15 June 2013

BASIKAL & HARI LAHIR AKU!


As Salam!
Pagi ne barulah aku hantar tayar belakang basikal aku yang pum'cet di kedai basikal Robert. Hampir sebulan basikal mtb aku tersadai kerana tiupnya bocor. Ini bermakna udah empat minggu gak aku tidak berkayuh kat trek off road.

  

Hari Lahir Aku! Selesai berurusan di kedai basikal, isteri aku ajak makan tengahari di Restoran Zam-Zam - kira nak sambut hari kelahiran akulah! (minggu lepas). Walaupong udah lewat seminggu tak kisahlah, asal aku diberikan oleh Allah rezeki sihat, panjang umur dan jiwa yang tenang.  


Parking Free!
Ketika kami sampai kat pusat bandar Kelompo, masalah yang selalu dihadapi ialah nak parking free! Sebetulnya itu bukan masalah, saja-saja nak cari masalah. Lepas parking kereta (free!) kat satu sudut di tepi sungai berhampiran Menara DBKL, kami pong gerak arah Jalan Tunku Abdul Rahman.


Baju Raya! Isteri aku ajak ge Kamdar atau Nagoya, katanya nak beli kain buat baju raya tahun ne. Barulah aku perasan yang kita ne sedang berada di bulan Syaaban dan lepas tu bulan Ramadhan. Rasanya baru jer kami menyambut Hari Raya Aidulfitri, masa berlalu begitu pantaskan Bro!


1130 Pagi! 
Menyusuri Jalan Tuanku Abdul Rahman atau Jalan TAR kata owang Kelompo pada hari Sabtu ne suasananya memang dikira bagus gak pasal tak panas. Aku perhatikan, kebanyakan gedung pakaian dan kedai disepanjang Jalan TAR ne dimiliki oleh kaum India. Mereka kebanyakannya menjual kain ela, pakaian ready to wear seperti baju kurung, jubah, tudung, dan selendang.    


Restoran Zam-Zam!
Beli kain ela di gedung Kamdar dan lepas tu singgah di kedai buku sebelum meneruskan perjalanan ke gedung kain Nagoya. Jam ditangan udah menunjukkan kul 1230 tengahari, dan kami berdua melangkah masuk kedalam Restoran Zam-Zam yang terletak bersebelahan Frenz Hotel @Jalan TAR.


Menu!
Kami memilih untuk naik ke tinggat satu pasal ada penghawa dingin. Ketika melangkah masuk, aku dapati udah ada beberapa orang pelanggan (4 meja) yang sedang menikmati hidangan tengahari. Tak lama kami duduk, datang pelayan membawa menu. Isteri aku pesan air syrup laychee dan nasi beryani ayam, aku pulak minta segelas air calamansi juice  (limau kasturilah!) bersama mee rebus.

Mak Oiii! Tak lama tu pelayan antar minuman dan disusuli sepinggan mee rebus dan sepinggan  nasi beryani. Mak Oiii...besarnya pinggan, nasi pulak banyak dan ada seketul ayam besar gak! "Ini bukan saiz kita ne, makanan ne saiz Pak Arab" aku berbisik. "Patut ler sepinggan harganya RM 16.00" balas isteri aku. Hehehe!


Selesi Udan Makan!
Bayar bil, lepas tu kami keluar dari Restoran Zam-Zam. Kami bertembung pulak dengan rakan lama aku Johari @Joe yang bekerja di Frenz Hotel, Jalan TAR, Kuala Lumpur. Berbual sekejap sambil bertanya khabar, Joe bagi aku risalah serta room tarff (room rate) mengenai hotel tersebut.

                   

Room Tarff!

Standard Single   -  RM 140.00 
Superior Queen    -  RM 198.00
Business Suite    -  RM 350.00


For direct reservation please contact Tel +603-2693Emailtoreservation@frenzhotel.com.my
www.frenzhotel.com.my  - Jumpa lagi!



No comments:

Post a Comment