16 January 2013

TENGAHARI DI SABAK BERNAM


As'Salam! Kepada rakan blogger dan pembaca yang terkelik blog aku. Maaf kerana lewat sikit aku update blog pasal aku sakit mata (gatal dan berair). Mungkin sakit mata ne berpunca dari cahaya skrin ketika berjam-jam mengadap komputer.

Tengahari di Sabak Bernam! Jam 1030 pagi, Majid ambik aku kat ummah. Kali ne ikut serta ke Sabak Bernam ialah rakan Majid. Setelah  take five minum kat sekitar Sungai Buloh, perjalanan di teruskan melalui lebuhraya menuju Kuala Selangor.

Kereta terus meluncur laju (walaupong jalan sedikit berombak) melalui pekan Tg. Karang dan seterusnye ke-pekan Sekincan. Singgah ummah Ali dan nampak kat dinding tergantug lukisan cat air. Lukisan ne adalah hasil   buah tangan anak sulong Ali si Hashime yang masih belajar kat U diSerawak. Berminat gak budak ne!

Sampai udah di pekan Sabak Bernam. Tujuan datang kat sini ialah nak tenguk lokasi Sabak Bernam Waterfront, manalah tau kalu Majid dan rakannya berminat nak uruskan Waterfront ne. Sebetulnya iklan untuk penyawa yang berminat nak kendalikan tempat ne udah disiarkan bulan lepas, tapi baru kali ne ada kesempatan nak jenguk. 

Ketika kami sampai kat sini kelihatan rumpun tidak dipotong dan dinding tandas kene conteng. Nampak terbiar tempat ne! Dulu mungkin waterfront ne salah satu projek dibawah kerajaan Barisan. Bila Selangor diambik alih olih pembangkang, tempat ne tak dapat diuruskan dengan baik kerana (mungkin lagi!) tak de peruntukan.

Majid buat keputusan! Tak berminat pasal tak ramai pelancung nak datang ke sini walaupong ada disediakan chalet, foodcourt, menara tinjau dan jetty. Pulak tu! Air sungainya ada masa pasang surut, susahlah kalu nak bawa pelancung naik boat (river crusing) ketika waktu pagi atau tengahari.

Kami berempat tinggalkan pekan Sabak menuju Sungai Panjang short-cut ikut Bagan Terap. Yang jadi penujuk arah ialah SiAli, pasal laluan ne memang tak pernah Majid ikut. Pemandangan kat sini ialah hijaunya sawah padi dan sesekali nampak sekawan bangau terbang. Kereta beluk kiri arah keSepong dan berhenti kat masjid. Ziarah kubur arwah ayah!

Lepas tu nak singgah ummah Kak Timah! Perut mula keroncong dan ternampak longgokan durian digerai tepi jalan. Berhenti kejap beli durian kampung. Buahnya taklah besar sangat tapi ada rasa. Lepas tu singgah gerai jual nasi untuk makan tengahari. Selesai makan, Majid beli pisang dan manggis. Kebetulan pulak, manggis tu baru aja di kutip dari kebun - kata Mak Cik tulah! 

Ziarah ummah Kak Timah! Masa kami sampai, hanya mereka berdua saja kat ummah. Anak-anak Kak Timah semuanya tinggal dan bekerja sekitar Kelumpo. Begitulah putaran roda kehidupan. Sunyikan! Yalah dari saat demi saat, minit dan jam berdetik. Hari demi hari terus berlalu mengejar minggu ke bulan. Bulan bertemu bulan dan akhirnya kita akan dimamah usia senja.

Bertanya kabar! Ketika usia semakin dikira dan ada masa bertanyalah kabar, nampak mereka berdua masih sihat walaupun suami kakak (Abang Ali) udah ada penyakit tiga serangkai terutama darah tinggi. Diajak makan buah durian, katanya takut pasal manis tapi sempat gak habiskan tiga ulas.

Langit nampak mendung! Setelah bersalam-salaman, kami tinggalkan ummah Kak Timah. Gerak menuju Sekincan dan singgah sekali lagi ummah Ali. Dari Sekincan, kereta gerak menuju Tg. Karang dan Kuala Selangor. Sepanjang perjalana ne, aku lihat gerai-gerai orang kita menjual makanan antaranya sup belud, sup kaki ayam dan kari ikan keli. Lebih menarik lagi ialah gerai mantarang bakar, air kelapa bakar dan cendol bakar. Lepas ne nanti ada pulak kot tempe bakar atau tapai bakar. Hehehe! Jangan marah - gurau aja!

No comments:

Post a Comment