berbalik kepada story rakan lama ne, aku lihat ramai kengkawan aku yang udah cukup dewasa, kelihatan matang dan punye tanggung jawab. Bila bertemu hanyalah chit-chat pasal   anak-anak dan kisah silam. Bila teringatkan kisah-kisah lama yang kelakar, kami pong ketawa! Inilah salah satu cara terapi yang berkesan iaitu ketawa. Tapi! Ketawa tu janganlah lebih-lebih, pasal kita ne-kan masih dalam majlis.

Puas udah! Klik sana, klik sini! Aku bersama Zainal, Mahfol dan Danny keluar dari dewan untuk sambung ceriter. Diluar dewan, buku  untuk mancatit alamat dan nombor phone kengkawan di teruskan, sambil tu sempat gak kami possing untuk kenangan bersama mu...

Kisahnya! Setakat ini sajalah story aku. Bila umur kita masih panjang dan sihat pulak tu, bolehlah kita bertemu lagi di dewan atau di bawah kemah majlis jemputan kahwin atau majlis Bbq. Salam sayang dari Mj dan As-Salam Maulidur Rasul!
Add caption

No comments:

Post a Comment