|
Assalamualaikum! Aku baru selesai membaca buku Mudahnya Menjemput Rezeki dan beralih pulak ke muka buku. Ketika itu masuk satu pesanan di Yahoo massenger dari Nur Adyla yang tinggal di Alor Gajah, Melaka. "Pak n Mak Long jom ge Penang. Mak ajak hantar Along Kira (Nur Syaakirah) daftar masuk Uitm pada 2 June." Dalam hati aku berkata-kata, best gak ge Penang, tapi aku baru balik dari bercuti di Pulau Pangkor. Setelah berbincang dengan isteri aku, kami pun setujulah join the group ge Penang. |
|
Lebih kurang jam 0800 pagi! Kami gerak arah Utara melalui R&R Sungai Buloh. Singgah sarapan dan isi minyak di Sungai Buloh, lepas tu gerak menuju R&R Tapah untuk berhenti rehat. Kami singgah makan tengahari di R&R Bukit Gantang pada jam 1245 tengahari. |
|
Selepas melepasi Simpang Cangkat Jering, kereta kami melalui Bukit Merah dan seterusnya gerak arah R&R Sungai Bakap kerana anak saudara Sulaiman (Shaffuan @Wan) akan menunggu kami di sana. Kabarnya si Wan telah pun menempah homestay untuk kami di sekitar Pematang Pauh. Setelah bersalaman dengan Wan, kami gerak ikut dari belakang kereta yang dipandu Wan menuju Home Stay! |
|
Alhamdullilah! Lega rasanya bila udah sampai kat Homestay dengan selamat. Tau-tau ajalah, cuaca sepanjang perjalanan dari Kelompo ke Permatang Pauh sedikit panas. Sekarang ne dapatlah kami rehat sambil meluruskan kaki yang lenguh. |
|
Sambil rehat sambil berbincang! Petang ne si Kira nak keluar beli barang keperluan asrama saperti baldi, gayung, selipa dan entah apa lagi. Nampaknya si Wan kenelah menjadi penunjuk arah pasal group kami ne pertama kali sampai kat Permatang Pauh. Diaorang keluar nanti kene gak beli barang untuk sarapan besuk seperti roti sandwich, biskut, maggi mee, kaya, jam, teh boh dan lain-lain. |
|
Salepas Subuh! Semua kene bangun awal pasal nak antar si Kira daftar masuk ke Uitm Pulau Pinang. Lepas sarapan, lebih kurang kul 0730 pagi kami tinggalkan home stay dan gerak arah Uitm dengan bantuan si Shaffuan @Wan sebagai penunjuk arah. Ketika menyusuri laluan arah ke Uitm, kelihatan langit mendung dan tanda hujan akan turun. |
UiTM PULAU PINANG! |
Sampai Kat Parking UiTM! Dioarang bersama Kira berjalan arah tempat pendaftaran pelajar wanita di dewan makan. Aku pulak bersama isteri (Mawa) dan Sulaiman cari tempat minum. Ketika aku baru nak minum, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Apa lagi! Petugas Uitm seperti pelajar senior dan Pak Guard pun berterabur lari cari tempat pelindungan. Apapong tugas tetap tugas, dalam hujan lebat tu dioarang kene layan gak pelawat yang makin ramai memasuki kawasan Uitm. Kira macam nak antar orang ge Haji gamaknya! |
|
Selesai Udah Urusan Pendaftaran! Lepas ne kami nak bawak siKira untuk makan (kira sarapan kedua kalilah!) di Medan Selera Permatang Pauh. Sampai sekitar Medan Selera, petak parking pulak tak de. Pusing seround dulu, akhirnya masuk kat kawasan stesen minyak dan tumpang parking kat situ. Sementara diaorang ge makan, aku pulak ronda-ronda kat pasar tak jauh dari Medan Selera. Sebetulnya aku masih kenyang lagi Beb! |
Hujan Udah Berhenti! Bab sarapan kedua udah selesai. Lepas ne kami ajak si Wan tunjukan tempat untuk beli Asam Madu Pak Ali di sekitar Butterworth atau orang situ panggil Bagan sahaja. Tapi sabelum ge Bagan, kami kene hantar balik si Kira sebelum kul 0300 petang ke asrama Uitm. Tak dapatlah si Kira ikut kami ronda-ronda kat George Town petang ne. Kesian dia kan!
|
Hujan Balik! Kami udah hantar balik si Kira kat asrama dalam keadaan hujan lebat. Lepas tu kami gerak arah Butterworth untuk singgah beli Asam Madu Pak Ali. Seterusnya Si Wan sebagai pemandu pelancung, akan bawa kami melawat George Town melalui ferry terminal. Jumpa lagi dientri kedua dan salam dari Mj! |
No comments:
Post a Comment