05 June 2013

Padang Kota @GEORGE TOWN!

 

Hujan masih lagi turun ketika kami sampai di Ferry Terminal Butterworth. Beratur di lane dua (2) dan bayar RM07.00 untuk sabuah kereta yang mahu menaiki ferry ke Pulau Mutiara. Ketika menunggu ferry tiba, aku lihat ada beberapa orang mula menghisap rokok. Hampir nak habis diorang sedut rokok, barulah kelihatan kenderaan keluar dari ferry yang baru tiba dari Pengkalan Raja Tun Uda.
 


Kereta
mula memasuki ferry! Satelah penuh ferry pun bergerak meninggalkan jetty Butterworth. Masa nelah aku terasa nak kebilik air, dan terpaksa tunggu giliran pasal ramai pulak penumpang yang nak terkucil. Diluar hujan masih turun membasihi ferry!



Sesekali
naik ferry memang best! Berdiri sambil melihat pemandangan selat dan bila jenguk kat bawah nampak obor-obor hanyut. Obor-obor tu ada yang besar dan kecil, kelihatan seakan-akan payung terjun askar yang baru mendarat. Bila ferry menghampiri jetty, disebelah kanan nampak pulak sebuah kapal persiaran sedang berlabuh di Pengkalan Swettenham.


Kami udah berada di Pulau Mutiara!
Kereta yang dipandu Wan gerak arah bulatan di Clock Tower diikuti rapat dari belakang kereta yang dipandu oleh Ita Haron. Wan sebagai penunjuk arah ajak kami makan tengahari di sekitar Padang Kota. Ujar Wan kat situ ada rojak pesembur, kerang bakar, sotong kangkung dan bermacam lagi!


Parking kereta di Padang Kota! Berjalan disiar kaki menuju tempat makan sambil ditemani hujan dan tiupan angin laut. Semalam cuaca panas dan petang ne hujan pulak di Pulau Pinang. Itulah kuasa Tuhan Beb! Tiada siapa yang boleh menghalang ketika Allah mahu memberiNya.


Rezeki jangan ditolak! Kami pesan kerang rebus, pesembur dan sotong kangkong. Inilah rezeki kami dan juga rezeki sipenjual. Aku perhatikan susun-atur pusat penjaja kat sini direkabentuk seperti hurup U supaya pelanggan boleh melihat pemandangan serta menghirup udara dan angin laut. Ketika kami makan, sesekali kami diterjah angin laut dan bunyi ombak menghempas benteng batu di Padang Kota!


Sedap ke tidak! Bila udah ramai-ramai ne yang tak sedap pong jadi sedap. Licin habis diorang balun. Yang lagi sedap tu tukang bayarnya si Sulaiman @Sulai. Makasih lah belanja kami makan tengahari ya!



Angin kuat! Waktu nak balik arah ke tempat letak kereta, kami menyusuri laluan di Padang Kota. Bila kene tiup angin, payung-payung pong menjadi kuncup kerana ada yang pegang payung melawan arah laluan angin. Masa nelah diorang gelak besar! Hahaha...  



Pengelaman berpayung di Padang Kota, nampak semua riang ketawa. Waktu Zohor pong hampir tiba, apa kata kita solat dulu. Kebetulan hujan masih turun dan tempat yang sesuai ialah berehat di Masjid USM Minden.


Nota Kaki
: Aku dengar cerita, tak jauh dari USM ne iaitu di Persiaran Changkat Minden ada makam Datuk Jenaton. Khabarnya beliau adalah salah saorang daripada peneroka terawal di Pulau Pinang selepas beliau dikurniakan tanah seluas 40.47 hektar daripada Sultan Muhamad Jiwa Zainal Azilin Mu'adzam Shah II ketika itu sekitar tahun 1749. - Jumpa lagi Beb!


No comments:

Post a Comment