As Salam! Teringin aku nak sambung entri semalam iaitu pasal buku Nasib Melayu DiBumi Melayu. Apakan daya, kekuatan jiwa aku tidak cukup bagus untuk terus membaca. Tidak seperti dolu, aku sanggup bersengkang mata untuk habiskan bacaan sebuah buku (200 muka surat) dalam tempuh sehari.
Godaan! Hari ne banyak sangat halangan, gangguan dan godaan kalau nak membaca. Kekadang tu baca surat kabar pun aku hanya baca berita yang aku suka, yang lain tu aku baca tajuk berita sahaja. Godaan yang aku maksudkan ialah seperti talibesen (TV), internet, kenkawan dan kedai mamak. Itu belum lagi kes melayan facebook, singgah kat blog atau edit foto yang boleh melalaikan aku.
Ini Kalilah! Ayat ne aku pinjam dari beberapa ayat yang aku terbaca sebelum PRU-13 dulu. Yalah Bro! Pilihanraya pun udah selesai, kita terima ajalah keputusan dan ketentuan dari Allah SWT. Masa ne bukan masanya kita nak buang masa memakai Kemeja-T kuning atau bila warna kuning udah luntur kita tukar pulak warna hitam kononnya hitam itu tanda blackout. Nanti, bila warna hitam mula pudar dan bertukar menjadi warna kelabu (light grey kata owang putih!) pasti kita akan balik ke warna asal iaitu putih.
Duit Oh Duit! Masa ne bukan masanya nak tukar warna-warna T-Shirt Bro! Masa ne masa cari duit, ada duit buat lagi duit. Duit nak sekolahkan anak, nak belikan baju, buku, kasut baru dan bermacam lagi. Perlu gak duit nak daftar anak masuk kolej atau universiti. Waktu nak antar anak ke kolej, tentulah naik kereta dan kereta kene isi minyak, bayar tol dan kene singgah gak kat R&R untuk isi perut.
Pot-Pet Kat Kedai Mamak! Kalau kita doh asyik join group bertukar T-Shirt, pasti minda kita tidak minat lagi pada pekerjaan, kira macam udah hilang tumpuanlah Bro! Waktu masuk kojer ikut cam bisa - punch card, lepas tu jumpa boss bagitau anak kemalangan motosikal. Keluar opis kul 0800 pagi sampailah 1200 tengahari, hanya sekadar hendak lepak dengan kenkawan yang sealiran kat kedai Mamak. Kira tipu boss ke macam tu! Bukan, sebenarnya tipu diri sendiri.
Syok Tenguk Peha! Begitulah seterusnya kehidupan kenkawan yang konononya digelar oleh setengah wartawan sebagai aktivis politik taik kucing (bukan aku cakaplah!). Taktau hujung pangkal, ikut gak berkumpul, bercampur pulak tu lelaki dengan pompuan. Dapat lak tenguk buntut dan peha budak pompuan Cina, (kebanyakan budak pompuan Cina suka pakai seluar pendek). Magrib dan Isyak entah kemana, mungkin diorang buat short-cut macam musafir gitu.
Kojer Udah Tak Minat! Tapi cukup bulan ambik gak duit gaji. Duit gaji tulah bagi anak bini makan, walaupong sumbernya bercampur dengan curi tulang, fitnah dan rasuah. Overtime tiap-tiap hari buat gak, tapi kojer tak pernah siap. Boss pong satu kepala dan udah tak kisah, jadi tambah menjadi-jadilah kojer lebih masa (overtime) hanya untuk bermain game dan melayan facebook.
Curi Tulang! Ada dah bertahun-tahun malah berpuluh tahun dok kojer dan overtime hanya melayan game, facebook dan blog. Media sosial nelah cara mudah diorang nak luahkan isi hati yang kononnya si Anu tu tak betul, si polan ne pong tak betul. Malah ada yang mempersendekan Raja-Raja Melayu, mengutuk Polis, buat entri penghinaan terhadap Agama Islam dan bermacam lagi.
Balasan! Mungkin itulah perkataan yang paling tepat, kepada orang yang suka menipu diri sendiri bila kejadian benar berlaku (sebagi contoh) anaknya kemalangan motosikal, kereta kene curi, rumah kene samun dan berbagai lagi balasan tunai yang diberi oleh Allah SWT. Terima gaji dan bonus tapi tak pernah nak bersedekah atau membayar zakat, jauh sekali bercita-cita (niat) untuk ziarah & ummrah ke Tanah Suci tapi ada pulak pasang niat nak ge bercuti ke Pulau Tioman misalnya.
Ayat al-Quran! Seperti kata penceramah bebas, Dr Zahazan Mohamed iaitu banyak ayat al-Quran dilaman sosial yang ditukar kandungan bertujuan memesongkan pemahaman pembaca. Ayat al-Quran yang meragukan boleh menyebabkan seseorang terjerumus dalam ajaran sesat.
60 Ajaran Sesat! Punyalah banyak kumpulan ajaran sesat kat laman sosial. Bermula dari Ajaran Abdul Kahar Ahmad Jalal, Ayah Pin, Cahaya Qursani, Ajaran Mohd Saman Al Banjari, Perjalanan 21 Laduni, Qadiani Ahmadiah, Al-Arqam, Aurad Ismailiah, Bahai, Crypto @Moktar Hassan, Haqqulah, Hasan anak Rimau, Islam Haq, Jawa Faradin, Kalimat Sakti, Ma'rifatul al-Quran, Martabat Tujuh @Tarikat Sakratul Maut, Nasrul Haq, Pekima, Pendowo Lima, Tok Husin Janggut, Wali Suci, Zikir Shaban dan berbagai lagi.
Ilmu Batin! Ajaran Sesat ne aku lihat lebih menjurus kepada ilmu batin (ilmu persilatan) macam drama bersiri China 'Swordman' yang aku selalu dok tenguk kat talibesen jam 0830 malam disaluran 8TV. Dalam drama tu ada puak limalah, ada ilmu seraplah dan ada gak kumpulan ajaran sesat. Jangan percaya! Ia hanyalah hiburan semata-mata.
Ini Kalilah! Orang Melayu udah banyak berpecah terutama dalam kefahaman dan ancaman akidah. Ini kalilah! Nak tunggu bila lagi Bro! Ulamak, Tuan Guru dan Ustaz serta Ustazah berjabat tangan (Ustaz dan Ustazah dikecualikan berjabat tangan) tak kira fahaman politik, wajib berganding bahu menyelamatkan individu terbabit kembali kejalan benar. - Panjang umur kita jumpa lagi. Makasih dari Mj!
|
No comments:
Post a Comment