07 June 2013

PAGI SABTU & Syair Imam al-Bushiri



Selamat Pagi! Aku baru jer selesai menyidai pakaian yang baru dibasuh oleh mesin basuh dari jenama Toshiba Hydro Power. Isteri aku pulak masa ne tak cukup sihat, kira demamlah! Selesai sidai pakaian, kene pulak bersihkan lantai bilik air menggunakan floor cleaner jenama power max. Lepas tu cuci toilet bowl bagi bowl tu putih bersih macam 12 tahun lalu, ketika kami memasuki apartment ne.

Aha! Ikut rancangan, sepatutnya tengahari ne kami nak gerak pergi undangan majlis perkahwinan Kamaruzaman Kamarudin @KK di Gemencheh, Negeri Sembilan. Nak buat cam mana ya kalau udah demam, terpaksalah dibatalkan. Kepada KK dan pasangannya Nor Azura Hj Ahmad, kami sekelurga menggucapkan 'Selamat Pengantin Baru, semuga anda kekal bersama hingga keakhir hayat'.



                       SYAIR!

Semalam! Aku berada diruang Masjid sambil mendengar mimbar Jumaat berbicara mengenai bulan Rajab serta memperingati peristiwa mu'jizat sejarah Isra' Mi'raj oleh junjungan kita Rasullulah, selawat dan salam Allah keatasnya. Aku teringin gak nak story  panjang tapi tak cukup ilmu. So! Apa kata kita sama-sama menghayati bibit-bitit syair dari Imam al-Bushiri :


"Digulungnya bumi dalam perjalanannya
Lapisan langit habis didakinya
Di suatu malam yang sangat berkatnya
Nabi pilihan menunggang Buraqnya

Buraq mendaki membawa Nabi
Hampir ke tempat dijunjung tinggi
Ke kemuncak Kemuliaan yang sangat dicintai
Tiada seorang pun yang sampai ke sana lagi
Nabi tergesa-gesa membicarakan kaumnya
Tanda kesyukuran atas kurnia Tuhannya
Mencabar keraguan setiap peragunya
Tetap pendirian meskipun ribut menentangnya"


Sumber dari buku kajian agama :

Isra' Dan Mi'raj satu analisa baru

oleh Abdul Halim Mahmud
Cetakan kedua 1985




          

No comments:

Post a Comment